Cerita raya?
Nantilah kot, saya wrap kan je dihujung Syawal. Hehe.
Hari ni nak bersihkan sawang kt blog dengan cerita pasal wristlet dulu. Wristlet lama ai dah buruk. Okay, masa untuk carik yang baru :) Sejak dari musim shopping raya dok ushar, tak jumpa lagi yang berkenan dihati. Ada satu purse warna purple aritu, dimata memang dah catchy, sedap dipandang..tapi hati kata tak mau lagi. So mata kena akur dengan hati. Eheh!
Hati kata, dia nak wristlet atau purse yang begini.
-boleh isi kad
-boleh isi syiling
-boleh isi duit
-boleh isi mini calculator
-boleh isi pen
-boleh isi buku ASB
dan bila wristlet/purse ditutup atau di zip, ia tak menggelembung bagai katak kembung.
Hihi tambahan 3 item yang selalunya tak mampu dilakukan oleh most wristlet dan purse.
Lagipon biasanya wristlet takde compartment untuk card. Ciri-ciri idaman hati nampak senang, tapi sebenarnya susah nau nak dicari. Percayalah.
Tak sangka, saya jumpa ini semalam di Tangs Empire Subang. Harga murah-murah sahaja selepas diskaun 70%. Weeee!
Perfect! Banyak compartment yang boleh isi apa yang saya nak isi nanti. Coins, card, duit, calculator dan pen ada kt dalam tu. Kemas dan tersusun.
Selepas di zip, rupanya begini :)
Just nice, tak kembung sangat.
Semalam baru dapat 3 medical cards HMs. Hmm tak mampu kot wristlet ni nak menampungnya lagi. Dah macam-macam kad ada dalam tu. Abes space sudah. Simpan kt tempat lain lah.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...