Kidszania!


Kapten Hannah dan Doktor Hadif!

Eh blom Wordless Wednesday ek..

Super-Cantik & Super-Tenang Surau : Space U8

Kena tulis gak sket hehe:
-Ruang yang besar
-Telekung sangat bersih
-Decoration yang cantik
-Aliran air yang sangat mendamaikan
-Sangat best surau ni.

Movie Time!

Last Saturday punya cerita.

All of sudden, tetiba je Papa ajak pi tengok wayang. Kami yang dah satu petang dok terperuk dalam rumah je, memang tak tolak lah. Survey dulu kt website MBO, tengok movie schedule. Ada plak cerita Husin, Mon dan Jin Mata Toncit ni kol 9.40pm.
OKlah, setuju sebulat suara nk tengok cerita ni. So 8.30pm keluar dari rumah.

MBO Space U8, dekat je. Jalan pon clear, parking lot banyak kosong, dan beraturlah kami beli tiket. Mahal jugak rupanya tiket MBO ni. RM13/adult. RM6/kids
Ke memang harga dah seropa ini sekarang ek? Memang dh bertahun tak jejak panggung lah katakan. Bukan aktiviti biasa kami :)



 

Sebelum movie bermula. Semua HMs ni excited.
Cerita ni seram kelakar. Hadif steady jer tengok. Muka tak takut, tak ketawa, tak enjoy.
Straight face! Haha. Tak tau lah sebenarnya dia suka ke tak sepanjang movie tu. Tapi bila keluar, baru lah nampak dia senyum dan mula potpet pasal cerita tu.

Hannah eager nak tenok tp takut. Mula la tutup-tutup mata dengan tangan. Sampai satu tahap, dia nk duduk atas riba papa.

Hilda, kejap-kejap nak nenen. Bila sampai part orang ketawa terbahak-bahak, dia lepas dan sibuk tanya 'nape..nape mama?" Hahaha
Dan bila cerita abes, dia la yang jerit paling kuat.. "ABESS DAHHHH"

Mama, memang of course ada part muka buruk sihantu Mon dan time bunyi soundtrack seram tu, mata mama pandang Hilda. Tak sukalah tengok. Hihi.

Apepon, its a light movie. Sesuai aje lah nak bawak anak-anak pegi tengok.
So mungkin kita akan tengok wayang lagi next 1 or 2 years. Haha.

My New Black 'Baby'

Dalam sejarah hidup lagi sekali buat MommaLydzar.

Hehe semua yg pertama kali WAJIB diingat dan dimemorikan dalam blog ni :)

Alhamdulillah, kali ni kereta pertama saya pulak. Syukur sebab akhirnya, ada juga sebijik kereta. Saya kira ini kejayaan peribadi jugak lah.(Ellleeehhh orang lain dh lama dah beli kereta sendiri kot!) Haha..

Walauapapun lepas ni saya tetap akan pakai kereta Alza tu. Senang nk drive sambil si Hilda baring kt tepi. Seat depan Alza kan takde handbrake antara dua seat tu, so memang feveret dia baring. Kepala di paha saya..

Bertekad beli satu lagi kereta untuk memudahkan urusan kami suami isteri..  dan rezeki dari Allah, bulan lepas saya dh berjaya melayakkan diri untuk mendapat insentif Car Bonus dari Shaklee.
Shaklee bagi duit, bukan bagi kereta. So terpulanglah nk beli kereta apa pun, idaman atau bukan, terpulang pada pemunya RM. Kalau nk beli gula-gula je pon, boleh aje. Ahaks!

So here we are, our new BlackBaby MyVi  :)


Friday 2 February 2013 : Fresh from oven


Tatacara penggunaan dari Salesman

Amboi kan main lagi Hadif!
Ambil dari kedai, malam 2 Feb 2013. Hari Jumaat yang berkat. Booking kereta ni aritu pon hari Jumaat.

Esoknya terus pegi pasang tinted. Macam biasala, dapat voucher untuk tinted ni as free gift.


 

Insya allah, semoga dengan adanya BlackBaby ni, mudah la sebarang urusan kami yg memerlukan perlindungan dari hujan dan panas di bumi Allah ni..

HM tiga beradik setiap hari pujuk mama bawak BlackBaby hantar dorang pegi sekolah. Masalahnya BlackBaby kena duduk luar pagar sebab dia tak bersticker. Ponat eh omak ekau ni nk berjalan dari rumah ke luar pagar tu kot. Haha.

Sekali sekala nanti yer sayang semua..

Best! Car  bonus insentif tu nnt, separuh buat bayar BlackBaby, separuh lagi buat bayar Blok 2.
Alhamdulillah..


New cover seat..feeling bawak kereta baru

Last Sunday.. Misi mencari dan memasang cover seat baru kt Alza kami.

Dah tak tahan dah tengok seat Alza yg sangsat comot. Susu tumpah la, air tumpah la..terkena coklat, terkena itu ini. Boleh bayangkan kot bagi sesiapa yang ada anak-anak kecik tu.

Seat hunting bermula dari Kg Melayu Subang. Ronda-ronda check kt kedai-kedai kusyen yang bukak. Ada yg quote RM700, RM1200, RM1500..huhu macam-macam harga.

Tghari sket, sesi mencari kt Shah Alam plak. Cik Abg bawak, ai ikut aje.

Ada satu kedai ni, quote for RM580. Wahhh, the BEST price for the day. So kita buat terus lah. Alang-alang dah sampai dan memang ada free time.

Once staf kedai ni cabut seat dari kereta, terserlah segala habuk, segala keropok, segala kasut yang ada dalam kereta. Ahaha!




Lama jugak la dia pasang. Dalam 3jam gitu lah. Sempat kami bentang tikar, duduk tepi kedai ala-ala berpiknik.

Puas hati dengan hasil kerja dorang. Kemas!
Rasanya macam almost semua staf yg free turun padang tolong pasang coverseat ni.

Hasilnya....tak de plak gambar. Tp serius kemas pemasangannya. Kalau ada sesiapa nk pasang, saya recommendlah kedai ni. Harga pon berpatutan.


So new rules dalam kereta sekarang...TAK BOLEH MAKAN DALAM KERETA.
Hehe tengok lama mana boleh bertahan dengan rules baru.

A breastfed baby will breastfeed her baby.

Sabtu lepas. Dah siap-siapkan 3 beradik n, turn mama pulak nk siap.

Waktu tengah nak ambil barang di sofa, ternampak Hilda tengah pegang baby dia umpama position tengah susukan bayi. Kepala baby di dada dia.

"Adik buat apa tu"
"Baby nenen.." Jawab dia.


Tak sempat snap picture tu.
Then suruh dia ulangtayang, sambil mama ready dengan phone. Pose tak berapa jadi. Ini je yg dia nak lakonkan semula.

Insya allah, a breastfed baby will breastfeed her baby. 

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®