Hilda New hair cut

Jenuh mama pujuk aritu. Dia asyik kata tak nak. Taknak taknaklah! Dia bentak.
Mana taknya, mama ajak pegi potong rambut botak macam papa. Hahaha. Marah la si comelcomot mama ni.

Tapi tak sangka, dalam diam semalam masa mama tengah buat kerja dekat dapur, dia buat kerja lain dalam bilik.

Bertabur rambut sana sini. Rupanya dia potong rambut sendiri!
Dia ambil gunting dari atas meja mama. Nak jadi hairstylist agaknya.
Compang camping potongan rambut belakang dia. Nak jerit dan marah pun, benda dh jadi. Cuma nasib baik tak da mana-mana bahagian kepala cedera. Adehh.

Mama ambil gunting dari tangan dia, suruh dia duduk dekat kerusi, dan mama proceed trim lagi sket rambut yg dah ala-ala layered cut tu.

Taraaaa..inilah hasilnya.
Nasib baikla adik memang style rambut serabut. Rambut macamni masih matching dengan gayamu dik. Hahaha

Kemas sikit tanpa rambut menutup mata lagi. Rambut belakang pun sepatutnya dh melepasi paras bahu. Tapi sekarang dh kembali kontot paras leher.

Rambut sikit dan halus jer anak mama yang sorang ni. :)

3 words from u:

eray said...

comel2. tengah fikir camne nak gunting rambut sofhea. ikal dan nipis. kakak rayna senang je lurus.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/kuah-spaghetti-bolognese-sedap-jilat.html

amirah said...

pandai cik hilda trim rambut sendirik ye. huhu arissa pun rambut halus sikit je. ntah bila baru boleh buat pokok kelapak ni..ermmm..

maria firdz said...

slm ziarah dan baca entry... :)

dr ummi faiqah:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®