Hadif dan Hannah

Last week, 18hb Hadif turns 9 months.

6.7kg..
Dah pandai meniarap. dah pandai duduk. dah pandai memanjat. 


Suka gigit tangan mama, suka tarik rambut kakak, suka senyum, suka makan, suka mandi dan main air

Hannah turns 26months (2year 2months)..
9.5kg..
eat well since masuk taska, suka nyanyi, suka bertanya, manja..
keras hati, tangan semakin cepat memukul kalau marah, tak suka adik dilebihkan dari dia


both tgh selsema dan batuk :(

our house kt sri kembangan dalam proses pemasangan grill, lampu dan kipas. byk jugak pakai duit walaupon pasang the most basic thing utk rumah ni..
insya allah next months (mac) ada tenant masuk..family with 2 kids..belum berkenalan lagi.
harap2 mereka akan jaga rumah kami sebaiknya semasa mereka menyewa disitu.

Pilihan

Mood kerja adalah so and so sahaja, especially bila ada problem masa aku nak key in master data employee ni. Blur bila aku tak tau nk tanya dengan siapa utk selesaikan problem nih.

Cuti raya cina dihabiskan tanpa aktiviti yg best. Sabtu, ahad dan isnin - aktiviti adalah, kemas rumah, masak, pegi jenguk rumah sri kembangan, pegi rumah MIL kt kajang, dan akhir sekali balik Subang dan tido. Berkali-kali pegi Sri Kembangan sebab ingatkan ada kontraktor melepak dkt ruang legar swimming pool tu, approach owner rumah untk renovation. Sekali sorang pon takdak, maklumla dorang sedang berhari raya. Kami pulak expect adalah sorang dua yg akan bekerja, tp nan ado haha! Sempat jugak la menyinggah Jusco Equine, makan kfc dan shopping sket barang. 
Pasal kontraktor, akhirnya aku telah berjaya call salah sorang dari mereka semalam. 


Tentang tajuk pulak, aku sedang berkira-kira utk menghabiskan duit utk membeli beberapa benda yg aku kira dalam top list aku buat masa ni..haha macam la byk sgt duit!

:: pouch sling :: manual breastpump :: tower fan::


which one should i go first?


oh yer, nk promote blogshop my sister..dia buat bisnes in kitchen cabinets, also jual beg..sila lah jenguk yer my dear frens


Kedai Nor :: http://kedainor.blogspot.com





Berdebar-debar jantungku!

Kejadian berlaku malam tadi. Ketika anak-anak dah selamat kutidurkan dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Sepert biasa lepas tidurkan anak-anak, aku akan bangun semula (mama tertidur sekali ok! haha!) untuk setelkan apa-apa yang patut, sidai baju, basuh dan steril botol susu anak-anak, pack beg sekolah, pack biskut, sapu rumah dan sebagainya.

Tiba-tiba, door bell rumahku berbunyi. Bukan main terperanjat aku dibuatnya. Dan jantung berdegup sangat kencang. Teringat cerita jiran dibawah yg kawasan rumah ni, selalu juga berlaku kejadian pecah rumah. Ini membuat aku semakin cuak dan takut. Door bell berbunyi berkali-kali dan bertalu-talu. Bila tiada respon dari dalam, pintu rumah pula diketuk. berkali-kali dan bertalu-talu juga. Aku terus lari ke dalam bilik dan telefon Abg. Cerita apa yg berlaku. dan aku terus menyorok dalam bilik.

Almost 10minit berlalu, baru la ketukan dan bell ring tu berakhir. fuh lega!
aku keluar dari bilik dan cuba mengintai dari celah pintu (bahagian bawah), ok takde sesiapa dah kt luar. Aku pon sambung buat keje macam biasa. Dan tiba-tiba pulak terdengar bunyi ketukan di dinding dari rumah atas. bunyi macam tengah pecahkan tiles dan kerja-kerja renovation tengah dilakukan.

IC...ntah-ntah yg ketuk pintu tadi jiran rumah atas. Dia nk bagitau yg dia nk buat bising agaknya. Ciss..kot yer pon, bagi la salam ke, say hello ke..ni macam ape je ketuk2 pintu umah orang kuat-kuat. Memang hilang sekejap semangat aku. Dah la takdek orang laki kt rumah, pastu tak kenal sesiapa kt kawasan ni. Apelah nasib kalo ape-ape berlaku..





ni gambar latest my handsome hero. masih jugak belum merangkak, tp dh mula memanjat. paling suka panjat pangku mama dia. kekadang dia boleh panjat sampai dia berdiri sambil memegang badan aku. faveret place dia sekarang adalah tepi dinding, sebab dia nk mengesot sket2 dan akhirnya dpt duduk separuh.. comel anak mama!

Ruam Panas

Kesian Hadif, kepala dia penuh ruam panas since last friday. dengan rambut yg semakin panjang, memang dia tak henti-henti menggaru kepala yg gatal tu.

mungkin sebab cuaca sekarang yg memang panas, macam yg aku ceritakan dlm entry yg lepas, kawasan rumah ni sekarang mmg panas dan berbahang. Rasanya mcm takde aircond je kt taska tu. cian nya hadif..hehe kt rumah sewa pon takdek aircond :P

sat td google petua utk hilangkan ruam panas, dan macam biasa aku copy paste petua dari blog orang :P

1. Sapu tepung ubi
2. Bedak merah Agnesia
3. Sebamed
4. Bedak cornstach pureen
5. Calamine lotion
6. Earth Mama Bottom Balm (BebeHaus One Utama or thelilcaliph online store)
7. Krim ELOMET
8. Mandikan dengan daun bayam berduri
9. Pasang Aircond

Boleh klik disini, sumber link yg ku copy :)


*nampak tak ruam kt dahi hadif? *

setakat ni aku baru cuba satu petua, iaitu bedak agnesia :D alhamdulillah nmpk la improvement. tp mmg penuh la satu kepala, putih2 kena tempek bedak. dan kepalanya dah selamat kami botakkan utk mengelakkan dia terus kerimasan dan menggaru tahap gaban..




my dinner

semenjak berpindah ke rumah sewa ni, aku tak dapat diner dgn proper. 1st day je, time abg belum blk ke penang, aku sempat masak. itu pon sebab Abg ada nk tengok-tengokkan anak-anak. selepas itu, aku hanya diner dgn roti. sekali aku keluar pegi carik makanan kt area rumah ni. tp mcm susah je gayanya mengusung 2 orang budak kecil sorang diri ke sana sini.

nak masak, hadif suka sangat menyibuk kt dapur. aku takut terpercik minyak or whatever dari dapur tu kt atas dia. penat juga kalo asek nak angkut dia dari dapur ke hall berkali-kali sepanjang proses memasak berjalan. sudahnya, sempat goreng telur dan makan dgn roti saje. dah la sekarang ni, aku tak boleh makan simple-simple mcm ni jer. mmg perut cepat sangat lapar semula. breakfast wajib aku beli nasik lemak utk ganti balik kelaparan malam sebelumnya.

hmmm..bila la abg dapat bebetul pindah ke sini..cepat la...




Kami dirumah baru

sabtu lepas mmg kami ada datang utk berkemas ape-ape yg patut. ntah macam mana, mungkin aku (ye kot) terswitch off peti ais. dan esok hari (ahad) aku dapati 9botol EBM yg dipindahkan dh cair dan tak boleh digunakan lagi..isk iskk.. what a waste! seriesly rasa nk nangis bila tengok mereka ni mencair begitu saje..



dah masuk hari kedua kami tinggal dirumah baru. rumah masih sgt semak dengan kotak-kotak dan baju masih byk dalam beg. ntah bila nk setel, aku pon tak tau..tunggu weekend aje kot, since aku dh mula memegang tugasan dan tanggungjawab hakiki sebagai isteri (time-time Abg ada kt rumah ler) dan seorang mama..
no more relax-relax layan anak saje after balik kerja as i used to be selama menumpang duduk dirumah mertua. i have to masak, basuh-sidai-lipat-angkat-gosok baju, kemas umah, kemas dapur blabla the list goes..juga berebut-rebut masa nk buat kerja rumah dgn anak-anak yg menuntut perhatian..what a life..hahah!


 *my sweethearts*

 
dan pagi tadi aku hantar anak-anak sendiri dan drive sendiri ke opis (semalam Abg ada, blom blk penang). Letih jugak rasanya mengangkut 2 anak dgn 3beg (1 hannah, 1 hadif, beg foods mereka) beg bersama my 2 bags (handbag dan cooler bag). mak ai!  byk nya beg!!! tetap rasa mcm tangan sgt penuh walaupon aku letakkan hadif dalam stroller menuju ke kereta. dan perjalanan ke opis adalah sgt tenang. tak jamm sgt dan ambil masa 20minit saje. sangat berbeza dan kadar masa aku dari kajang dulu. pengalaman pulang dari opis akan aku update dalam entry seterusnya.

oh ye, rumah sewa aku tu adalah sgt panas. bahang sgt terasa..
malam td aku sidai kain baju dalam bilik no 2, dan pagi tadi aku dapati hampir semua baju dah nk kering. bayangkan la..
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®