Dah 4gigi

Tenggelam timbul minggu ni saya dan blog ni. Nak update tetiba rasa blur, terbiar tak update rasa mcm alahai kesiannya blog ku terbiar. So hari ni kasik up sket gambar anak bongsu dah mula ada gigi.


Dah enpat batang gigi dia sekarang. Start tumbuh agak lambat @11bulan plus. Tp sekali dia naik, baru 1tahun 2minggu, sudah ampat gigiku. Makin seronok la dia gigit keropok lekor liat dan mengekah batang saderi. hihi

Haaa, ni pulak acara nk pegi ikut mama hantar vitamin.Gegirl kena la pakai tudung kan, tp Hilda blom ada tudung sendiri lagi. Pinjam kakak Hannah punya.



Mula dipakaikan dia rimas. Tp bila Papa puji kata cantiknyaaaaaa..dia diam tak usik tudung sambil senyum2 hepi. Hehe.

OK tu je. Mama busy sket ni :)


Sudah discharge

Salam.

Alhamdulillah, suami saya dah pon discharge dari DEMC pada hari Sabtu lepas. Berjaya juga kami harungi dugaan macam ni bersama-sama. Saya sekadar menemankan, membantu dan menyediakan apa yang termampu masa dia di hospital. Untuk mengurangkan sakit, terpaksa juga lah dia menanggung sendiri.. Memang sedih bila terpaksa tengok suami menahan kesakitan sendiri.

Sepanjang 3 hari 2 malam kat DEMC, suami menjalani prosedur CT Scan dan juga Gastroendoskopik. CT Scan saya cuma tunggu diluar, time gastroendoskopik saya berpeluang tengok screen. Rupanya suami kena infection dibahagian ususnya. Bermula dari diarhea minggu sebelumnya, berlanjutan sehingga hampir dua minggu dan akhirnya ususnya dijangkiti kuman. Saya boleh nampak kesan 'bruise' atau luka pada bahagian ususnya. Doktor kata, sakit yg dirasa adalah disebabkan bruise inilah.

Kena habeskan 1/2jug air ubat before CT Scan

Kesian suami ku..
Sepanjang 3h2m kt DEMC, saya bawa juga anak-anak melawat suami. Jam 5pm, saya akan balik ke Subang Bestari amek para HM sekalian. Senang nk jawab kalau anak-anak tanya kenapa Papa tak balik. Habis waktu melawat, saya bawa mereka balik rumah, dan tinggallah Papa sorang dalam ward. Macam tu lah rutinnya hari Khamis dan Jumaat lepas.

Sekarang ni suami MC seminggu. (hukhuk bestnya kalau saya pon cuti sama). He is on antibiotic for one week. Doakan dia kembali sihat ye semua. Dan terima kasih atas sms, FB msg etc etc tentang concern kawan-kawan hari tu.






 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®