Lamanya tak membebel kt blog ni. Sekali mood kelaut, berminggu-minggu!
Syok berenang and snorkelling kt laut blur tu agaknya. Haha.
Tayang selipar baru Hilda.
Sebelumnya dah belikan Hannah selipar princess ni, sebab takde saiz kecik, tak dapat la belikan Hilda. Punya la dia jeles dengan selipar princess kakak. Setiap kali nak keluar, dia akan rebut selipar kakak. Belasah je pakai walaupun besar. Dan kakak terpaksa la pakai selipar lama dengan hati yang bengkak tapi redha. She is really a good kakak.
Last Friday, saja bawak HM bertiga pergi Giant. Singgah kejap dekat booth yang jual selipar ni. Alhamdulillah, dapat sepasang saiz 23. Just nice kat kaki Hilda.
So terus bayar, dan dia terus pakai.
Okey, peel ni yang tak menahan. Sambil tengok tv pon dia sarung selipar baru.
Comel!
Lagi satu yang tak menahan, kalau keluar pegi kedai, dia masih mahu didukung. Kalau mama tak paksa dia pakai selipar, memang saja je lah selipar baru duduk dalam kereta. Mama gak kena gendong dia.
Tu yang tetiba rasa nk beli SSC. Tapi mahai la harga dia. Huhu