Babywearing : Boba 3G Soho in the house!

Yeay, finally!

Dah lama dah SSC ni jadi idaman kalbuku. Cuma kekadang rambang mata nak cuba yang mana satu. Ada banyak sangat jenisnya, design pon cantik cantik belaka.

Waktu dalam perjumpaan dengan geng-geng Shaklee, dok memerhatikan jugaklah kaum ibu yang berbaby-wearing ni dan mostly mereka gunakan Boba. So bila ramai yang pakai, tentulah produk tu bagus..kan? Just quick survey sajalah.

Dan semenjak dua menjak menjadi-jadi peel si Hilda takmau berjalan, maka dengan tekad jugaklah mama berPM dengan owner MamaPanda dipagi hari. Tak cerita banyak, tanya sket-sket sudah untuk mengelakkan lebih rasa keliru :)

Yang pasti Boba ni boleh carry newborn sampai lah toddler. Easy for nursing juga. Boleh tengok tutorial dekat Youtube. Dan ia boleh digunakan pada toddler up to 20kg. Hah berat tu! Nak kendong beras sebeg pon boleh aja.

Inilah dia design pilihan, actually more kepada warna. So in LOVE dgn warna merah sekarang ni kan. Hihi. Boba 3G Soho. 



Yang ni baru je pick up dekat GDEX Sungai Buloh. Tu yang malas shopping online bila dok kat rumah. Kita dh bayar duit postage, sekali kita jugak kena pegi pickup. Tapi nak buat cemana, memang tak dapat nak tunggu pak posmen sampai. Tunggu dari pagi tak sampai-sampai, maka petang kena jugak la keluar pi buat kerja.
Sungguh tak sabar nak bukak dan terai this gadget.

Yang tu cara-cara back carry. Of course the model bukan saya dan Hilda. Bila masa plak la rambut Hilda jadi blonde..


Yang ini cara-cara front carry. Dan Hilda masih lagi tidur dengan aman dan selesa dalam Boba ni.


My first impression, MEMANG BEST! Berbaloi beli benda alah ni. Lepas ni takdek la mama merungut-rungut sakit tangan lagi bila Hilda asek nak suruh mama dukung bila jalan-jalan dekat Mall.

"Mama, kakak dgn abang boleh tak naik benda ni? "
adehhh !!


Wordless Wednesday : Shaklee National Conference :)


Sekitar Majlis National Conference Shaklee 2013.


Bisnes tanpa melupakan keluarga. Mereka ada dalam setiap acara :)


Saya dan anak didik saya, warga RichFamily bersama Mr Victor Lim Regional General Manager Shaklee. Kena selalu sebut diri kita kaya (rich), supaya kita sentiasa kaya jiwa, kaya hati, kaya uwang :P


Me and my mentor, Master Siti Nurazlina (Lyna Noh)


Me & Bradford Richardson, President, Shaklee International, Inc.
Buat muka tak malu jer pegi mintak bergambar dengan omputih ni. Cita-cita tahun 2014 is nak melawat opis dia dekat Pleasanton, Californi. Harap-harap tercapai, insya allah.
 

My sayang-disayang bersama replika kunci kereta.
Shaklee tak bagi kereta tau, tapi dia bagi elaun bulanan untuk beli kereta. Dah namanya duit dapat kat tangan, terpulanglah kt kita nak beli apepun. Hihi..
Ups, memang ada yg tanya saya, "awak balik kereta Mercedes ke BMW?" hahahahha..

Sekitar majlis bersama rakan-rakan seperjuangan.

Mostly, penerima anugerah dari group Jutawan naik bersama suami dan anak-anak. Ada 5 orang anak, kelima-limanya naik pentas :) Didukung dan dipimpin. Dan merekalah yang bakal mewarisi legasi yang kami bina hari ini.




The awards. Alhamdulillah.


Insya allah, jumpa lagi di NC tahun 2014.

Rumah baru kami..

Huhhh.. bersawang-sawang blog ni sekarang. Almost 2weeks takde updates.

Selepas cerita kereta kena selimut daun, ada sangat banyak cerita best utk dikongsi sampai tak terkongsi. Live update dekat Facebook aje ler..

Salah satu yang best, kini kami dah pun selamat berpindah ke rumah baru.

Sebelum tu, meh tengok punyalah melambak barang nak kena angkut.. Rasa stress sungguh berkemas. Dan almost 10 plastik sampah besar gak yang dibuang hasil mengemas ni. Dengan baju lama, kertas-kertas, toys, tupperware microvable, botol-botol vitamin, dan sebagainyalah. Kalau boleh, dh takmo bawak sampah ke rumah baru hihi.


Dan tadaaaa.. tayang sket satu sudut merah kegemaran saya :)
Penggunaan perabot yg sangat minimal. Simple tapi kami suka.


Dan ini plak sudut vitamin saya. Bersebelahan dengan rak tv. Bila disusun susun macam ni, rasa sangat bersemangat. :)


Dan yang paling saya suka kt rumah ni adalah, saya ada ruang untuk menyidai baju yang cukup. By the way, it is an apartment. Ada 2 cage pada tingkap-tingkap rumah ni. Sidai jeans setengah hari pon dh boleh kering sebab dapat cukup cahaya matahari. Tak macam rumah lama, kena sidai baju dalam bilik. So messy!

House warming? Insya allah kita sekalikan dengan openhouse aje lah ye.




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®