masker?

2 in 1 gitu. Boleh sapu boleh makan.
Letak lebih kt hidung utk hilangkan blackhead ye

Hahaha comel sangat Hilda makan donut di taman. Mama bukak baju dia siap siap. Tak sanggup mama tgkbaju dia kotor

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tanda kematian..

Adakah ini tandanya kematian ....BLOG ku??

Huhu seriusly tak terupdate dh blog ni sekarang. Ni anak angkatkan.
Nak carik idea pon selalu buntu sedangkan byk je aktiviti menarik untuk dirakamkan.

Jom update sket..
-Hilda semakin petah bercakap.
-Hadif bakal jalani minor operation utk hernia yang dialaminya sekarang
-Hannah yang dh kuat makan, makan  drumstick KFC dah tak cukup seketul sekarang.
-Papa tengah outstation
-Mama tengah kerja keras kejar closing November.



Shake n Take & ESP Shake

Beli Shake n Take ni dari Groupon. Punya lah lama menunggu, ingatkan tak sampai sampai blender comel saya ni. Alhamdulillah sampai juga pada hari Isnin lepas. Yahuu!

Niat beli Shake N Take ni memang sebab nk guna utk buat smoothies. Saya kan pengguna TEGAR ESP Shaklee tu. Sehari tanpa ESP tak lengkap rasanya hehe!

Comel je saiz blender ni, Jug dia slim and tall, siap ada straw. Thats why lepas shake kita boleh take.meaning takyah dh tuang2 kt gelas bagai. Boleh amek jug dia and minum kt situ jer.


Ini resepi pertama saya  semalam.
ESP with raisin dan madu. Biasanya memang saya shake ESP dengan fresh milk. Sedap!



Tadaaaaa...siap!!
Actually dekat penutup jug ni ada straw, tp lupa nk naikkan.
Mama baru minum sket, si Hilda yg beria-ia minum. Tp sket-sket je la..ini mama punya!
Nnt mama shake kan Mealshake campur buah mangga ye dik..mesti sedappppppp

Power Bank

Dapat dah seketul!

Telepon Samsung ni memang kuat makan. Sebab tu kena standby 'makanan' dia. Kekadang dh caj 100% sebelum keluar pegi keje...then baru menjelang kol 12pm, bateri dh tinggal 20%. Hallamak! cemana nk surf surf bukak FB sementara tunggu makanan tiba kt food court tu kan.

Hari tu masa beli S3 cik abg, ingat nak sambar jugak sebijik power bank ni. Tp design yang ada jual kt kedai tu, besar dan tak menarik. Dan boleh caj sekali sahaja.. dan harga dorang jual rm100. Masa tu tak survey sangat pon pasal power bank ni.

Baru-baru ni, sorang geng Jutawan post iklan pasal powerbank yg dia guna. Boleh caj up to 4 kali. Ini sudah bagus. Dan harga pulak RM165. Boleh la. Terus order dekat dia. Dan pagi ni dh sampai pun :) Lepas ni takyah risau-risau lagi kalau nk away dari rumah. Power Bank dah ada :)

Owh ye, kalau ada yang tak tau..powerbank ni kira portable charger for gadget lah. Kita caj dia dulu. Then bila kita pegi outdoor, bateri henpon dh kong..boleh la connectkan fon dekat power bank ni. power bank akan charge the battery.


Lelaki boleh merajuk ke?

Sapa kata tak boleh?

Ada sorang laki ni semenjak dua menjak ni memang sensitip. Senang merajuk. Kuat merajuk.
Kena tegur sket, dh muncung. Suara kuat sket, dah nangis. Adeh apa kes. Tak macho lah kan!





Masam mencuka dia. Tapi takpe, kejap je dah ceria sebab dia ada tukang pujuknya..



Bergaduh di kedai tudung

Berita GEMPAR!!

2 wanita dilaporkan bergaduh di sebuah kedai tudung. Kejadian yang berlaku di sebuah kedai tudung yg terletak di dalam Giaant Kota Damansara itu tidak menyebabkan apa-apa kerugian atau kemalangan jiwa. Pemilik kedai juga menarik nafas lega apabila semuanya berakhir dengan baik.

Dalam kejadian tersebut, pihak berita diberitahu bahawa wanita pertama yang bernama Liza (bukan nama sebenar) meminta wanita kedua Hannah (bukan nama sebenar) memilih tudung. Liza memujuk Hannah untuk memilih tudung syria kerana katanya lebih sesuai dan kemas untuk dipakai. Tetapi Hannah pula tanpa melihat jenis tudung telah memilih tudung berwarna hijau lembut, tetapi ia adalah tudung awning.

Liza tidak setuju dengan pilihan Hannah, dan meminta Hannah memilih tudung berwarna hijau juga tetapi jenis syria. Hannah bertegas, dia mahukan tudung berwarna hijau awning juga. Akibat tidak sependapat, Liza bermasam muka dan mengajak Hannah keluar dari kedai, manakala Hannah pula mula mengalirkan air mata sambil membentak mahukan juga tudung yang dipilihnya.

Pergaduhan dileraikan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut meminta Hannah dan Liza bertenang. Lalu beliau mencadangkan mereka pergi makan dulu memandangkan keputusan dibuat ketika perut tengah lapar.

Selepas makan, mereka masuk semula kedalam kedai dan Liza membeli tudungnya sendiri. Hannah yang melihat dia tidak mendapat apa-apa, memujuk Liza untuk membelikannya tudung hijau yang Liza pilih tadi. Lalu berakhirlah sebuah pergaduhan manja anak-beranak di kedai tudung.

Hihi!! Kami bertudung baru :)

31 Oktober 12 : Happy Birthday Suamiku

Cerita semalam.

Genap dah umur si dia 32tahun. :)
Saya cuti separuh hari, suami terpaksa cuti. Saya bz pegi closing kt Shaklee, dan dia jadi penunggu rumah sebab electrical technician tengah buat kerja troubleshooting. Ntah apa yang tak kena, tetiba jam 4pagi semalam blackout kt rumah.

Sesiang terbazir walaupon kami berdua cuti. Tapi nk buat macam mana, hal ehwal tadi tu kena disetelkan juga.

Malamnya baru sempat nk pegi celebrate. Tapi rasanya umur dh makin naik ni, saya tak nampak pon dia macam happy nk celebrate bagai ni. Owh itu bukan saya, saya ni setiap tahun excited haha! Tiap tahun awal-awal dh tau nk mintak hadiah apa.

Tak apa lah. Dia tak excited, biar saya yang excited. Saya excited sebab nk celebrate sekali kemenangan usaha saya berShaklee. Dapat  naik one step ahead bulan ni. Closing Oktober antara closing terbaik saya sepanjang terjebak dengan bisnes ni. Syukur Ya Allah.

Belanja anak beranak makan di Kenny Rogers Kota Damansara je sebab tengah hujan. Plan asal nk ajak ke Bubba Gump Citta Mall, tapi parking kt sana terbuka. Susah plak nk angkut 3 HM ni.

Owh lasaknya anak-anak saya sekarang. AKTIF! Meja makan jadi kerusi si Hilda. Kerusi pulak jadi tempat melompat si Hadif. Seb baik kakak dapat S3 papa..diam la dia layan calculation bola-bola kt phone tu.

Anyway, HAPPY 32nd BIRTHDAY SUAMI  saya. I love u. :D

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®