Tengkiu for all wishes dari kawan-kawan yg datang melawat me and my baby hilda kt blog ni.. sorry yer, belum dapat nk reply komen satu persatu..tgh mengadap sakit perut merengat lagi esp time Hilda tengah nenen (proses rahim mengecut dan perasaan sakit mcm ala-ala contraction tu laa)
Apapon, terima kasih sangat atas kunjungan kalian yer :)
Hari ni nak cerita pasal breastfeeding pulak. Alhamdulillah, bersalin kt Hospital Rakan Bayi memang niat utk 1hour feeding terlaksana. Ditambah lagi keadaan yg tiada komplikasi semasa bersalin, lebih memudahkan proses breastfeeding.
Selepas beberapa minit skin to skin dgn Hilda, dan selepas proses mengeluarkan uri selesai. Kaki aku diselimutkan dan Hilda terus diberikan kepada aku utk disusukan. Kekok jugak sebenarnya. Maklumlah dh beberapa bulan meninggalkan arena ni :)
Nasib baik Hilda pon pandai nk latch walaupon belum terror, dapat la masukkan niple dalam mulut dia. Seronok sangat bila tengok dia pandai menghisap. Masa ni kolostrum aje lah yang ada. Itu pon tak banyak mana. Sesekali terasa sakit juga dengan hisapan Hilda yg agak kuat.
Waktu Abg masuk ke labor room, Hilda masih lg melekap didada. Abg ambil wudhu dan mintak Hilda utk diiqamatkan. So berpisah seketika kami berdua. Hilda berpindah kedalam pelukan papa pulak.
Selesai sesi iqamat, Abg pass semula Hilda pada aku. Dan aku teruskan lagi breastfeeding sampai la nurse pulak bgtau yg kami akan dipindahkan ke ward.
Breastaurant in labor room |
Ditolak ke ward pulak. Macam biasa kt hospital government, baby and mama akan room-in together.
Punya la mama excited dapat baby baru, sikit pon dia tak boleh tidur dari jam 11pm sampai ke 5pagi tu. Asek la nk suruh anak dia nenen je. Yang si anak pulak, nk tidur aje.
Yang penting, ku rasa amat bersyukur sebab hajat dan azam nk breastfeed seawal sejam pertama telah terlaksana..
Alhamdulillah, as at hari ni, production susu semakin bertambah baik. Vitamin Shaklee confinement set pon dah ku mula consume since balik dari hospital hari tu. Dah mula mengepam utk mengurangkan rasa bengkak juga..dapat la 2oz per session :)
6 words from u:
tahniah lydzar....mmm..2 oz...banyak tu...
rindu saat ini...ngeee...
xtau la cane nnti kalo baby berebut ngan kakak dia..
pasal kakak dia masih xleh tinggalkan nenen...
kali ke tiga, alaa...ape de hal...biasa....tahniah skali lagi lydzar....
Alhamdulillah mama & baby sihat.
alhamdulillah... skrg ni boleh kata semua hospital kerajaan dah dpt status rakan bayi.... nnt citerla pengalaman nak bersalin lak ye.. sbb rs mcm ...eh? dah bersalin? cepatnyer..hehe
tahniah lydzar...miss saat2 bf bb dlm labour room..:). Rasa cute sgt bila diorang hisap nenen..huhu.
Anyway, congrat for newborn baby Hilda yg comel sgt.
Post a Comment