Hilda Marissa - imunisasi 3 bulan

Sebelum saya cerita pasal Hilda kena cucuk ni, saya nk tepek gambar kami dengan Rose dan Rafiq. Macam saya cerita semalam tu, terserempak dengan dia kt SACC. Abah Rafiq tukang snap gambar.. Kalau la Hadif ada sekali bergambar, memang boleh nampak beza sangat dgn Rafiq ni. Rafiq montel dan comel sangat :)

Rose, saya dh curik gambar ni tau..Nak tepek kt blog saya jugak.
Hoih! Mencurik pon nak bgtau ke?? ekekeke


Ok balik pada topik asal.

Lepas makan kt SACC kami terus menuju ke DEMC. Nasib baikla tak ramai sgt orang. 
Layan jap gambar Cik Hilda Marissa diinject oleh doktor. Mama pulak sibuk nak snap gambar.
Tak perasan pon tetiba dh siap :)

Sedap sangat la jari telunjuk dia tu..

Apelah kakak nurse dgn uncle doktor ni nak buat kt saya ni

awwwwww!! sakit lah!!
Berat Hilda 3 bulan = 5kg. Naik setengah kilo saje. According to Doktor, takpe sebab masih dalam graf.
Anak-anak mama masa kecik gini, mmg semua dalam graf, bila dh setahun lebih mmg masuk line kuning plak. Susah sangat nak makan. Huhu!!


Lagi satu, ini adalah percubaan Cik Hilda Marissa utk roll-over. Setakat ni baru sekali dia betul-betul berjaya meniarap dengan segala susah payah dan usaha. Masa tu mama tgh busy sapukan kakak Hannah ubat, terdengar mulut dia bising potpetpotpet, rupanya dia tgh struggle nk terbalikkan badan dia. Hihihi..!



Lalu mama, kakak dan abang pun jadila pompom girl and boy kt tepi comforter dia bagi sokongan dan galakan..Lama gak kami bersorak tp tak terbalik-balik.. 

Agak boring menunggu, Mama pon sambung sapu ubat kt kakak, dan abang hadif pon sambung main toys dia. Sekali tanpa kami sedar, dia dh pon berkeadaan macam ni.


Hoyehhhh!!! Hilda berjaya!!!
Tapi sekejap je dia dh nangis suruh angkat..dan sekali ni je lah dalam masa seminggu dia berjaya meniarap sendiri huhu.

Sampai hari ni dia masih berlatih dengan gigih lagi. Doakan Hilda berjaya dan terror yer semua.. :D

5 words from u:

Kancilbiru said...

bolat betul hilda ni...caiyok2 hilda...ekekeke

Mek Rose said...

cilok jgn tak cilok..ehhehe

gud gurl..cepat eh dia nak nerap..rafiq dulu 5 bulan lebih baru leh nerap wuwuwuwu

Anonymous said...

mamasue doakan hilda berjaya dgn sukses...pasni mommalydzar kene kepung la bantal byk2 =)

amirah said...

waa...dah nerap..cepat tu..ahmad dulu lambat gak..

Sharinginfoz said...

dah 3 bulan ya hilda

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®