Tabung Syiling

Semua syiling ni dah selamat masuk bank Harimau mama. Inspired dari perbincangan warga Rich Mom Poor Mom pasal menabung ni aritu. Dari situ lah, mula organise syiling yang banyak dari 2-3 tabung dan dikumpulkan menjadi satu.

Sebenarnya ni  hasil kutipan syiling yang bersepah-sepah kt rumah tu selama lbh kurang 2 tahun gitu la.
Especially dari poket papa. Banyak betul syiling dia bawak balik tiap hari. So kerja kita lah kutip dan simpan. Memang betul lah kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Bila dikumpulkan, hampir penuh canister Cinch Shake ni. Berat ni.

Ada sekali tu, pegi angkut tabung Cinch ni ke Maybank Kota Damansara dari opis. Berat! Sekali dah sampai bank, staff Maybank kata, cashier kaunter syiling pegi makan. Adeh!! Terpaksa lah mengangkut bawak balik opis semula.

So satu hari tu berkesempatan bawak tabung Cinch ni ke Maybank Subang Perdana. Sebelah kendong Hilda, sebelah kendong tabung. Macam sama berat je!

Masuk dalam bilik kira syiling dan the result: RM196.13 tunai. Terus deposit masuk akaun Maybank. Aiyarkk..syiling Papa, tp jadi RM mama. Hahahha!

Ni ada beberapa keping yang mesin reject. Apa tak nya coin main game machine pon ada.


Seronok pulak rasanya menabung.So sekarang, tabung Cinch diteruskan lagi utk beberapa ketika sampai la dia penuh. Kali ni, syiling dalam poket dan wristlet sendiri pon dikorek untuk memenuhkan tabung ni selain mengutip syiling2 yang ditinggalkan disudut almari dan kabinet dirumah. Cepat lah penuh wahai tabung :)

7 days and counting.

Ramai yang ingat last day saya esok. Ahaks. Kalau ye, memang sejarah menarik gak sebab esok kan 31.1.13. What a nice date.

Yang sebenarnya masih ada lagi 7 hari sebelum memegang title WAHM. Oh tak sabar.
Sekarang ni pon datang opis semata-mata untuk attendance supaya tak payah nk bayar pada kompeni. Ye lakan, kalau notice 24ours, nak kena membayar pulak kt dorang. Boss pon dah tak bagi any kerja untuk dibuat. Sekadar tolong memana yang patut aje. Dan inilah masanya untuk kembali aktif di arena blogging.
Ada 2 blog yang kembali hidup setelah sekian lama hidup dialam 'kemalasan' tuannya. Dan sebab lain adalah, FB di opis kena  block, dan line Celcom dalam bangunan ni amatlah hampeh berganda. Keluar pintu ok, masuk pintu KO. argghh tensi guwe!

Memang setiap hari rasa tak sabar nak balik, sebab nk kejar cerita Setia Hujung Nyawa sambil sempat nk update Fanpage Kedai Triple S tu. Kt rumah, tak kira masa buat kerja kan. Kata semua dihujung jari ::P

Ok, nk update blog lagi satu plak. Semua.Sihat.Selalu  lah. apa lagi kan? Blog menjana income ku hehe. Jemputlah kesana, kalau tengah carik vitamin-vitamin untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan sebagainya.

Sekadar gambar hiasan

Lunch at Windmill Restaurant @ Plaza Masalam

Salah satu aktiviti masa long weekend baru-baru ni.

Takde trip jenjalan kemana-mana sangat accept for carik meja SoHo mama. Ahad ke Ikea kejap, survey meja. Nampak lah yang affordable for temporary use. Tak beli pon. Survey je. Lepas tu Papa bawak kami ke sini Windmill Restaurant @ Plaza Masalam. Halal western food served.

First time ever ke restoran ni, dan 1st time ever juga ke Plaza Masalam selepas zaman study dulu.

Gambar lain tak snap, gambar anak-anak pon tak snap sebab masing-masing tengah mamai bangun dari tidur. Cozy dan sunyi. Masa kami masuk, ada satu table yang dipenuhi and they are almost done. Sambil menanti makanan, kami pulak tinggal utk lunch kt sana. Haaa..terasa exclusive gitu sebab macam sewa the whole restaurant hanya utk kami sefamily saja. Hihi

 The drinks

The foods.


MIxed grilled
Tak menahan mama ni makan. Order mixed grill. Mampu ke abeskan? hehe mampu laaaa. Anak-anak amek french fries, Hilda amek sayur-sayur and telur mata tu, and selebihnya mama yang tak suka membazir habiskan.

Menu Papa. Blackpepper steak.


Spagetti Carbonara. Untuk Hannah dan adik-adik.

Sedap. Rasa sayang betul ngn spageti Hannah yang tak abes ni, sebab sedap! Tapi nk buat cemana, perut Mama pon dh already full perabis makanan sendiri.

Sesekali food treatment, amekaw banyaknya makan! Terasa bersalah pulak sebab dh menyalahi keazaman 'langsing' 2013. Haha! Balik je umah terus telan 2 biji Omega Guard. And seb baik malam sebelumnya dah telan 3biji HerbLax. Memang weekend is time mama utk detox.

Anyway, tq to Papa for the treat :)


SoHo Preparation

So excited!

Sedikit demi sedikit preparation untuk set up SoHo dijalankan. Maklumlah 'kerja' saya nnt memang bakal menggunakan laptop/pc, internet, FB, dan sometime perlukan saya print sedikit info untuk saya sharekan dengan orang lain. Maka dengan itu, sebolehnya saya nakkan 'infrastructure' yang lengkap. Just like what we have in an office.

Selama ni buat kerja, pinjam laptop opis. Pinjam juga facility opis sesekali :P

Antara yang dah sedia ada dirumah, Unifi internet, smart phone utk kerja-kerja short update dan sesi mobile coaching. Dan yang bakal diperlukan pulak is laptop, printer dan hard disk.
So semalam suami bawak la kami anak-beranak ke Digital Mall PJ untuk carik kelengkapan idaman. Saya bgtau suami, bajet saya RM3000 utk saya dapatkan 3 barang tu. Dia kata OK, boleh dicari.

Saya serahkan pada yang pakar. Walaupun nampak laptop touch screen tu sangat menggiurkan tp suami kata brand Acer tak berapa reliable. So kita ikut kan saja. Maka dapatlah saya laptop Red Hp Laptop Pavilion G6 itu. RM1910 termasuk 6GB RAM, beberapa free gift lain ( pendrive 8G, mouse, cooling fan, earphone, keyboard protector, laptop lock).

Dan spesifikasi saya untuk printer, copy, print, scan & fax. Dapatlah sebiji printer Canon Pixma RM349

Juga 1 Tera Buffalo hard disk RM245. Besar. Biar besar, senang nk simpan lebih banyak gambar :)
Total belanja semalam RM2504. 

So lepas ni nak carik meja pulak. Boleh susun dan atur semua barang especially printer ni lah. 
Design SoHo idaman kalbu kea simpan dulu, sebab ruang rumah sekarang tak mengizinkan lagi. Insya allah tunggu kami pindah ke blok 2 dalam masa beberapa bulan lagi.

Lepas ni boleh buat kerja dengan tenang dan senang hati. Lalalalalalaaaa!

Eh! jangan salah anggap. Kalau nk start buat bisnes Shaklee, tak perlu pun tunggu semua ni ada dulu. Boleh juga start even u have nothing :) Ini lebih kepada preference masing-masing aje. Saya pon dulu berdikit-dikit aje waktu nak mula aktif dengan Shaklee. Dan sekarang, alhamdulillah bila saya berhajat, ianya lebih mudah ditunaikan sebab Shaklee bagi gaji tiap bulan

psst :sukarnya nk upload gambar. so layan cerita je lah k. 

    

Cik abang saya dah balik :)

Ye, pejam celik je dah abes tempoh berjauhan. Rindu wehhh! Haha tak malu!

Bukan tak biasa, tp tau la kan, jarak ribu ribu kilometer ni kadang-kadang buat hati risau. Tidur asyik terjaga. Bila terjaga, boleh la packing barang-barang nk pos esok. Eh yang tu memang rutin pon, ada atau takde memang tetap kena bangun pagi-pagi nak pack vitamin utk dipos. Bezanya time cik abg ada, dia tolong poskan, bila dia takde, saya kena g pos sendiri.

Jeles memang jeles sangat dengan dia yang banyak kali ke negara orang. Tengok tempat orang. Compare dgn saya, satu negara je saya dok jalan. Malaysia! Haha! Tu pon tak abis lagi semua negeri saya pergi.
Jeles tak abes.

Tapi takpa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akan diusahakan juga untuk saya sampai kemana jua yang saya mahukan nnt. Selagi hayat masih ada, selagi itu masih boleh berusaha. Teringin juga tengok hujan emas kt negeri orang. Dapat tengok hujan salji oh indahnya.

OK, tu je bebelan jeles dekat suami sendiri.

Demam Rindu..mungkin

Day 4 papa away, Hilda demam. Macam biasa package dgn batuk dan selsema.
Papa pesan, mama cuti lah jaga Hilda. OK, Januari baru masuk kari ke 16, mama dh cuti kali kedua,

Day 5 papa away, Hannah pulak demam. Kali ni papa tak pesan, mama decide sendiri. Bawak Hannah ke klinik, kt klinik sms bos bagitau terpaksa cuti lagi.

Hehe tak sampai 1/2 bulan, dah amek 3 hari leave. Nak buat cemana. Memang elok sangat lah dah hantar surat tu. Hihi. Mau taknya nnt, by December nnt, 3 x 12 cuti mama. Dh nk setaraf cuti staff government. Padahal entitle 14hari je.

En Hadif, masih kelihatan sihat dengan Youtubenya.


WAHM to be :)

Work.At. Home.Mama.
Yes, insya allah thats me. In less than 1 month time :)

Untuk bos saya @ 11.1.2013
Cita cita ni saya simpan sejak Hannah mula masuk tadika. 2 tahun yang lepas.
Sambil lalu tepi sekolah rendah, memerhatikan anak-anak kecil berjalan dengan kawan-kawan. Tengok ibu ayah dan barisan kereta menunggu anak ditepian jalan. Perhati bas sekolah kuning dan putih  penuh dgn anak-anak kecil.

Di waktu tengahari dikawasan lif apartmen, berbaris anak-anak menunggu bas/van sekolah tiba dengan pengasuh masing-masing. Di transit taska, anak-anak sekolah rendah bersiap-siap menunggu bas juga.
Hmm ye inilah senario anak-anak yang ibunya perlu bekerja. Ada opismetsaya, yang anak-anaknya tinggal sendirian di rumah kerana refuse ke rumah pengasuh. Tak selesa katanya.
Mungkin Hannah, Hadif dan Hilda juga perlu begitu suatu masa nanti.

Panjang saya berfikir. Bagaimana proses transition yang perlu anak-anak saya lalui setiap hari. Isnin sampai Jumaat. Habis sekolah agama, balik taska (kes saya lebih prefer hantar ke taska daripada rumah pengasuh), bersiap, tunggu bas dan ke sekolah. Petang, tunggu bas, balik ke taska lagi dan tunggu mama ambil.
Dimana waktu selesa berehat mereka? Berbeza sangat dengan life mama masa kecik dulu. Pegi sekolah abah hantar, dh besar sikit naik basikal sendiri. Balik rumah sempat makan tengahari emak masak.
Petang pegi sekolah agama, balik sempat juga bermain-main kt halaman rumah.

Beza dgn anak-anak mama sekarang. Halaman rumah pon takde haha! Takpe yang tu belakang cerita.

Mama must do something. Yes MUST DO!

Alhamdulillah MY DO SOMETHING membuahkan hasil yang manis kini. Dan Papa pon dh bagi lampu hijaunya utk mama realisasi mimpi 2 tahun lalu. Target asal, Jan 2014. Tapi kita hanya merancang, Allah lah empunya segala ketentuan. Diberi izinNya, target tercapai lebih awal dari jangkaan.  Jan 2013 mama dah boleh type dan hantar surat resign pada bos.

Back up plan pon dh dirancang dengan baik. Papa bgtau anak-anak, opis baru mama dekat Empire. Opis transit. Selebihnya dirumahla.

Menyesal? Tak ada. Mungkinlah beberapa kelebihan especially bab medical akan ditarik balik. Takpa. Ada jalannya. Lagipun medical benefit opis papa masih ada :) Yang paling utama, kebajikan anak-anak dan rumahtangga adalah my fulltime career lepas ni. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

So my last day will be Jumaat sebelum Raya Cina. Mama raya sakan la lepas nih. Yahoo! Hehe :)




Papa away for 10 days

Episod mama on duty sorang-sorang. Papa macam biasa outstation lagi.
Kali ni beribu batu jauhnya. Nasib baikla ada teknologi WhatsApp dan WeChat. Boleh la lagi buat video call dan messaging, tak lah terasa jauh sangat perginya dia.

Nasib baik, HMs ni memang attached sangat dengan mama. So takde masalah sangat nk jaga dorang bertiga. Si kakak paling matured, bila adik adik tanya mana papa, dia lah tukang jawabkan.
"Papa pegi keje naik kapalterbang. Hari ni papa tak balik lagi..jauh tempat papa kerja tu"
U are so sweet my darling Hannah :)

Insya Allah, sama-sama kita doakan rombongan kerja papa selamat dalam pemusafiran.

ps : maybe lepas ni kalau papa pegi outstation. mama boleh mengecek nk ikut kot. haha!

WAHM.. here i come!

Update setiap hari macam dulu : Hadif & Youtube

OK, azam pada 11 Januari adalah : Update setiap hari macam dulu.

Terasa rugi banyak dengan kemalasan update blog. Byk moment indah yg tak captured dalam ni.
So lepas ni wajib update setiap hari.

Hadif & Youtube.
Hobi baru sejak umah dh masuk Unifi ni adalah mengecek hanphone mama. Mama baru bukak kunci padlock, bukak pintu dan melangkah masuk umah, dia dh mintak dah tepon mama. Dapat je handphone, terus bukak Youtube. Scroll here and there cari citer Ultraman, Upin Ipin, Power Rangers. Teletubbies pon layan.

Kalau ajak keluar pon dia dh agak keberatan, sebab kt luar tak dapat la dia tengok Youtube. Kalau lepak lama sket kat luar, dia ajak balik cepat. Nak kejutkan bangun pagi pon kena pujuk dengan perkataan Youtube, barulah dia bangun dengan ceria.

So setiap kali balik keje, mama make sure hanya ada 30% bateri je yg tinggal. So tak dapat la dia nk hadap handpon lama sangat. Padan muka anak mama! Haha




Melangkah ke dunia baru

Alhamdulillah, 10 hari bulan Januari.

Dapat berita gembira di malam hari. Senyum manis saya beri. Kepada suami yang saya cintai.
Langkah baru bakal dimula. Dengan izinnya,  si dia juga suka. Eh apa cerita??

Hehe! Nanti saya ceritakan lanjut ok. Beserta bukti bergambar.

Apa yang dapat saya katakan, syukur ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH ALLAH kerana akhirnya dapat apa yg saya idamkan.

So bagaimana dengan tahun baru anda?

Jom jenguk sket2 gambar kami di malam Nite of Ranggoli. Ahaks gambar basi, gelap pulak tu!


31.12.12 : Hospital Putrajaya

Penutup tahun baru kami bertiga di Hospotal Putrajay. As per scheduled, tiba dah masa  buat minor operation utk Hadif.

Awal kami sampai. Register, dan terus ke Day Care.
 
Muka budak hensem nk kena potong

Mama, abang sejuk la
Menunggu kejap dekat DayCare,sementara tunggu Doktor check. Nak  kasik dia hilang nervous, apalagi layan Youtube lah. UpinIpin, Ultraman,PowerRangers... Ottomenjes..

Doktor datang bagi briefing..then Pakar Bius datang bagi briefing.. staff nurse datang amek blood pressure.
Sampai masa Doktor suruh tukar baju, dia dh mula takut.
Man to man talk. Tak tau la papa cakap apa, Hadif diam setuju tukar baju.

Bersama sama Doktor mereka turun ke Operation Theathre. Mama tunggu kt DayCare.
Kata papa, dia tak nak tiup belon bius, so terpaksa lah bagi gas secara paksa. Tak sampai 2 minit, fengsan!

Mama n papa sempat breakfast roti sambil tunggu kt ruangan menunggu. Tak lama. Nurse suruh mama masuk tengokkan Hadif kt tempat pemulihan. Dia tengah dipanaskan.
Aduh sebak tengok keadaan anak macam ni. Duduk kt sebelah katil sambil betulkan mask oxigen dia, terus dia terjaga. Terjaga dan menangis ketakutan bila tengok diri dia sendiri.

"Mama sakit sakit sakit.."
"blablabla.." mama pon tak paham apa dia cakap sambil nangis tu.


Amek masa gak dia  masih menangis. Bila nurse kata boleh balik, terus dia diam.
Bukak semua benda yg dibalut kt kepala, tangan dan kaki dia, mama dukung naik ke DayCare. Terus diam.

Sampai katil, terus mintak pakai seluar jeans yg dia pakai masa datang tadi. Suruh pakai kain pelekat je, dia nangis balik. OK la OK la..kita pakai seluar jeans..diam semula :)

Nurse datang bawak makanan. Air milo, bubur nasi dan ais krim. Terus terjah macam tadi tak sakit je. Abes semangkuk lepas tu mintak handfon mama nk sambung tengok Youtube dan seterusnya lagak macam orang tak sakit je.



Doktor yang buat operation datang terangkan keadaan. Katanya memang ada air dari 'ball' dia,so masa operation tadi air tu dh dikeluarkan dan saluran dah di'block'. Owhh mama tak tau bahasa saintifiknya!
Tapi Doktor tak jamin keadaan takkan berulang. Means possibility utk terkena lagi masih ada. Duduk DayCare sampai jam 2pm je. Lepas tu kami pon discaj.

Up until today, nasib baik tiada rengekan sakit pada luka operation tu.Aktif bermain, aktif merayu nk handfon mama, makan minum pon ok.
Alhamdulillah semua nya berjalan dgn baik. Semoga sembuh sepenuhnya lah Incik Handsome Hadif

Happy New Year 2013 u Ollssss

Khas dari saya Hilda Marissa pada semua yang membaca blog mama saya ni. Mood mama saya masih ke Laut nk update cerita byk.Ntah bila nk baik ntah mama tu. huhuh

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®