New cover seat..feeling bawak kereta baru

Last Sunday.. Misi mencari dan memasang cover seat baru kt Alza kami.

Dah tak tahan dah tengok seat Alza yg sangsat comot. Susu tumpah la, air tumpah la..terkena coklat, terkena itu ini. Boleh bayangkan kot bagi sesiapa yang ada anak-anak kecik tu.

Seat hunting bermula dari Kg Melayu Subang. Ronda-ronda check kt kedai-kedai kusyen yang bukak. Ada yg quote RM700, RM1200, RM1500..huhu macam-macam harga.

Tghari sket, sesi mencari kt Shah Alam plak. Cik Abg bawak, ai ikut aje.

Ada satu kedai ni, quote for RM580. Wahhh, the BEST price for the day. So kita buat terus lah. Alang-alang dah sampai dan memang ada free time.

Once staf kedai ni cabut seat dari kereta, terserlah segala habuk, segala keropok, segala kasut yang ada dalam kereta. Ahaha!




Lama jugak la dia pasang. Dalam 3jam gitu lah. Sempat kami bentang tikar, duduk tepi kedai ala-ala berpiknik.

Puas hati dengan hasil kerja dorang. Kemas!
Rasanya macam almost semua staf yg free turun padang tolong pasang coverseat ni.

Hasilnya....tak de plak gambar. Tp serius kemas pemasangannya. Kalau ada sesiapa nk pasang, saya recommendlah kedai ni. Harga pon berpatutan.


So new rules dalam kereta sekarang...TAK BOLEH MAKAN DALAM KERETA.
Hehe tengok lama mana boleh bertahan dengan rules baru.

16 words from u:

adianiez AIDA said...

VIVA aida tu In Shaa Allah 2-3 bulan lagi pun bersalin kulit seat nyer. da bercapuk-capuk gaks! aida da kumpul duit nak tukar leather seat terus...

Hanis Azla said...

wah.. bestnya bila dah pasang cover baru.. klu kereta, bukan takat tukar cover seat.. klu tukar wiper pun dah rasa maca naik kereta baru he..he..

amirah said...

susah la kalau nak implement rule tu..hehe...kalau ada anak kecik ni memang kena redha jela nampak nya kan lydzar..kitorg punya rasa mcm dah berapa juta bakteria dah ada kat situ..huhu

MyKhalish said...

T__T seat kuuga pun dah cam hape... lg2 amni mmg suka tabur mknan dlm keta. smpkan lipas pun ada. sadiss...

MAMASUE said...

hehehe...keter mamasue dah lama bt rule tu, tp tak jln...even worst,pakai kasut pijak seat pun tak blh (sepatutnya) tp medina tu tak heran pun!

Lydzar said...

@adianiez AIDA haah. tukar leather seat senang. habuk pun kurang. kami punya semi leather jer

Lydzar said...

@Hanis Azla haah kak, kalau tukar pewangi pon dh rasa best dah kan kan kan

lydzar DN said...

@amirah tu la saya kata, berapa lama la nk bertahan dgn rules tu. mmg kena tunggu anak2 besar sket la

lydzar DN said...

@MyKhalish lipas! memang konpem ada dalam kereta yg ada byk sisa makanan. syurga dorang tu..sama je ngn kete kitroang. kekadang saje je dia muncul time kitorang ada dlm kete haha

lydzar DN said...

@MAMASUE haip medina...kena dengar cakap mama tauuu

noorlailikassim said...

Bole bg alm/seksyen atau lokasi kedai tu.saya tgh cari ni.terima kasih

noorlailikassim said...

Mohon bg almat/seksyen.sayapun nk buat ni.t kasih.

Lymz said...

Assalammualaikum nak tanya kat mana kedai tu . Sy pun nak tukar seat baru utk myvi.

Lymz said...

Kat mana kedai ni ..kita pun nak tukar gak

Al-Falah Group said...

Bole kasi alamat tak

Unknown said...

Hi, boleh kasi direction nak ke bengkel ni? Thanks.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®