Showing posts with label imunisasi. Show all posts
Showing posts with label imunisasi. Show all posts

Hilda Marissa - imunisasi 3 bulan

Sebelum saya cerita pasal Hilda kena cucuk ni, saya nk tepek gambar kami dengan Rose dan Rafiq. Macam saya cerita semalam tu, terserempak dengan dia kt SACC. Abah Rafiq tukang snap gambar.. Kalau la Hadif ada sekali bergambar, memang boleh nampak beza sangat dgn Rafiq ni. Rafiq montel dan comel sangat :)

Rose, saya dh curik gambar ni tau..Nak tepek kt blog saya jugak.
Hoih! Mencurik pon nak bgtau ke?? ekekeke


Ok balik pada topik asal.

Lepas makan kt SACC kami terus menuju ke DEMC. Nasib baikla tak ramai sgt orang. 
Layan jap gambar Cik Hilda Marissa diinject oleh doktor. Mama pulak sibuk nak snap gambar.
Tak perasan pon tetiba dh siap :)

Sedap sangat la jari telunjuk dia tu..

Apelah kakak nurse dgn uncle doktor ni nak buat kt saya ni

awwwwww!! sakit lah!!
Berat Hilda 3 bulan = 5kg. Naik setengah kilo saje. According to Doktor, takpe sebab masih dalam graf.
Anak-anak mama masa kecik gini, mmg semua dalam graf, bila dh setahun lebih mmg masuk line kuning plak. Susah sangat nak makan. Huhu!!


Lagi satu, ini adalah percubaan Cik Hilda Marissa utk roll-over. Setakat ni baru sekali dia betul-betul berjaya meniarap dengan segala susah payah dan usaha. Masa tu mama tgh busy sapukan kakak Hannah ubat, terdengar mulut dia bising potpetpotpet, rupanya dia tgh struggle nk terbalikkan badan dia. Hihihi..!



Lalu mama, kakak dan abang pun jadila pompom girl and boy kt tepi comforter dia bagi sokongan dan galakan..Lama gak kami bersorak tp tak terbalik-balik.. 

Agak boring menunggu, Mama pon sambung sapu ubat kt kakak, dan abang hadif pon sambung main toys dia. Sekali tanpa kami sedar, dia dh pon berkeadaan macam ni.


Hoyehhhh!!! Hilda berjaya!!!
Tapi sekejap je dia dh nangis suruh angkat..dan sekali ni je lah dalam masa seminggu dia berjaya meniarap sendiri huhu.

Sampai hari ni dia masih berlatih dengan gigih lagi. Doakan Hilda berjaya dan terror yer semua.. :D

Hilda Marissa : 1 Month Jab

Baru balik dari klinik kesihatan Chini ~sempat la jugak pegi kosongkan tangki perut, buatkan susu utk Hannah, bagi sms report kt Abg  before duduk ngadap laptop~

Actually esok baru genap sebulan umur Hilda, tp nurse dah suruh datang hari ni..ikutkan aje la.

Kt klinik ~takyah cerita la bab masa menunggu..semua pon tau LAMA~, mula-mula ambik berat dia. Dah 3.5kg. Naik tak sampai 1kg rupanya dia. Tapi nurse kata OK dan normal je.

Then mama pulak timbang. BIARLAH RAHSIA..amek darah dan urine juga.

Sementara nk tunggu turn masuk bilik nurse, Hilda dh mengamuk lapar. Sempat susukan dia sampai kenyang dan tertidur-tidur. Bila sampai turn, dia masih tidur dan nurse inject juga lah. Dia menjerit sekejap dan terus sambung tidur. Hehe! Kalau tengah berjaga mesti panjang jeritan dia mcm masa kena amek darah utk jaundis aritu :D

Setel dah satu perkara. Next injection kita pegi klinik panel papa je lah.



18months vaccination

Tengok tajuk pon dh tau sape yg bakal bertemu jarum kan? :P

18hb 11 2010, genap la umur Hadif 1 tahun 6 bulan. Setelah email reminder dari Mumcentre sampai mengingatkan bahawa dh sampai masanya utk next vaccination, maka kami pun bawak la dia ke klinik.

Copy paste dari reminder;
















Age Vaccine Name Dose Type
At 18 months

Diptheria and Tetanus Toxoid, Pertussis
vaccine, Haemophilus Influenza vaccine,
oral Polio vaccine (DPT/HiB/Polio)
Fourth
(booster)
Routine
Kan semalam, aku bgtau aku nak pi Klinik Soraya, utk my monthly check-up plus Hadif vaccination ni. Rupanya instinct ku benar belaka Klinik Soraya tutup sempena Raya Haji ni. Kami ke DEMC pulak, takpalah mama checkup weekend nnt je. 


 Baring dulu. Masa ni dia dh buat muka sayu

Doctor : Kita cucuk kt paha ok. Mengiring sket adik.
Hadif : (Diam dan pasrah)

 Doctor : Bismilah, Doctor cucuk ye adik
Hadif :  Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

 Hadif : Mama sakit laaa..
(menangis 15saat ~ exaggerate haha..mama tak count timing pon!)

Lepas je keluar dari bilik Doctor, terus Hadif bertukar jadi pesakit. Melentok je kt bahu papa. Dipeluk erat badan papa. Alahai hero mama yg sorang nih!

Papa pun pujuk dengan membawa si pesakit ke kedai buku di PKNS Shah Alam. Kita upah buku lagi satu ok :)

Kt kedai buku, bukan setakat pesakit dapat upah. Kakak pesakit pon mesti dapat satu.

 Tengok la, kakak pesakit yg over pilih buku. Rambang mata dia.

 Make your own choice yer. 
Jangan pilih buku yg mahal-mahal tau! And only one for each of you ok :D

Adik dh decide. 
Kena buat Strength Test dulu kt buku ni. 
Tahan ke tak kalau kena baling-campak-lempar nanti.

Bila semua orang dh decide nak beli apa, maka papa pun beratur buat bayaran.
Adik dapat buku bergambar  "Fruits" dan kakak pulak pilih sticker je. Tadi bukan main pilih banyak buku, sekali semua pon dia tak berkenan sebab dah nampak sticker Butterfly. Nanti kita tayang..

Si pesakit pon dah ceria. Kita ke destinasi seterusnya pulak kt next entry yer..
Yang tu upah utk mama pulak ...Tunggu..



Salam AidilAdha..

Morning semua!!

Aci tak? Baru nk wish Salam AidilAdha kt blog. Semalam memang online tp takdak mood nk update blog..
Esok aku  update cerita raya kami, sbb laptop kt umah ni, takdak bluetooth features aku nk transfer gambar-gambar dari C3-Lydzar.

Laa ni, aku kt rumah..terpaksa la cuti walaupon tak balik kampung, sebab taska buat announcement dorang tutup hari tu..So lepas gosok baju kerja Abg, terus aku bukak tv, on laptop..anak-anak masih tidur la katakan :D 

ME-TIME!

Aktiviti hari ni adalah, petang nanti nak pegi monthly check-up kt Klinik Soraya. Hopefully, klinik tak sambung cuti.. Dan extra xtvt kt klinik, adalah nk cucuk imunisasi utk Hadif..

Ok daaaa..nk buat breakfast. Lapar sudah..

Cheers ye pada yg berada diopis :)


Hadif's 3months jab

baru je balik dari klinik kesihatan perai utk check up hadif. hari ni dia kena cucuk.
sebelum cucuk, timbang dan ukur-ukur bagai dulu. hari ni berat dia cuma naik sket je from previous timbangan. last month 5.2kg, tadi 5.4kg jer. so chart dia pon agak datar la. dan BMI pulak turun.
maybe sebab dia dah pandai meniarap. bak kata orang-orang tua, baby ni kalo nk pandai buat sesuatu dia akan ringankan badan, a.k.a berat tak naik sgt la. ok la aku accept la kata-kata itu. sebab hadif mmg sangat aktif meniarap, sgt aktif bergerak -kakitangan nya, dan minum susu pon dah mula main-main.

waktu malam pun, after his last meal 11pm-12pm, dia akan sleep thru. and kalo dia ada merengek-rengek pon, dia akan hisap jari. lalu tertidur semula.
yup, and yes ku juga boleh tido nyenyak, tp rasa mcm bersalah pulak, sbb sepatutnya dia hisap nenen bukan hisap jari. ku cuba sedaya mungkin utk alert his cooing sign. tp selalu sangat la tak ter alert. blame on me!






Cerita di Klinik

pagi tadi, pegi klinik kesihatan Prai utk imunisasi 2 bulan hadif. story rungutan ku pasal imunisasi hadif disini

dalam kol10, cik abg balik rumah and bawak kami kesana. ku dan hadif pegi ke bahagian klinik kanak-kanak dan ibu mengandung, while cik abg dan hannah pegi ke klinik pesakit luar sebab hannah pon demam. saje nk dapatkan check kt KK pulak, padahal malam tadi dah pegi klinik panel UiTM kt Bandar Perda. hannah ni, kalau balik dari kampung je, mesti demam

berat hadif sekarang dah 5.1kg..naik 1.2kg dari bulan lepas.. minum lagi susu mama banyak-banyak yer sayang..next month gain weight lagi ok..panjang pon bertambah 3cm..
sambil tunggu turn utk jumpa nurse, ada sorang nurse..kalo tak silap nama dia pon Liza. dia ni la yg selalu check hadif since kes jaundis sampai la ke check yg umur sebulan haritu. so dia mmg kenal la ngn ku dan hadif.

tiba-tiba jer dia datang hampir padaku dan berkata :

nurse liza : dah buat pap smear ?"
ku : blom lagi
nurse liza : nak buat hari ni tak? kalo nak buat, kejap lagi mai la jumpa saya
ku : boleh jugak

lepas tu nama hadif dipanggil masuk ke bilik nurse utk check up.

nurse liza : ok, masuk check baby dulu..nnt sebelum inject dia..boleh buat pap smear dulu
ku : ok ok..

huhu ku tak sangka pulak nk buat pap smear hari ni. tahun-tahun lepas, sudah bersalin kan hannah, ku tak sempat pon buat lagi. asek terlupa je nk g klinik. lagipon dulu, tak attach sgt dgn klinik kerajaan ni and tak attach jugak dengan mana-mana private gynae. kalo kt klinik swasta tu, kena inisiatif diri sendiri. kalo asek lupa dan leka, sudah nya sampai pregnant lagi sekali pon, stil tak buat-buat lagi pap smear. mayb jugak nurse liza tak ramai patient hari ni, tu yg dia offer sesiapa yg tgh menunggu anak check up utk buat pap smear.

lepas check hadif, ku masuk bilik doktor. hadif ku mintak tolong nurse lain tolong pegangkan. Doctor takdek hari ni, dan nurse liza in charge buat pap smear. dia isi kan borang dan lepas tu minta ku berbaring diatas katil. sambil dia prepare equipment and pap smear kit, sempat jugak la ku pandang alat berbentuk mcm sudu itik tu.
huh! kalo la awal-awal prepare, mesti ku rasa seram sejuk jugak kot. ni dalam keadaan tak well-prepared, ku ala-ala pasrah je la.
hehe yer la kan, sebab tak pernah buat, so tak tau ape nk expect.

sekejap je prosedur amek sample tu. ermm ku boleh kata, sket sakit sebab ku keraskan abdomen. seriau! bila nurse liza suruh lembutkan, baru la rasa selesa dan tak sakit lagi :D

habis buat pap smear, nurse liza bagi kad appointment utk tahun depan pulak. dan ku tengok nurse dah bawak hadif kedalam bilik doc, dia dah mula merengek. mana tak nye, dia bgn kol 7am+, sampai kol10+ dia blom dpt tido yang selsesa. sebab sambil ku susukan, nk kena turun dari kereta la, pegi buat timbangan la, then last sekali masuk bilik nurse utk check. so dia tak puas menyusu lagi.

then ku bawak dia ke bilik utk imunisasi pulak. dalam keadaan dia masih lagi tak selesa. bila nurse suruh ku pegang kaki hadif, dia macam meronta-ronta. dan bila jarum dicucukkan di paha nya, menjeritla dia. haha!
nasib baik nangis sekejap jer..habis je cucuk, masuk kereta, nenen dan terus tido..mmg kompom dia mengantuk :D

sebelum balik rumah, singgah kejap di Giant. cik abg pegi beli groceries. kami 3 beranak tunggu dalam kereta je. cik abg tak bagi ikut masuk sebab risaukan H1N1 yg tengah berleluasa skg ni. sepanjang kt klinik pon dia pakai mask tu.. for safety. tp semua org pandang-pandang cuak kt dia..haha!!
peduli la, yg penting kita amalkan cara yg boleh mengelakkan diri dari terkena jangkitan. penyakit datang tak diduga. mmg risau sebab anak-anak masih kecil.






Hadif's 2months immunisation jab

hari ni ku dan anak-anak ikut adikku halmi kerumah nya di PAKA, Terengganu..so dapatla ku mengapdet blog..

cerita kali ni adalah sekitar suasana kt kampung - chini
semalam, pagi klinik kesihatan chini utk immunisation jap hadif. tiba di klinik, ku letakkan kad hadif di kaunter pendaftaran dan beritahu, ku dtg nak imunisasi anak..lalu ku duduk menunggu. tak lama kemudian, seorang nurse panggil nama hadif.

nurse : akak nk cucuk 2bulan ke?

aku : haah, nk cucuk anak ni

nurse : ubat kt sini abis la kak

aku : ye ke? ermm..so bila stok ubat sampai eh?

nurse : tak tau la saya..2-3 bulan lagi pon belum tentu ada

ku confuse..betul ke nurse ni..takkanla nk amek stok ubat sampai 2-3 bulan kot..dahtu anak-anak yg lahir bulan 5-6 kt chini ni, tak dapat la imunisasi utk 2 bulan ke?

aku : laa takkan la macam tu..dah tu mcm mana ngn anak saya ni..saya nk inject dia kt mana?

nurse : tu la..akak kena la usahakan lain, pegi klinik swasta ke..

aku : ye ke, sampai 2-3 bulan ni. lambat nya..saya pon ada kt sini sampai awal bulan 8 je. lepas tu nk blk penang dah

nurse : ermm akak try la dtg lagi 2 minggu..

huh! aku rasa kecewa tiba-tiba..

mak ku bagi cadangan kami pegi ke klinik lain di chini 3..sbb kt kampungku ada 3 klinik.
ku tanya nurse yg ada di klinik tu, diapon ckp ubat utk 2bulan habis. siap suruh aku blk ke penang utk injection tu..haih bengong nyer la dorang ni..
kalo la aku ada kt penang, takdek aku susah payah bawak hadif keklinik chini!!!

then ku pergi pulak ke klinik swasta yg ada kt chini tu
klinik sulaiman - kehabisan ubat juga.,..klinik shahrom - tak buat imunisasi..
end up..blk rumah, mission not accomplished..
hadif tidak mendapat injectionnya pada hari tiu..timbangan beratpon tak dibuat..nmpknya kena tunggu balik penang jugak la mcm ni.

tp ku sg tak puas hati dgn alasan dan layanan nurse di klinik kesihatan. dan aku menuduh mereka sebenarnya taknak layan kes luar..huh cakap jerla, tak amk kes luar..ni pegi cakap ubattakkan sampai dlm 2-3bulan..dah tu budak-budak yg lahir bulan 5-6 kt chini semua nya kena pegi klinik swasta atau klinik luar chini ke utk injection tu...tak masuk akal betul la..
aku juga salahkan org yg bertanggungjawab menjaga stok ubat kt klinik tu..kerja k buat ape kt klinik..sampai abis ubat, tak re-stock??

atau mungkin betulkah, mmg ubat habis utk seluruh daerah pekan??
tak tau la sape yg nk jawab soklan ku ini..

utk mengubat kekecewaan ku hari ni, ku bawak diri dan anak-anak ikut halmi balik rumah dia di PAKA..hahaha
boleh gitu??

alhamdulillah, wife halmi - Jaa dah dapat kerja dgn TM. 3 minggu training..3 minggu juga halmi dan parents ku berdebar-debar menunggu dimanakah jaa akan di posting. kalo terpaksa posting di KL, maka jadilah weekend hubby-wifey mereka itu.

syukur juga, jaa dapat posting di kerteh..so dekat jer lah. halmi tak perlu pening dan berjauhan dgn isteri tercinta. mak abah juga tak perlu pening sbb anak lelaki mereka masih duduk dekat dgn mereka. maki ngn abah ada 6 anak..tp yg dah besar dan bekerja, cuma halmi sorang yg duduk paling dekat ngn dorang..jadi dia lah tempat bergantung harap jika ada ape-ape kecemasan.
















 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®