Mungkin noriday tak sesuai utk bersama aku.
Sejak aku makan noriday, period asek datang menjenguk je. Dh hampir habis stok pad yg aku beli bulan lepas.
Lepas bersih 3-4hari, period datang lagi. Utk bulan ni je, dh 3 kali mcm ni. Tak suka! Sebab setiap kali period, susu pon macam segan silu je nk keluar. Hasil pumping pon setakat adanya dan secukupnya je utk Hadif.
Aku belum dapatkan pandangan gynea lagi pasal keadaan ni. Setakat yg aku surf tadi, memang diketahui kesan makan pil perancang mmg begitu. So dinasihatkan supaya makan pil pada kadar disiplin yg amat tinggi, iaitu makan setiap hari pada waktu yg sama. Tapi aku memang la seorang yg berdisiplin masa makan ubat, memang tetap waktu cume mungkin lari 2-5minit. Hati ni mmg dah nak merajuk pon dengan noriday. haha boleh gitu?
Rasanya lepas ni,takmo makan dah.





