Berita GEMPAR!!
2 wanita dilaporkan bergaduh di sebuah kedai tudung. Kejadian yang berlaku di sebuah kedai tudung yg terletak di dalam Giaant Kota Damansara itu tidak menyebabkan apa-apa kerugian atau kemalangan jiwa. Pemilik kedai juga menarik nafas lega apabila semuanya berakhir dengan baik.
Dalam kejadian tersebut, pihak berita diberitahu bahawa wanita pertama yang bernama Liza (bukan nama sebenar) meminta wanita kedua Hannah (bukan nama sebenar) memilih tudung. Liza memujuk Hannah untuk memilih tudung syria kerana katanya lebih sesuai dan kemas untuk dipakai. Tetapi Hannah pula tanpa melihat jenis tudung telah memilih tudung berwarna hijau lembut, tetapi ia adalah tudung awning.
Liza tidak setuju dengan pilihan Hannah, dan meminta Hannah memilih tudung berwarna hijau juga tetapi jenis syria. Hannah bertegas, dia mahukan tudung berwarna hijau awning juga. Akibat tidak sependapat, Liza bermasam muka dan mengajak Hannah keluar dari kedai, manakala Hannah pula mula mengalirkan air mata sambil membentak mahukan juga tudung yang dipilihnya.
Pergaduhan dileraikan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut meminta Hannah dan Liza bertenang. Lalu beliau mencadangkan mereka pergi makan dulu memandangkan keputusan dibuat ketika perut tengah lapar.
Selepas makan, mereka masuk semula kedalam kedai dan Liza membeli tudungnya sendiri. Hannah yang melihat dia tidak mendapat apa-apa, memujuk Liza untuk membelikannya tudung hijau yang Liza pilih tadi. Lalu berakhirlah sebuah pergaduhan manja anak-beranak di kedai tudung.
Hihi!! Kami bertudung baru :)
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
4 words from u:
hihihi...comel plak berita ni rasanya...
Mak aii.. Gempar betul berita ni.. Ingatkan ada adegan tarik2 tudung huhu.. Comel la kamu berdua bertudung baru..
sweet jek dua beranak tu... ihihihi.. anak yang baik.... (^_^)
he..he.. akhirnya kedua beranak terus anggun bertudung baru..
Post a Comment