Cerita Birthday HANNAH



*she is sooo adorable*


12 hb 12..memori terindah.. genap hannah 2 tahun. utk breastfeeding issues, kalau ikutkan pengiraan masa, dah lengkap (sebenarnya tak lengkap pon). dia dh boleh di wean-off kan.memang dah 2-3minggu cuba carik cara, tp tak berjaya pon. mayb skrang ni, aku just ikutkan jer demand dia. bagi bila diminta saja. kalo aku kira hannah bebetul fully bfeed adalah pada usia dia sebulan dan selepas adik dia lahir (almost 7bulan skg ni). so total adalah 8 bulan saje. so kalau aku berniat nk qado' ada lagi 16bulan to go. by that time umur dia adalah 3 tahun 3 bulan. maunya, dia khatam sama-sama ngn adik nanti.

i dont success in complete/fully breastfeeding her. seawal usia dia sebulan, aku dh mula bagi susu formula. sebab? sebab utama adalah kerana aku TAK CUKUP INFO dan TIADA SUPPORT GROUP. memang sejak dari pregnan lagi, aku dh tau kebaikan susu ibu dan bercadang nk fully breastfeed dia, tp sebab TAK CUKUP info ni lah, yg memudahkan aku terjebak dan terpedaya dengan arahan orang itu-orang ini utk memberikan dia susu formula.


ketika itu, walaupon aku dah beli satu breastpump yg cukup power iaitu Spectra3, aku masih tak tau jadual/bila kena pam, macam mana nk simpan, macam mana nak bekalkan sepanjang aku kerja dan segala yg berkaitan dengan isu EBM aku memang tak tahu. Kesal sungguh rasanya.


Lepas maternity leave, memang aku bawak dan usung pam tu ke opis, tapi aku TAK MENGEPAM. punya la tak tau bila nk gunakan pam tu kan. kononnya, hannah di hantar kt taska yg dekat dengan opis jer, so bebila masa free aku boleh turun direct breastfeed her. aku TAK TAU pon yang patutnya, aku boleh bekalkan susu aku utk diminum dikala aku tak berkesempatan turun melawat dia. sudahnya, bertin-tin susu dibeli sebagai bekalan utk di taska. beratus-ratus duit papa habis utk beli susu dia.


dan kesedaran timbul semula masa hannah berusia 4bulan bila dia refuse to breastfeed at all. punya lah sedih masa tu. terasa di reject oleh anak sendiri. sempat la berjumpa dengan kak rita MLO utk sesi relactation. dari situ, baru la aku tau bila patut pumping, apa kena buat dengan EBM dan segala-gala yg sepatutnya pasal breastfeeding (juga sgt rajin membelek forum dalam susuibu.com). boleh flashback kisah ni disini
 

i regret this so much ok! 
mungkin mama perlu tebus kesilapan ni dengan membiarkan hannah terus nenen sampai la dia ngn adik khatam sama-sama. dan perlu tahankan telinga daripada bebelan ejekan nenek bila hannah mintak nenen. mama perlu kuat semangat utk mengharungi tohmahan keadaan ini. ok takper la, mama ready supaya hannah gembira. lagipon tak salah nursing a toddler. :)
 

kembali ke tajuk asal


12 hb 12..Sabtu pagi dalam jam 9am+, hannah bangun, mama & papa terus nyanyikan lagi birthday..terpinga-pinga dia, apehal mama ngan papa ni..tak penah pon selama ni hannah bangun tido, dorang menyanyi..layan jer la dia senyum je bila terima kiss bertalu-talu dari mama dan papa. adik pon mama suruh kiss kakak jugak.


*dah siap nk pegi jalan! *

*birthday GIRL*




*berhimpit-himpit duduk kt depan :P *



So hari sabtu, kami plan bawak hannah jalan-jalan. Mula-mula kami menuju ke Shah Alam dulu, survey tempat interview aku nk pi hari selasa nnt. Sesat-sesat gak la sket carik jalan kesana, almaklum tak familiar.
Bila dah jumpa, baru la menuju tempat nk jalan-jalan yg masih belum di decide kan lagi. Abg dok tanya nak kemana. Aku pon takde idea nk g mana. Yang aku nak, pegi tempat yg ada Jusco. hehe pelanggan setia Jusco la katakan. At last, aku decide pegi Midvalley.




*hadif dah muncung mintak nenen*




*okeh, kita minum dulu*


On the way ke Midvalley, hadif tiba-tiba muntah. adoi! spoil la. Abes baju aku and hadif bau muntah. Abg kata aku dah berpakat ngn hadif, suruh muntah sebab nnt aku boleh pau dia baju baru..haha!! tak terlintas langsung dalam hati ok!!




*mama menten cun walaupon baju dah berbau muntah*

*papa pulak sebok tutup hidung*


So sampai je Midvalley, lepas dapat parking yg agak illegal (kes parking yg full), terus masuk Jusco. Pencarian pertama ada persalinan utk mama, hadif mmg bawak baju spare. hukhuk, malu giler, sbb konpom lalu lalang kt tepi orang, orang akan notice bau muntah tu. lepas pilih-pilih (yg paling murah! sbb nk balance byk, Abg bagi rm50 jer), bayar dan terus tukar baju. Tudung plak, selamba je basuh kt sinki and pakai dalam keadaan basah tu. menitik gak la kelantai air dari tudung tu masa jenjalan haha!


*pose baju baru sambil breastfeeding in public (next to baby room jer - full plak)*

*papa with 2 kids*


Lepas salin baju, terus carik makan. LAPAR!
Hari ni kita tak beli dan potong kek pon, sbb dah plan nk celebrate sama-sama dgn Abg Nazrul dan Yasmin kt kampung nnt. Mereka sepupu-sepapat ni adalah anak-anak hujung tahun. so boleh la celebrate sekali dimajlis kenduri Cik Pit nanti.

Lepas mama dan papa solat, baru la kita mula kan pencarian hadiah bday hannah.

Hadiah ni actually bukan hannah yg mintak. tp aku yg exsaited nk suruh Abg belikan utk hannah. macam best je tengok kawan-kawan hannah semua dah ada dapur sendiri. abis semua rak aku jenguk carik benda alah ni. rupanya ada kt belakang nun..


*dah takmo lepas kotak ni*



*ni hannah ponyer*


tp hannah tetap eksaited bila Abg angkut kotak ni menuju ke kaunter. sambil beratur kt kaunter, tangan dia tak lepas memegang kotak kitchen ni

"ni hannah ponyer" senyum meleret.


*tumpang enterframe*


aku pon tumpang happy. sebab dulu masa kecik, aku tak merasa mainan macam ni. paling best pon, main masak-masak pakai batu, tin susu, ranting kayu dan tanah. nnt kita main sama-sama boleh yer hannah.. selesai bayar, pencarian beg laptop Abg pulak bermula. habis semua kedai yg jual beg kami masuk. tak dek yg berkenan. kesian hannah sebab kena jalan. kami outing kali ni, tak bawak stroller dan tak bawak RS. agak seksa jugak la mendukung..lenguh abis dah lengan ni. tp no choice la.. Abg decide nak carik kt tempat lain kt PJ. so kami pon bergerak keluar dari Midvalley.


*hannah yg penat tapi happy*


Punya lah penat, masuk-masuk kereta je, hannah dan hadif terus tidur :) Aku tak ingat ape nama tempat kami pergi utk beli beg laptop Abg tu, but finally he managed to get 1 bag that suit his taste and his budget :)

sampai rumah jer, hannah suruh papa bukak kotak. terpaksa la layan kehendak anak kesayangan tu. papa tak sempat berehat pon, terus installkan dapur ni.



*install dapur beramai-ramai*



*taraaaa..hannah and her kitchen*


*hannah masak bubur mama.. *




8 words from u:

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

babe,
past is past..kite bljr dr kesilapan kan.. see, 2nd bby nie u dh b'jaya BF..smbil Hannah tumpang sekali rezeki susuibu tue..chayork2!

i nie pun dh byk sora2 sumbang duk kata i BF darah (teori mane ntah dorang pkai?) coz Eiymann dh 2 thn 8 bln still nenen lg..i pun x taww bile nk stop..slagi ade p'mintaan, slagi tu larr my BREASTAURANT open 24/7..hehe..

wahh..kemain syiookk Hannah dpt kitchen baru.. leh msk2 pas neh..dh besar tgk dia..bile kite nk jmpe neh??

Iela Fazielah said...

Wwah.... akhirnya Hannah dapat kithen sama cam kakak Fiqah.... seronok x dia main??? neway... sonot tgk gelagat hannah

Unknown said...

ecar..
mmg tgh tahan telinga jugak la bila nenek hannah marah dia stil bf..nenek dia cakap nk letak taik ayam candu kt nenen mama!! hahahah
tp hannah buat dono jer. i telan ayaq liyuq jer la :P
mmg syiok, leka dia main. sambil adik cuba2 usik nak main sekali..
jumpa? ntah la i pon taktau bila.mayb masa 3rd bday party eiymann kot :D


iela : akhirnya kan..mama dia yg over eksaited sekali

onniey84 said...

alahai so cute..sonok nya dia dpt hadiah besar ;)

rosmah said...

liza kita pun gagal masa dhia...tp for damia kita kuatkan semangat sekuatnya...walaupun waktu kerjaku sgt padat ku sempatkan juga mengepam...alhamdulillah masih dapt ganti stok yang diambil setiap hari....harap kita berjaya kali ini...izza pun nak fully bf ridz...to hannah semoga jadi anak yg solehah & bijak ..jom p singapore 24th dec ni....

Unknown said...

onniey84 : mmg dia seronok dapat hadiah..

rosmah : tu la kan, alhamdulillah utk yg 2nd (dan seterusnya) kita kena kuatkan semangat.
kita ok lagi la, skg ni housewife kan. mmg keje dok belek anak jer. mcm awk yg bz kt opis tu, mmg SALUTE la..

singapore?? huhu kami 4orang semua takdek passport lg :P

-inay- said...

happy birthday hannah...makin lama makin cantek hannah

AinulMalik said...

best sangat baca cite ni..semua bende ade walaupun simple. hanya yg memahami aje dapat rasa..caiyok lydzar, teruskan!
hepi befday my dear hannah, moga jadi anak yg solehah :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®