Puasa, sahur dan berbuka

hari ni dah masuk hari ke11 berpuasa. alhamdulillah, puasa berjalan dengan baik. cuaca pon sejuk je sekarang dan memang almost setiap hari hujan. hujan rahmat. so tak la rasa haus sangat. by 5 or 6pm baru la terasa ala-ala lapar, sebab ku asek di'sedut' jer oleh itu 2 orang budak :D

so far, baru sekali je berbuka kt luar. staff abg belanja unit dorang sebab naik pangkat. tq hafiz. semoga murah rezeki selalu :)
tp pengalaman berbuka kt luar bersama 2 orang budak ni, buat aku rasa mcm berbuka kt rumah lagi mudah dan selesa. hannah yg takmo duduk diam. asek nak kacau mama dia makan je. dan hadif pon tak mo diam dalam stroller. terpaksa la riba. hannah pon berebut nk duduk riba mama. adeh..
so abg terpaksa la makan cepat-cepat dan ambil hadif. aku plak bila dah free dari meriba hadif, cuba la utk menyuap hannah makan. tp dia asek tepis suapan nasi tu. geram...grrrrrrrrr
so kesimpulannya, tahun ni mungkin itu yg pertama dan terakhir sesi makan berbuka diluar kot.

actually kt rumah pon kelamkabut jugak keadaan kami berbuka. masa ku tgh hidang juadah hannah pon dah sibuk2 tarik high chair dia kt meja. konon-konon nk berbuka sekali. ok la ku kasik dia chance makan sekali.
biasanya ku akan cuba suap dia makan dulu sebelum azan magrib berkumandang. so masa kami makan nnt, at least dia dh kenyang sket dan tak mengacau kami makan dengan hebat lagi.
bila dia tak mau disuap, ku biarkan je dia makan sendiri. biasanya dia akan berada di high chair tu paling awal-seawal 20minit sblm waktu berbuka, dan turun sesudah ku berbuka dan abis solat magrib
haha..padan muka. kalo turunkan awal-awal dari highchair, mula la dia nk kacau itu ini.. dan itu bisa membuat mama dia jadi hulk hogan..
hadif pulak, mcm tau-tau je kitorang nk makan ramai-ramai. so dia mcm mula nk merengek kalo diletak depan tv. dia boring tergolek-golek sorang. so buat la mcm-mcm bunyi supaya mama dia ni tak sampai hati biarkan dia sorang while org lain semua mengadap makanan. so makan sambil meriba dia jugak la. tp semalam, berjaya buat dia tido before waktu berbuka. berjaya makan dengan selesa sambil layan hannah sorang je. ingat lepas-lepas ni, nk tidokan je hadif time berbuka :D
huhu ni baru 2 anak, nnt kalo 5 anak cemana la agak nya.

dan seperti tahun lepas, ku tak berkesempatan nk pegi solat terawih. rugi nya :(







2 words from u:

lydzar said...

testing

ummi mien said...

yes. it's true. serius aku pon mengalami gangguan sama cam ko. selalunya si kucil2 ini akan mula wat aksi nak bermanja ketika kita berserabut nak memasak. kpd kaum adam, kalu lauk tu termasin or tawar jgn le nk slhkan si isteri ye. hikhikhik...dan dan ada excuse. kalu dania start nk kaco, aku bagi dia makan honey star ke atau apa2 je la yang ada dlm kabinet makanan.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®