Amboi dia.....

kali ni tulis pasal kakak hannah jaga adik ketika mama tengah solat.
aiks, nampak sangat solat tak khusyuk haha!! mmg ku akui tinggal sorang bersama 2 orang anak, byk kali solatku tak khusyuk lagi..semoga allah ampunkan dosaku..amin

mana taknya, perasaan risau amat risau mmg kompom ada bila tiba ketika ku away sekejap dari anak-anak..nk pegi toilet utk mandi or membuang, bila ku kt dapur nk memasak, dan juga ketika solat.

tadi masak ku nk solat asar, ku letakkan dulu hadif dalam babycot. letakkan juga sket toys utk dia usik-usik nnt. hannah pulak ada kt luar layan PHDC. baru saje ku mulakan solat, dah terdengar suara hadif merengek. ku tau, mesti dia dah meniarap lepas tu saje buat trick supaya ku angkat dan riba dia. sekarang ni dia mmg selalu buat trick ni, ntah sape ntah yang ajar :P
ku buat taktahu saje dan teruskan solat.

tiba-tiba hannah berlari-lari menuju ke cot hadif. dari celah-celah cot, dia cuba pat hadif utk menenangkan. sambil-sambil nyanyi selawat yg mcm selalu ku nyanyikan utk tidurkan mereka. tp selawat versi hannah la. sambil selawat sambil panggil adik..
aku yg dh mula tak khusyuk tu rasa sangat terharu. pandai juga hannah cuba jaga adik.

bila hadif tetap juga merengek, hannah naik pula atas katil besar sambil goyang-goyang mainan yg attached kt cot tu dan sambil memanggil-manggil lagi nama adik.
hadif pulak buat tak tau jer, sebab masa hannah dah berada diatas katil besar, dia tak nmpk hannah dah. hadif belum reti nk menelentang semula bila dlm keadaan dia meniarap.
terus merengek.

dan setelah habis usaha hannah pujuk adiknya, dia jerit .. "AMBOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOIII!! " lalu turun dari katil dan keluar tengok tv semula.

ku pula cepat-cepat habiskan solat. rengekan haudif dah tahap maksima dah tu. tak sempat berdoa pon, kuterus angkat hadif. tercungap-cungap dia penat..sape suruh menjerit-jerit kan.
then hannah pon masuk balik ke dalam bilik. :D

apepon ku bangga dengan hannah. dah tertanam sifat seorang kakak dalam diri sikecil ni. semoga dia akan terus jaga adik, mama dan papa nnt..insya allah

p/s: ku pulak dah ambil kesempatan atas kerajinan hannah..selalu suruh dia buang sampah/pampers kotor dalam tong sampah, selalu suruh dia amek henfon dan remote tv, selalu suruh dia letak cawan kotor kat dapur..seb baik blom suruh dia basuh pinggan lagi hihihi..


3 words from u:

ummi mien said...

owh comelnya hannah. org tua kata bdk kecik kalu pandai ajar dia mmg dia btol2 baik dan pandai wat keja. bole la che' li nak dpt no. 3 plak. hikhikhik

lydzar said...

amboi amboi..dh suruh aku dpt no 3 plak ek..aku rasa nk tunggu anak kedua ko pandai berjalan dulu nnt, baru aku buat projek mega no3 hehehe..

-inay- said...

hahahha...keji ok nk suh basuh pinggan...tp comeinye adik xmo dia ckp amboi

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®