Sepetang di Denai Alam Recrational Club (DARC)

Memang pengalaman yang best.

Tak sangka papa nak bawak kami ke DARC petang semalam, sebab anak-anak request ajak ke taman je. Good idea, so takdek lah dorang sekadar main slides dan buaian saja.
Kali ni boleh tengok kuda, hidu aroma uk-uk kuda dan tak lupa, mestilah menunggang kuda.

Hilda dah tergedik-gedik excited cakap dia nak naik kuda.
"Hilda ni, memula je poyo kan papa..kang jap lagi suruh naik kuda, dia plak takut.."

Habes turn orang sebelumnya, terus kakak naik. Kuda ni jenis besar dan biasanya adult naik. Since staff DARC tu kata ok dan tak apa .. kakak pon proceed naik.
Anak mama yang sulung ni memang jenis nak cuba. Sifat dan keinginan dia mengeksplorasi memang ketara. So memang kalau bawak dia kemana-mana, dia amat mudah dan amat suka mencuba.



Abes dah seround. Muka Hannah sangat happy...

Then kuda kecik sket pulak sampai. Staff DARC hulurkan helmet, dan papa sarungkan ke kepala Hilda. Mama ingatkan dia nak lari. tak sangka...wajah excited comel terpancar diwajah Hilda ni.

And mama memang totally SALAH about this girl. Sikit pon dia tak takut. Malah terus pegang tali kuda tu kuat-kuat tanpa disuruh. Kagum ok dengan dia. Memang BERANI!





Tu dia tengah senyum puashati dapat naik kuda :)
Alhamdulillah, mama percaya hari ni adalah salah satu experience yang hebat bagi Hilda.

Abang Hadif yang ketakutan rupanya. Dia dok ulang-ulang "abang taknak naik kuda.."

Dari awal di entrance DARC ni mama dah perasan pasal membership disini.
RM180 untuk whole family for setahun. Kira ok lah.. Cuma rm15 per months. Dapat free riding untuk JoyRide macam ni. Kalau tak, RM10 per ride, kali dengan 3 orang nak naik kuda..sekali visit pon dah berapa kena charge..kan?

Ada Splashing Pool, ada trampoline.. etc etc rujuk gambar.




So mama pon sign up jugak lah. Lepas ni kalau bosan bosan dok rumah, boleh bawak family ke sini. Kalau Hannah setuju, boleh la enroll dia ke Horse Lesson nanti.

4 words from u:

amirah said...

bestla tempat dia lydzar. ada gak mcm gym tu kan.

eMMe said...

serius, Me geli naik kuda... huhuu... bagi budak2, its fun... kan...

lydzar DN said...

gym dia tutup sementara. equipment usang..

lydzar DN said...

hehe..bagi mak budak ni pon
.its fun juga emme.. hihi

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®