Ramadhan 2013 : MInggu Pertama

Ramadhan yang bermula pada 10hb Julai disambut dengan tenang oleh saya dan anak-anak. Ketika ini, suami dah pun berlepas untuk mengerjakan umrah. 8 hari sempat dia berpuasa di sana.

Mentally I am ready to be alone with my only kids. So dengan rasa sayu dan tanpa rasa sedih kehidupan perlu diteruskan. Tiada sesi memborong stok lauk sebab saya dah tahu bagaimana persediaan memasak saya jika suami tiada/outstation. Hehe, jadi seekor ayam, sedozen telur ayam, setin sardin, 3-4ekor ikan sudah memadai untuk keperluan kami berempat selama seminggu. Sesekali saya tahu saya pasti akan singgah ke kedai runcit membeli sayur, dan tak ketinggalan beli udang. Saya memang boleh ke kedai runcit yang menjual stok lauk bebila yang saya mahu.

Alhamdulillah, dalam rengekan, Hannah bangun juga untuk bersahur selama 4hari ni.
"Mama, kakak makan sikit je tau"
"OK kakak, yang penting kakak bangun dan makan sahur untuk ambil keberkatan Ramadhan ni"

Selesai menyuap dia at least 4suap nasi, Hannah minta izin untuk kembali tidur. Saya bancuhkan susu mix dengan Mealshake dan dia kembali kekatil. Ops! Hannah memang masih minum susu guna botol :P

Hadif, saya tak kejutkan lagi. Cuma sesekali saya tanya dia, mahu bangun bersahur atau tak? Bila dia kata mahu, senanglah dia bangun. Dan bila dia kata tak mahu, memang susahlah dia nak membuka mata. Saya tak paksa dia berpuasa lagi diusianya 4 tahun ni.
Pernah satu hari, selesai saya solat Subuh, jam 6.15am Hadif bangun mahu bersahur. Mama layankan sahaja.

Setiap hari memasak dengan gembira. Walaupun kadangkala tiba dirumah jam 5.30pm sebab keluar menguruskan sesuatu. Tapi atas permintaan si kakak yang berpuasa saya masak juga.

"Mama, mama masak macam ni lagi sedap dari makan dekat kedai"
"Mama, ada lagi tak nasi. Hannah nak tambah sebab ayam pedas mama ni sedap sangat"

Berbunga riang berwarna warni hati mama bila dengar anak memuji dengan ikhlas. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Berada dirumah ketika berpuasa memang banyak kelebihannya. Alhamdulillah, banyak masa yang dapat dimanfaatkan untuk amal ibadat yang sunat. Syukur. Bersama group Shaklee yang bukan hanya berbincang tentang marketing dan produk tetapi setiap hari ada selitan tazkirah dan galakan melakukan ibadat. Syukur kerana melalui bisnes Shaklee, saya berpeluang berkenalan bukan sahaja ramai kawan baru, tapi kawan baru yang semuanya bercaj positif. Syukur Ya Allah.

Hari ni hari ke4 berpuasa. Teringin juga makan lauk selain sup dan sambal. Cadangnya nak masak daging beriani dan cuba cuba masak nasi berwarna warni. Nantikan hasilnya. Ntah jadi ntah tidak. Hihi

Dalam hati sudah mula excited menunggu hari Selasa. Suami sempat berhubung dengan saya hanya ketika dia di Madinah. Sejak bertolak ke Mekah, dah tiada berita sampai ke handphone saya.


"Bismillahi Tawakal to al Allah, Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah"

Saya bertawakal dan yakin suami berada dalam lindungan Allah dan sedang khusyuk beribadat di sana. Jadi sepanjang beberapa hari tanpa khabar, saya panjatkan doa agar mereka dipelihara sebaiknya ketika sedang menjadi tetamu Allah.

Jauh di sudut saya memang sangat cemburu akan kejayaannya kesana. Ke sana tanpa saya pulak tu. Memang jelesss.. tapi tak apalah, maybe belum tiba rezeki saya untuk kesana bersama dia. Insya Allah, mungkin tahun depan tiba giliran saya. Sobs sobs.

OK. Sekarang nak membelek resepi sekejap sebelum keluar beli stok daging

Selamat berbuka dan selamat beramal ibadat semua.




Birthday, Ramadhan 2013

Ok, bila dah ditinggal, amek masa yg lama jugak la nk update blog ni.

Btw, selamat berpuasa dan selamat beribadat kepada semua umat Islam

Birthday yang ke tigaplohsatu sebelum 1 Ramadhan disambut kecil kecilan dengan HM bertiga. Satu slice kek Secret Recipe tak sempat nak diambil gambarnya telah pun dicucuk cucuk dan dipotong-potong oleh mereka 3 beradik. Sambil sayu makan kek berkongsi kongsi dan tunggu makanan yang tak kunjung tiba rupanya si adik staf SR tak punch order mama. Kelaparan selama hampir 20minit menunggu mini burger.

Sebelum tahu order kami tidak di punch, papa telefon dari depan Kaabah ucap selamat. Tak terlalu clear apa yg dia ucapkan. Call yang hanya kurang dari 5minit diakhiri dengan tangisan sayu dan syahdu. Sayu sekejap je, si Hannah dah bising tanya burger dia. Last-last kami ke KFC disebelah.

Menjelang petang, siap sahaja masak lauk diner dan bakal sahur, En Ijun technician Coway datang pasang Petite.

Hehe. Best.

Lepas tu touch-touch aje le kita ye anak beranak. U all nk minum, pi touch Petite tu sendiri.




Tips Elak Anak Jadi Kedekut

Entry ni copypaste jer dari sharing di Facebook.
Mama suka, sebab memang tengah dilema dengan anakku si comel Hilda Marissa. Memang kesian dengan kakak dan abang yang selalu mengalah dan memang mama pon selalu tensi. Haha!
 
Btw, ini lah dia antara reason dan tips bagaimana mengatasi anak bersifat kedekut. 
 
Jika anak tidak mahu berkongsi pada usia di bawah 3 tahun itu dikira biasa. Anak pada usia ini lebih mementingkan diri. Kenapa? kerana dia sedang exert his power and existence. maksudnya, dia mahu orang tahu dia ada dan perasaannya dia perlu dihormati juga. Ego-centric kita panggil. Ini membantu seorang anak itu untuk terus hidup di dunia ini. In a waya survival skill.

Tapi bukan bermaksud kita membiarkannya. Tugas ibu bapa ialah membentuk kekuatan kemahuan untuk diri sendiri itu dan mementingkan diri sendiri itu kepada kebaikan. Pentingnya diri sendiri supaya dapat membantu orang contohnya. Ajak dia berkongsi mainan dan nyatakan secara ayat yang simple tapi perasaan yang kuat, bahawa bila kita berkongsi barang, kita akan lagi seronok bermain.
Contoh : 'Bila sayang kongsi, nanti lagi banyak toys sebab, kawan sayang pun kongsi mainan diri...ini yang Allah suka...ini yang jadikan sayang BEST..." Ini menguatkan SQnya.

Janganlah cakap sekali. Cakap banyak-banyak kali. Baca buku mengenai berkongsi. Tunjuk cerita mengenai budak yang berkongsi...macam-macam lagi boleh buat. Prosesnya lama. Tapi berbaloi kerana dia akan pandai skil interpersonal.

Jika dia ada favorite toys, izinkan dia simpan utk tidak berkongsi untuk seketika. This is showing respect to his things. Supaya dia pandai menjaga barangnya dan juga supaya dia ada rasa kepentingannya dijagai.

Namun, jika semuanya kedekut, tidak langsung bermaksud nanti dia pandai jaga barang. Itu mengajar dia untuk tidak tahu berkongsi dan love beyond dirinya. Ini mengegarkan SQnya.

Bila kawan tidak mahu share di situlah anda bertanya bagaimana perasaannya. Jika dia kata dia marah atau sedih, then beritahulah dia, seperti itu juga kawannya rasa bila dia tidak mahu berkongsi. Apa yang anda sedang lakukan ialah meningkatkan kekuatan EQnya.
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®