Idea datang tiba-tiba je.
Sabtu kami pegi shopping kasut utk indoor/outdoor activity mama dekat Setia Alam. Kononnya sesekali nak pi jogging, dan sesekali nk follow Zumba exercise dekat Youtube. Ahaks. Active lifestyle la kononnya apabila mengenangkan kaki dan betis dan sebagainya sedang membesar dengan sihatnya.
Abg sudinku tunjuk screen henpon dia. Kengkawan Whatsap group baru setel naik Bukit Broga. Masa tu lah, mentol idea beliau menyala, lalu sebulat suara cadangan diterima. Maka kasut baru akan dirasmikan untuk acara naik Bukit Broga.
Lepas solat Magrib, kami bergerak menuju ke rumah MIL di Kajang. Cadangnya tidur bermalam disana, esoknya lepas subuh terus bergerak ke Semenyih. Sementara masih pagi dan anak-anak masih tidur. Dorang bangun tidur, mama and papa dah balik :)
5.30am dah bangun dah siapkan susu anak-anak dan bersiap untuk misi kali pertama menawan Bukit Broga. Usai solat Subuh, kami pon bergerak. Memang tak tau kemana hala nak dituju, so just berpandukan signboard dan Waze kami redah ke sana.
Sampai dalam 6.30am, mencari parking dan terus menuju ke trek pendakian. Dalam ladang kelapa sawit rupanya.
Jam 6.30am, keadaan masih gelap dan kami terus je ikut orang-orang yang lebih awal sampai mulakan pendakian. By 6.30am pon dah ada banyak sangat kereta diparking. Means memang dh ramai yang sampai awal dan mulakan pendakian.
Sebenarnya cerita pendakian bermula 2 kali. Kali pertama separuh jalan saja, sebab saya perlu ke 'emergency room' haha! Bila dah selesai dan perut dah lega, baru lah lancar perjalanan mendaki keatas tanpa terbatuk-batuk rasa nak muntah dan tak cukup nafas. Suami pesan berkali-kali, lepas ni kalau nk mulakan aktiviti luar make sure kosongkan dulu perut tu.. hihihih
Pendakian kedua berjalan lancar penuh semangat :)
Kasut Adidas biru yang menemani kasut purple naik ke atas.
Yang tak dilupa, air Performance drink sebagai bekalan untuk aktiviti lasak. Performance ni adalah air isotonik tanpa bikarbonat. Berfungsi untuk mengembalikan kehidratan tubuh apabila kandungan air berkurang ketika melakukan aktiviti aktif.
Dan nak cerita juga preparation sebelum tidur saya malam sebelum aktiviti ini bermula. Saya ambil 1 biji Coqhealth untuk mengekalkan stamina dan keaktifan jantung dan juga 2 biji Joint Health Tablet untuk menyokong pergerakan saya nanti.
Alhamdulillah, all work wonder to me. Saya tak pancit, saya tak terlalu dahaga dan keletihan dan lutut dan kaki saya kuat untuk memanjat naik dan turun Bukit Broga.
Yeay we made it!
Suami tanya, "bila last sayang jogging.." dia takut saya pancit la tu.
Saya "Ada la, last week sekali.. " tetap cuba yakinkan dia saya boleh panjat bukit sebaik dia. Hehe.
Dia memang konfiden memang dia mmg setiap minggu main futsal, selalu berjogging dan baru aje join Standard Chartered KL Run. Kononnya dia takkan ada masalah stamina lettewwww!!
I know I CAN DO IT! Senyum comel comel bila dah sampai atas.
Yes, cabarannya memang ada bila kita bukan seorang yang benar-benar kerap bersenam. Heart beat sangat laju. Pernafasan kadang-kadang jadi kelamkabut. Nak inhale ke exhale?! Haha
Tapi bila kita dapat bernafas dengan relax, insya allah yang berdegup laju tu akan kembali normal. Lagipon, mendaki boleh berhenti-henti.. bukannya kena berlari pun :)
What a nice view..Subhanallah Maha Suci Allah.
Kalau tak silap saya, ada 3 puncak.
Dah sampai puncak pertama, semakin bersemangat nak ke puncak kedua. Dan sampai puncak ke dua, berkira-kira nak naik ke sana atau tak. Tapi kalau tak naik lagi, rugi pulak. So kami teruskan sampai ke puncak ketiga.
Perjalanan turun lain pula cabarannya. Nampak lebih mudah sebab tak perlu gunakan terlalu banyak tenaga mendaki, tetapi memerlukan kekuatan kaki dan lutut untuk menahan diri daripada jatuh ke tanah.
I made it! Yeay! Boleh bagi 2 thumbs up untuk diri sendiri dah.
And insya allah akan repeat lagi aktiviti ni bersama geng Shaklee saya pulak.
Awesome!