Breastfeeding - 2 botol EBM terjatuh

Selamat hari Jumaat semua! Ceria kan hari ni sebab esok dah wiken. Boleh la meluangkan lebih masa bersama keluarga dan buat aktiviti bersama-sama...Memang byk aktiviti tertangguh saya iaitu mengemas rumah hehe! Lost tune jugak la sebab baru mula kerja seminggu. Letih betul bila malam menjelma..

Ok kita back on track yer. Cerita pagi-pagi ni pasal EBM. 

Jatuh dalam bahasa melayu adalah sama dengan drop dalam bahasa inggeris. Tp cerita ni bukan pasal 'drop' a.k.a merudum yang sangat sinonim dalam dunia penyusuan, tp dalam erti kata sebenar jatuh dari tempat tinggi a.k.a drop from my freezer.  Haha beria bagai nk explain bahasa melayu bahasa inggeris. Saya dengan Hannah memang selalu main bahasa melayu-bahasa inggeris macam ni. LOL.

Dah 2 kali tau EBM saya ni terjatuh dari tempat tinggi tu. Maknanya dh 2 botol EBM dan storage bottle saya terkorban. Maklumla bila EBM yang keras tu terjatuh kebawah, maka impak yg kuat juga telah menyebabkan botol saya pecah..Uwaaaa nangis! So total setakat ni dalam 8oz terbazir begitu sahaja.

Saya tak tau kalau ada recovery plan utk menyelamatkan dan EBM tu masih boleh digunakan. 

Yang bulat merah tu la area botol yg terserpih

Secara logiknya saya pikir, bila dia dh jatuh, pecah dan botol telah terserpih, maka kuman pon dah masuk kt bahagian yang 'luka' tu. Kalau saya basuh dulu botol tu, air paip pulak boleh sama-sama meresap dalam EBM yg beku melalui bahagian yang 'luka' tu jugak. Kalau saya nk thaw kan EBM tu, tanpa rendam dalam air dengan meletakkan botol tu dalam cawan besar kemudian letakkan dalam peti ais..boleh pakai lagi ke susu tu? Saya tak berani nak amek risiko Hilda cirit-birit akibat susu tercemar, jadinya saya buang ajelah EBM tu ..sedih sedih..

Mangsa pertama - kusemadikan di dalam sinki
2 insiden ni berlaku masa saya tengah menyelenggara peti ais saya. Nak kedepankan stok bulan Mac dan kebelakangkan stok bulan Mei. Adoi la, gerakkan sket botol/pack yang lain pon gerak sekali sebab saya susun padat-padat. Huhu itu je ruang yang saya ada, so kena susun betul-betul supaya muat. Sekarang ni saya dh mula susun EBM dekat bahagian yang sepatutnya saya simpan lauk-pauk basah. Hmm nampaknya, makin sempit la tempat ayam tu nanti.

Dan selepas 2 insiden ni, saya rasa macam saya perlukan pembantu. Ohhhh deep freezer...

6 words from u:

alinalan said...

kena lebih berhati2 next time yang... sayang kan ebm tuh.. tapi nak camne... takpe pasrah jer.. usaha lagi!!!

Iela Fazielah said...

mmg kalau dah jatuh botol n pecah.. akak pun xpakai EMB tu lg dgn botol2 tu akak buang tong sampah terus.. rugi sesangt di situ... tp nak buat camne kan... xde rezki la tu....

eMMe said...

owh kalo dah pecah botol susu tu, takleh guna dah la erk? sayang........

ayukhairy said...

mmm..tukar la deep freezer atau pun boleh tukar botol ke bumble bee ke..botol ni tahan sikit..kalau jatuh, tak pecah...

apa2pun, lepas ni kena hati2 gak la kan..

moga lepas ni, dipermudahkan lagi penyusuan lydzar n akan banyak lagi susu ye..

Mek Rose said...

ooo..camtu lak ek
sib baik peti sy bahagian frozen kat bawah n ade compartment. so tak penah jd camni..sabar ye lydzar..

buah stor tu sedap tau masam2 manis rasanya..tapi ade musim tertentu bkn setiap masa ade..ehehe

amirah said...

DF la lydzar..huhu..takpun mcm ayu cakap tu guna botol bumble bee..sy guna botol tu je..mmng jatuh x pecah pun..dh berapa kali kena jugak..tkpe, teruskn pumping lagi..buat stok..bestnya tengok EBM org yg byk2 ni..sy tk pernah nk smpi penuh2 peti ais lydzar..huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®