MommaLydzar Pegi Obesi..

Macam dream come true jek.

Kalau dulu, envy sangat dekat geng-geng BFF zaman sekolah. Kesana kesini pergi travel tengok bumi Allah. Ai pulak terperuk je dekat rumah. Alasan anak-anak satu hal, sebenornya tak cukup bajet pun nak pergi jalan-jalan naik kapalterbang tu. Hihi

Terima kasih ALLAH bagi juga peluang untuk melangkah jauh melihat ciptaan dia. Pulak tu pergi ke negara yang sangat kontroversi, di kala bumi Gaza di bom bertalu-talu. Apepun tempat tu tetap bumi Allah, dan rakyatnya bukanlah jahat sangat seperti yang disangka orang jauh.

Ok, nak rekodkan dalam blog ni, KakKiah dapat ikut trip free ke Los Angeles & San Francisco, US selama beberapa hari. Naik kapalterbang dari KLIA 13hb, dan pulang ke tanahair pada 23hb Ogos. Alhamdulillah, selamat semuanya.

It is a priceless experience. Again, nak kata, memang macam dalam mimpi.
Ini hasilnya berserius dalam bisnes Shaklee. Dapatlah peluang berbulan madu bersama suami di tanah sejuk San Francisco. Anak-anak kami tinggalkan sekejap dengan embah dan nenek mereka dirumah. Insya allah, akan ada plan untuk qadha balik masa yang terkorban bila terpaksa tinggalkan mereka.


Pergi US juga membawa misi dan kami SID mencari jawapan pasti pada persoalan yang terlalu didambakan oleh ramai pengguna dan pembenci Shaklee. Jawapannya SAH, Shaklee tidak bersalah. Shaklee bebas dari tuduhan dan tohmahan para keyboard warrior. Tak nak kupas banyak dengan isu ni dalam entry ni.

Perjalanan selama 4jam untuk transit ke Taipei hanya warm up, dan perjalanan sebenar selama 11jam dari Taipei ke Los Angeles benar-benar mengajar erti bersabar. Kena tidur sambil duduk la katakan. Hihi.
Nasib baik juga ada batal berbentuk U untuk tahan kepala dari terlentok-lentok ke tepi.

Kota Los Angeles sangat bersih dan sangat tersusun. Orang-orang di sana juga sebenarnya ramah pekertinya. Setiap kali berselisih, mereka tak lokek menyapa hai dan memberikan senyuman. Berada di sini, dapatlah peluang masuk ke Disneyland Hollywood dan Universal Studio Hollywood. Yang dekat kita tak sempat pergi lagi. Alhamdulillah, dapat merasa pergi yang jauh. Berubahlah watak mama orang kepada watak kanak-kanak.


Bandar San Francisco yang nyaman, sejuk, dengan susunan bangunan yang sangat cantik dan setiapnya mempunyai seni binaan masing-masing. Cantik uols.

Pemandangan bandat San Francisco dari Twin Peak.
Banyak lagi kenangan menarik.
Penginapan 5 bintang, makanan halal 5 bintang, shopping experience 5 bintang, conference 5 bintang.

Insya allah akan saya abadikan slow-slow dalam blog ni.
This is my Shaklee Effects. Syukur,







 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®