Mana nak mula dulu yer..?
Ok yg terhangat di pagi Isnin ni of course adalah result AJL 2010 kan? Sapa menang???
Ana Rafali?? Owh ye ke??
Aku pon baru je tau pagi ni, sebab malam tadi aku tak tengok sangat. Yang sempat aku hadap cuma persembahan dari Tomok saje. Selainnya sambil bz masak kue teow goreng dan mengemas dapur dan lepas tu bz menyidai kain. Tambah pulak lagi, Abg dok selang tukar chanel tengok game MU lawan Liverpool. Aku memang tak gemar tengok tv sambil tukar-tukar chanel ni. Ada baiknya aku tak yah kosentret tengok tv langsung. Dan bila jam dah kol 10.30pm, mata semakin berat. Terus aje la aku masuk bilik nk layan badan yg letih ni.
Letih?? Buat apa??
Kata aritu, wiken nk layan tidur jer. OK nak diberitahu disini, bahawa plan utk tidur sepanjang hari adalah tidak berjaya. As EXPECTED :P
Tak 100% berjaya dgn plan ketiga tu, tp at least berjaya gak la bangun lambat dikedua-dua hari. Sabtu sempat short nap jugak la...Jadi laaa..Apa yg buat aku letih sangat tu??
Begini ceritanya;
Sabtu petang, kami ke SACC Mall. Misi adalah utk buat full settlement bil Maxis aku dan berpaling tadah kepada servis provider yang lain. Phone aku telah dibarred since 29/12/2010 lagi. Giler tensen aku tak boleh nk sms and call out selama 2minggu ni. Padahal bukan aku tak bayar bil yg tertunggak tu. Bayar cuma tak buat full payment je lah :P
Oleh kerana aku telah patah hati, hati terguris dan tercarik luka berdarah..maka aku nekad utk menamatkan perkhidmatan Maxis ku. Setelah bertahun-tahun menjadi loyal customer ~since 2006~ aku takkan berpaling lagi dari keputusan ini. Puncanya boleh baca kt entry ini
Latest bil, aku masih di caj utk penggunaan data, padahal lepas je kejadian bil naik mencanak-canak aritu, henpon C3 aku dh jadi dumb-phone instead of smart-phone. Walaupon latest charge cuma rm20..Memang cekik darah la tu kan!!! Senyap-senyap je nak caj aku lagi padahal aku tak ada buat sebarang attempt utk connect ke Internet or wi-fi pon.
Lepas visit melangsaikan hutang dengan Maxis ~tq dear pinjamkan kad kredit yu hihihi~, kami berkunjung ke Blue Cube Plaza Alam Central pulak. Misi adalah utk melanggan perkhidmatan Celcom dgn menjadi sub-line Abg tetapi mengekalkan nombor phone yg sama.
Panjang jugak prosedur dia rupanya. Ada a few borang yg kami kena isi dan submit. Maybe processing time will be in 3 to 4 days. Semoga urusan ini dipermudahkan. Takpa, aku akan bersabar.
Otw balik dari Plaza Alam Central, Abg usik aku.
"Dah boleh senyum dah ke? Kalau tak, asek muncung je kt rumah tu"
Hahaha..mana tak muncungnya, Abg balik lambat, bukan nk sms or call bagitau. Kita kt rumah dok tertunggu-tunggu pastu nk buat call out or sms tanya keadaan tak boleh plak. Terpaksa la muncung ketensenan..Cuba awal-awal cakap, hati orang kt rumah ni tak la risau dan runsing sangat..
Habis la cerita letih badan hari Sabtu. Kita beralih kepada cerita letih badan hari Ahad pulak.
Abg ajak pergi GT-Max Motor Grand Lucky Draw Day dekat Taman Sri Muda, Shah Alam. Ni actually kedai motor. Abg baru je beli motor kt situ dan baru je dapat motor last week utk menggantikan Moskito yg dh uzur tu.. So Abg entitle la dapat sekeping kupon lucky draw. Hadiah yg ada memang best-best jugak la. Grand prize adalam rm10k cash. Phewww kalau dapat bestnyaaaa!!!
Kami sampai jam 1pm plus. Baru je melangkah ke area depan kedai GT Max Motor ni aku ditegur oleh seseorang. Dan orang itu adalah Kak Akuzle. Teman dalam dunia blogger. 1st time jumpa nih. Insya allah lain kali kalau ada kesempatan kita jumpa lagi ye, boleh sembang panjang sikit hehe..
Huhu tak sangka, akak cam muka hubby saya. Say hai dan sembang-sembang sekejap aje. Congrates yer kak..menang jugak satu hadiah cabutan bertuah tu. Hadiah apa dia menang? Boleh baca kt dalam entry kak Akuzle dan kemenangannya :).
Sempat ronda-ronda tengok motor yg dorang display kt situ;
motor idaman si dia |
budak cranky semalam |
dengan topi GT Max |
Ada hati gak tu nak naik. kaki tak sampai laaa |
pose hensem la tu yer |
my heroes |
scrambler |
ralit tengok apa ntah |
oo tengok papa naik scrambler rupanya |
Kami tak tengok/join apa-apa aktiviti pon kt situ, sebab lepas je Abg pegi masukkan kupon kt kaunter registration, kami menuju ke Seksyen 18 utk solat Zohor dan makan tengahari.
Aktiviti yg berlangsung sepanjang hari tu adalah colouring contest, pertandingan meniti paling lama dengan motor Yamaha dan jugak easy-rider motor show dari Lang Biker club.
Jam 3pm, baru ke GT Max semula. Terus carik kerusi kt khemah dan duduk menunggu masa utk cabutan bertuah. Ramai sungguh umat kt sini. Semua nk menunggu kot-kot bertuah dapat rm10k.
Memang banyak hadiah yg GT Max bagi. Hamper adalah dalam 20 pcs. Vacuum cleaner, microwave oven, griller etc 10 pcs each. Handphone pelbagai model 20pcs. Big LCD screen 3bijik. Peti ais dan mesin basuh 2pcs each. Sebab tu la memang ramai yg menunggu.
Di akhir hari kejadian, kami pulang dgn tangan kosong dan badan yg letih..hukhukhuk!! Tak apa lah, takdak rezeki.
5 words from u:
suami mas tengah teringin nak beli motor baru. Memang trend kot la nie, nampak org naik superbike... suami mas pun nak gak...
mmg maxis sekarang mcm hampeh!! saya sekarang pun dlm plan nak curang gak!! huh!!
me dah 10 tahun ngan celcom...
kalo la ada hadia utk pelanggan yg dah 10 tahun kan bagus...
bg banglo ke seketol...ngeh3... :p
penuh tu aktivit.. mmg xdan nak tido siang kan.. hehe...
suami sy duk ngamuk ngan celcom psai RM50 ade baki tak bayar lagi pon kecoh..
ngan maxis takat ni kami takdak masalah..:-) since 2002 guna maxis..
waaa..dapat moto tu bes gak sebijik kan
Post a Comment