Nampak macam sedap tak? Hihi
Ini menu favourite saya..Juga suami saya.
Tapi semenjak kes dia warded sebab ulser perut tahun lepas, dia mula mengurangkan makanan pedas.
Satu hari, saya tanya dia.
'Kalau sayang masak asam pedas, abang makan ke tak nak makan?'
Jawab dia,
"Makan, tapi jangan la pedas sangat'
Sebab tu la saya cuba masak asam pedas tak pedas :)
Pertama kali, masak daging. Alhamdulillah, jadi! Tak pedas, sedap pulak tu! Haha (masuk bakul angkat sendiri)
Nak tau resepi? Boleh boleh..
Tapi resipi cara saya aje lah ye.
Bahan-bahan:
1 sudu besar Cili giling / cili boh
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
1 inci Halia
Sedikit Belacan
3/4 sudu Asam Jawa tanpa biji
1 batang Serai
1 batang Bunga Kantan
4 ketul Ikan Pari
Caranya :
-Tumis 1 sudu cili giling/cili boh sampai dia masak
-Masukkan 1 sudu gula
-Masukkan bawang merah/bawang putih/halia/belacan/serai/serbuk kunyit yang dh di blender..tumis sampai dia naik bau dan sampai masak
-Masukkan secawan air atau ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
-Masukkan asam jawa
-Masukkan ikan pari dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih
-Garamkan sesedap rasa.
-Masukkan kacang bendi
Siap dan ready untuk dihidangkan.
Simple sangat kan..
Campuran gula tu yang mengurangkan kepedasan masakan ni. Dan tak lupa, gunakan sesudu sahaja cili boh. Konpem mmg tak pedas. Dan warna kuning serbuk kunyit memalapkan kemeriahan 'merah' cili tadi. Jadi lah menu Pari Asam Tak Pedas.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
3 words from u:
dreadfull menu nk masak
aku tkuttt pedas..
ahahaha
seb baek laki suke sambal je
tu pun aku jarang msk
tak tahan weih
sedap juga yg tak pedas sangat kan :)
pndai lydzar msk asam pedas..siap leh oter kasi xpedas lg tu..akak fail mskan ni...dah msk 8thn kawin.. Akak msk asam oedas br 3 kali.. Jgn xcaya ye..hihi.. Nnt jemput dtg rmh kak ila hujung bln ni ye.. Sempena bday imran.. Bg tau din ye..
Post a Comment