Potong!!

Ini cerita tiada kaitan ngn P1WiMax tu, sebab aku puas hati je dengan Celcom Broadband free yg aku pakai skg nih.. :)

Yang terasa nk potong ni adalah perkhidmatan post-paid Maxis aku. Semakin lama pakai semakin rasa tiada ape-ape keistimewaan. Amat jeles bila tengok iklan yg bermacam-macam promotion utk pre-paid services. Hadiah birthday la, top-up free la..blabla..
post-paid aku ni setakat mcm ni je. tak penah pon dpt diskaun ke hadiah ke. yg ada cuma lah sms bertalu-talu pasal advertisement itu ini. ada aku kesah ke dengan semua iklan tu..
dah la duduk kt kajang ni, line tak clear walaupon full bar. tiap kali call Abg, vice versa, kena berborak mcm tengah dok kt pasar malam. siap kena menjerit supaya orang disana dapat dengar. WTH kan!! sakit ati aku..and bila ada jobhunter call pon sama. asek la terpaksa keluar bersembang dekat gate sana utk mendapatkan reception dan suara yg jelas.

dan lagi satu sebab, rasanya tak praktikal pon aku pakai post-paid. sebab aku bukan pengguna telefon yg tegar. paling kerap aku call cuma Mak kt Chini, dan Abg jika perlu rindu. yer, zaman ini, bukan lagi zaman bergayut-gayut ditelepon seperti mana jaman bercinta dolu..walaupon sesekali terpisah lama oleh sempadan daerah, kami cuma bertelepon 10-20minit saje. selainnya telepon aku ni jadi bahan kunyahan-gigitan Hadif je dan juga alarm clock..kalau aku bertukar kepada pre-paid semula pon..it just no pain no gain.

memandangkan tabung aku juga semakin hari semakin sayang menipis, maka wajiblah aku mencarik cara yg lebih ekonomi.
segan silu aku nk berdialog "abg, nak duit sket boleh? nak bayar bil tepon"
walaupon kemungkinan besar dia tunaikan permintaan aku, tp aku rasa amat tak wajar nk mintak.

so maybe soon i will say GOODBYE to my Maxis post-paid service.


aku belum ada idea, sama ada nk convert post-paid kepada pre-paid (hotlink) atau tukar saja pada provider lain.
frens, sapa ada review pasal prepaid services yg bagus ni, sila la berkongsi dengan saya review anda. kan sharing is caring and loving :)


p/s : oh yer, tak lupa nk ucapkan CONGRATULATIONS to my dear Izza for her newborn son malam tadi. and welcoming baby Muhammad Ridz Miqael - nama ala-ala ayah gitu.
Selamat berpantang dan Selamat BREASTFEED ur son yer. Insya allah nnt Lydzar n Co datang visit :)

0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®