Coway Petite : Servis Berjadual Kali Pertama

Dah dua bulan rupanya dapur merah kami dihiasi dengan One Touch Coway Petite ni.
Alhamdulillah, so far sangat berpuas hati. Dapat minum air bersih yang ditapis secara RO, dapat mendidik anak-anak berdikari kalau nak minum pergilah ambil sendiri (ahaks!), dapat mencantikkan dapur merah dengan aksesori elegan dan menawan ini.

Pendek kata, memang suka lah sebab tak perlu dah mengangkut air mineral naik ke tingkat 2 ni. Kalau dulu lagi lah jenuh, mengangkut 5liter x 2botol air ke tingkat 5. Ok over, angkut naik lif, bukan naik tangga pun :P

So last Saturday, masa kami masih di Kota Kinabalu, adik yang namanya Fared ni call nak set appointment untuk servis kali pertama si Petite ni. Kalau adik tak call, ahkak pon tak ingat yang Petite tu dah tiba masa nk diservis. So saya pun arrange dia datang semalam.

Sekejapan je servisnya, dia bersihkan salah satu filter dan check condition filter-filter yang lain. Sambil lapkan Petite tu, nak je cakap..ko tolong lap sekali dapur akak tu dik..akak tak sempat lap lagi tadi. Ahahahah..



So dalam baldi pink tu lah hasil pembersihan filter yang dimaksudkan tadi.Warnanya ala-ala teh o air, lebih kurang juga dengan kaler air bancuhan Performance Drink Shaklee atau Cinch Tea Mix.. (adoyai! nak gak selit ek!)



Inilah rupa air sebenar bila kita hanya masak air direct dari paip. Owhh tak sanggup. Sebab itu lah rela ku angkut 5liter x 2botol air mineral suatu masa dahulu dan rela ku bayar harga untuk si Petite ini daripada minum air sebegini ropanya.

Hmm done with the service. Free of charge selama 5 tahun. Pihak Coway akan call pengguna secara berjadual. Mak takyah ingat bila nak kerna service pon. Nanti adik Coway ni je yang keep calling for next appointment. Senang gitu.

Okey, habis entry tanpa upah ni :)
Kalau nk guna dan letak penapis air Coway ni kat rumah, sila lah roger Puan Sarah Pakar Coway..bagitau la mokcik Lydzar Rusman tu yang rekemen. Dia suka sangat dengan Petite dia sampai ai pun jatuh hati. Haaa kata gitu tau kt dia :)





5 words from u:

eMMe said...

same la... kene pakai penapis air.. kalo tak, mmg berkarat la air dlm badan, takot tgk keadaan air skrg..kalo basuh baju, baju putih jadi kuning haa...huhuu...

SYANI said...

Macam best je.. teringin jugak nak ada satu kat rumah.

amirah said...

kat opis ada yg besor je..tapi petite ni boleh ada air panas sekali ke lydzar?

Unknown said...

ada air panas juga kalau petite ni. suhu bilik..suhu sejuk dan panas.. worth it

Unknown said...

tu la emme. lepas ni kena invest utk outdoor filter plak..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®