Bisnes Shaklee Adalah Kejayaan Bersama Kami

Semalam, sambil mama cuba menaip entry pasal migrain dekat blog semuasihatselalu, si anak sulung yang keseorangan tengok tv kt luar masuk ke SoHo mama. Adik-adik dia tidur awal, jadi doa agak bosan tengok tv sorang-sorang. Bila dia dah masuk, tak lain tak bukan, dia akan mintak pen atau pensil dan juga kertas.

Mula-mula dia ajak main teka perkataan. Mama tak boleh fokus dekat dia sebab mama nak buat kerja mama. Tiba-tiba dia terpandang sijil 'Key Coordinator' yang mama frame dan letak atas meja.

"Mama, sekarang mama key coordinator lagi ke?"
"Taklah.. " tak toleh pon kt dia.
"Hannah tengok yang dalam cermin ni, tulis key coordinator.." sambil tunjuk frame.
"Taklah, mama dah Master Coordinator dah sekarang.. cuba Hannah tengok dekat papan putih mama kt atas ni, kan mama dah tulis kt situ.. " senyum sendiri tapi masih tak toleh kt dia

"Oye ke mama... mama, macam mana nak tulis coordinator?"
"ni Hannah tengok kt kertas yg mama tampal kt dinding ni ye.." sambil tunjuk vision board mama.

After a while.
"Nah mama.. ni untuk mama, sebab mama dah dapat Master Coordinator.. "


Mama ambil kertas dan pandang muka Hannah. Hannah senyum comel gembira. Selama ni dia tak tau lagi. Ahaha takdelah lama sangat, sebab mama baru dapat capai rank tu masa closing November.

"Best lah mama sebab mama dah dapat Master Coordinator.. Nantikan kita boleh la naik pentas sama-sama macam aunty kawan mama tu" dia merujuk kepada Majlis Master Celebration.

Imbau balik kenangan.
Pertama kali saya bawa dia ke Majlis Master Celebration Master Cery & Master Iffah. Kemudian Master Lyna dan terbaru Master Farahwahida.



Hannah adalah orang yang paling teruja di majlis berkenaan. Setiap kali dibawa kesana, dia akan tanya saya;
"Mama sekarang mama dah jadi apa? Dah master ke belum?"
"Mama, nanti kalau mama dah master, boleh tak Hannah naik pentas jugak dengan mama dengan papa macam tu?"
"Mama, masa naik pentas orang bagi mama bunga ke?"

Dan macam macam lagi dialognya :) Anak owh anak..
Masih kecil, tapi sangat memahami keadaan apabila mama agak busy. Masih kecik tapi sangat pandai menghargai kejayaan. Ini adalah hadiah untuk semua mereka. 

Yes, this is our MLM. Dalam Shaklee, setiap pengorbanan setiap kejayaan akan melibatkan suami dan anak-anak kami. Jarang sekali saya tinggalkan mereka ketika berurusan. Kejayaan demi kejayaan saya kecapi sambil menggendong anak saya bertiga ni (as in bergilir-gilir la ikut kerenah mereka :P ) dengan bantuan suami tercinta.

Sejak dari Hilda baby lagi, jika suami outstation, saya akan tetap angkut mereka kemana saya pergi. Cod barang ke, beli stok dekat HQ Shaklee ke, kelas-kelas anjuran mak Shaklee saya ke, perjumpaan bersama-sama anak Shaklee saya dan semua yang memerlukan saya keluar dari rumah (ketika mereka tidak ke tadika) akan saya angkut mereka. Never in mind, nak berjaya "anak kena ditinggal-tinggalkan" seperti prinsip beberapa orang yang saya kenali, tapi dorang bisnes lain lah.

Jatuh bangun saya bukan seorang diri, tapi ditemani permata-permata berharga ini. I never walk alone.



Insya Allah sayang, nnt sampai giliran kita naik pentas untuk diraikan sebagai Master Coordinator Shaklee.


Alhamdulillah, syukur



4 words from u:

amirah said...

inspiring sungguh...moga terus sukses ye lydzar..good luckkk

adianiez AIDA said...

aida doa kan lydzar dan asben berjaya. aida ni keje makan gaji aje. tak pandai bisnes :-) hi hi...

Noorharizah Azfar said...

seronok baca.

doakan zah ye.

baru nak mula :)

mamiraysha said...

Tahniah Lydzar! Berbaloi pilihan awak melepaskan kerja makan gaji. Terharu pulak baca entry ni. Tak pasal-pasal pulak mata masuk habuk..hehe..

Moga Lydzar dapat melangkah lebih jauh dalam dunia Shaklee!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®