Tabung Syiling

Semua syiling ni dah selamat masuk bank Harimau mama. Inspired dari perbincangan warga Rich Mom Poor Mom pasal menabung ni aritu. Dari situ lah, mula organise syiling yang banyak dari 2-3 tabung dan dikumpulkan menjadi satu.

Sebenarnya ni  hasil kutipan syiling yang bersepah-sepah kt rumah tu selama lbh kurang 2 tahun gitu la.
Especially dari poket papa. Banyak betul syiling dia bawak balik tiap hari. So kerja kita lah kutip dan simpan. Memang betul lah kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Bila dikumpulkan, hampir penuh canister Cinch Shake ni. Berat ni.

Ada sekali tu, pegi angkut tabung Cinch ni ke Maybank Kota Damansara dari opis. Berat! Sekali dah sampai bank, staff Maybank kata, cashier kaunter syiling pegi makan. Adeh!! Terpaksa lah mengangkut bawak balik opis semula.

So satu hari tu berkesempatan bawak tabung Cinch ni ke Maybank Subang Perdana. Sebelah kendong Hilda, sebelah kendong tabung. Macam sama berat je!

Masuk dalam bilik kira syiling dan the result: RM196.13 tunai. Terus deposit masuk akaun Maybank. Aiyarkk..syiling Papa, tp jadi RM mama. Hahahha!

Ni ada beberapa keping yang mesin reject. Apa tak nya coin main game machine pon ada.


Seronok pulak rasanya menabung.So sekarang, tabung Cinch diteruskan lagi utk beberapa ketika sampai la dia penuh. Kali ni, syiling dalam poket dan wristlet sendiri pon dikorek untuk memenuhkan tabung ni selain mengutip syiling2 yang ditinggalkan disudut almari dan kabinet dirumah. Cepat lah penuh wahai tabung :)

5 words from u:

Hanis Azla said...

wah.. mmg best bila syiling bertukar jadi ringgit.. itu yng best bila menabung ni kan.. akak dah lama tak menabung duit syiling.. tgk hasil yg lydzar buat terasa teringin nak kembali menabung syiling.. insyaAllah akak mulakan dari skrglah.. thanks for sharing lydzar..

Iela Fazielah said...

wah...banyaknyer!

Aisyuhada said...

saya suka kumpul syiling. balance beli breakfast, lunch mesti masuk tabung. seronok tengok syiling banyak..hehe

amirah said...

banyaknyaaaa...amie pun byk tp selalu tukar dekat kantin sekolah husben je.. : )

Cik Iman said...

syiling reject tu macam syiling luar negara je

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®