ALHAMDULILLAH - HADIF 6 BULAN

18hb Nov 2009
Genaplah umur Hadifku 6bulan. Alhamdulillah, dia dikurniakan kesihatan yg baik oleh Allah yg maha Esa. Rezekinya membesar dengan jagaan
mama dan mendapat susu mama sepenuhnya.
Syukur ku panjatkan lagi kerana kami telah mencapai targetku utk 6bulan pertama exclusive breastfeed hadif..happy tak terkata rasanya.
Jadi ini lah yg ku war-warkan semalam. sesuatu yg ingin aku celebrate. walaupon kejayaan ini nmpk kecil je dimata orang lain, tp bagi ku ianya amat bermakna. alhamdulillah

aku berdoa agar allah terus melimpahkan rezeki susuibu buat hadif sehingga dia lengkap penyusuan selama 2 tahun. semoga Hadif sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, membesar sebagai anak yg soleh, taat, bijak, aktif, berperibadi mulia dan sentiasa menyejukkan hati kami mama dan papanya.

Dengan ini aku nk award diri sendiri..hehe!


Align Center
*award ciptaan sendiri ^^0^^ *


p/s : cheesecake aku terlembik sket, but the taste is stil there. sad part, aku dh siap potong utk abg..dia g biar je atas meja and bantai tido


Tak sabarnye esok..

hari selasa yg happy bagi aku.

malam tadi, abg dh belikan aku ampaian baru. ampaian lama yg dah berkarat tu, tiba-tiba hilang dari tempatnya. malaon mana lah yg amek. dah la semalam banyak hasil pendobian aku. bila ampaian kena curik, maka segala kain baju tu tak dapat disidai dgn baik. terpaksa sangkut kt tali yg ada kt luar tu je. mana nk kering elok.

dan pagi ini, sebaik saje bangun pagi aku terus sambungkan ampaian tu. sambil mesin basuh dekat yard tu melakukan tugas mendobi pakaian kotor stok hari ni. siap pasang, terus aku sidai baju semalam yg masih sejuk dan lembap. dan sidai sekali basuhan hari ni. wah by 8.10am aku dh siap keje-keje basuhsidai baju. nmpk sangat excited ngn ampaian baru!!
apekah!!

dah 2-3hari aku bermimpi2 nk buat cheesecake. sesuatu yg aku tak pernah buat lagi so far.
aku happy lagi sekali sebab malam td, masa beli ampaian aku sempat capai bahan-bahan utama nk buat kek itu. insya allah nk buat non bake punye resepi. sempena sesuatu esok yg aku sgt happykan juga..apekah itu. aku akan update esok.

jadi, kita nantikan update esok yer.
ada lagi bahan yang aku nk kena beli, termasuk lah bateri energizer.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®