Tabung Kuning

Saya nak share tips kewangan sket kt sini. Bukan bertujuan nk menunjuk-nunjuk atau menayang kekayaan yer. Hihi..

Start bulan September lepas, saya mula mengumpul note warna kuning sebab ia kelihatan sungguh sayang utk digunakan. So saya decide lah nak buat something dengan note kuning ni. 

Maka timbul lah idea nak wujudkan Tabung Kuning. Bukan tabung sangat pun, cuma saya gunakan wristlet lama yang saya dah tak gunakan untuk menyimpan note rm20 ni. 

Tak ada tujuan asal buat tabung ni, tapi bila nampak ia mula terkumpul, terasa pulak nak membeli sesuatu nanti. 

Jadi daripada takde tujuan, akhirnya tabung tu ada matlamat tertentu. Dan saya letakkan tempoh masa 3bulan dan selepas 3bulan tu lah baru nak kira, berapa total kepingan yg terkumpul. 

Caranya setiap kali ada note kuning dalam purse, saya akan keluarkan utk disimpan. Ianya takkan dibelanjakan. So simpanan adalah berdasarkan bila ia ada dalam purse. 
Dan untuk mewujudkan note kuning, terpaksalah saya sentiasa 'memecahkan' duit rm50 utk dapatkan baki berwarna kuning :)

September - November 2013.


Hasilnya pada 2 Nov 2013. 
Alhamdulillah. Memang boleh la guna untuk beli sesuatu yang jadi idaman :)

82keping x rm20..

Kesimpulannya kt sini, jika anda tengah aim nak beli sesuatu diluar kemampuan anda pada masa sekarang..wujudkan lah tabung short term begini. 

Tetapkan berapa mahu disimpan
Tetapkan bila masa nak pecahkan tabung
Konsisten dan bersungguh-sungguh ketika menabung.


Selamat menabung!!



6 words from u:

Supermomof4kids said...

nak terai pakai gak r kekdah ni pasnih..manetau dpt beli sesuatu yg best :)

amirah said...

menarik! best best...

Iela Fazielah said...

wah..banyaknyer... tp susah nak dpt duit kunig ni..asyik duit merah je...tp sbb rare nak dpt leh cuba buatkan...

mamiraysha said...

Nice tips! Saya sedang menabung juga! Menabung untuk ke Legoland. Anak-anak dok sibuk nak pergi..huhu. Tapi saya simpan duit-duit yang saya peroleh bukan dari gaji saya. Contoh macam duit yang saya dapat untuk jadi fasilitator kursus, milleage claim, nuffnang dsb.

Cik Iman said...

nanti dah keje nak try la simpan not kuning :)

Unknown said...

@Cik Iman jom kena start menabung dari sekarang. :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®