WAHM to be :)

Work.At. Home.Mama.
Yes, insya allah thats me. In less than 1 month time :)

Untuk bos saya @ 11.1.2013
Cita cita ni saya simpan sejak Hannah mula masuk tadika. 2 tahun yang lepas.
Sambil lalu tepi sekolah rendah, memerhatikan anak-anak kecil berjalan dengan kawan-kawan. Tengok ibu ayah dan barisan kereta menunggu anak ditepian jalan. Perhati bas sekolah kuning dan putih  penuh dgn anak-anak kecil.

Di waktu tengahari dikawasan lif apartmen, berbaris anak-anak menunggu bas/van sekolah tiba dengan pengasuh masing-masing. Di transit taska, anak-anak sekolah rendah bersiap-siap menunggu bas juga.
Hmm ye inilah senario anak-anak yang ibunya perlu bekerja. Ada opismetsaya, yang anak-anaknya tinggal sendirian di rumah kerana refuse ke rumah pengasuh. Tak selesa katanya.
Mungkin Hannah, Hadif dan Hilda juga perlu begitu suatu masa nanti.

Panjang saya berfikir. Bagaimana proses transition yang perlu anak-anak saya lalui setiap hari. Isnin sampai Jumaat. Habis sekolah agama, balik taska (kes saya lebih prefer hantar ke taska daripada rumah pengasuh), bersiap, tunggu bas dan ke sekolah. Petang, tunggu bas, balik ke taska lagi dan tunggu mama ambil.
Dimana waktu selesa berehat mereka? Berbeza sangat dengan life mama masa kecik dulu. Pegi sekolah abah hantar, dh besar sikit naik basikal sendiri. Balik rumah sempat makan tengahari emak masak.
Petang pegi sekolah agama, balik sempat juga bermain-main kt halaman rumah.

Beza dgn anak-anak mama sekarang. Halaman rumah pon takde haha! Takpe yang tu belakang cerita.

Mama must do something. Yes MUST DO!

Alhamdulillah MY DO SOMETHING membuahkan hasil yang manis kini. Dan Papa pon dh bagi lampu hijaunya utk mama realisasi mimpi 2 tahun lalu. Target asal, Jan 2014. Tapi kita hanya merancang, Allah lah empunya segala ketentuan. Diberi izinNya, target tercapai lebih awal dari jangkaan.  Jan 2013 mama dah boleh type dan hantar surat resign pada bos.

Back up plan pon dh dirancang dengan baik. Papa bgtau anak-anak, opis baru mama dekat Empire. Opis transit. Selebihnya dirumahla.

Menyesal? Tak ada. Mungkinlah beberapa kelebihan especially bab medical akan ditarik balik. Takpa. Ada jalannya. Lagipun medical benefit opis papa masih ada :) Yang paling utama, kebajikan anak-anak dan rumahtangga adalah my fulltime career lepas ni. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

So my last day will be Jumaat sebelum Raya Cina. Mama raya sakan la lepas nih. Yahoo! Hehe :)




13 words from u:

MAMASUE said...

huiyo...JELES GILA OK!!! mommalydzar jd idola mamasue nih!

amirah said...

JELESNYAAAAA...nak jugakkk..huk huk huk..impian yg sentiasa akan jadi impian..seronoknya..maybe nak jadik WAHM bila anak2 dh mula masuk sekolah nanti..nakkk

Kazaztan Team said...

tahniah...bila la nak ikut jejak nie...masih tak mampu lg

eT said...

jeles jugak..ramai yg ada impian camni..tp xramai yg berani bertindak cam mommylydzar...go go caiyuk...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronoknya dengar.. semoga kehidupan lydzar dan keluarga akan lebih senang dan bahagia selepas ini.. Tahniah juga kerana berjaya menrealisasikan impian dengan lebih awal.. all the best to you..

Ibu Ilyanie(s) said...

welcome to the club! :D

Atia Adina said...

wow....pengorbanan yang sangat besar demi anak-anak....hebat....saya banyak kali suami suruh berhenti kerja....tapi saya tak sanggup nak lepaskan kerja....takut rezeki tak cukup pulak nanti....tapi yer lah....rezeki Allah ada di mana-mana....lydzar boleh jer kerja dari rumah....sekarang ni saya pikir....tak per lah....suami keje separuh hari....dia akan ada masa untuk anak-anak....dulu suami pilih tukar kepada bidang perguruan pun sebab pikir nak ada masa untuk anak-anak....

Kak khairul Faizah said...

Lydzar, insyallah kalau yakin boleh..rezeki Allah luas di muka bumi ini.
Akak sokong 100%. good luck.

Iela Fazielah said...

alhamdulillah lydzar..... Rezki tu... Just dok rmh layan anak n suami yp ada biz smpingan.... Akak pin sokong 100%

ibuhebat said...

Tahniah lydzar! Moga dipermudahkan segala urusan lepas ni.. :)

~~*Lady Salwa*~~ said...

Bestnya... Good luck... Saya pun selalu pasang impian camni... Tapi tak tau la bila boleh terlaksana...

**Jeles org yg dapat jadi WAHM... nak jugakkk...

Momma Mia said...

tahniah lydzar tercapai sudah impian. setahun awal... welldone dear !! all d best dlm apa jua yg lydzar lakukan...

c u at top

adianiez AIDA said...

tahniah!!!
tu juga la yg bermain di fikiran aida tiap hari. gi keje and anak2 kat taska. makan minum kat taska... kejap je waktu bersama diorang ~ malam.
namun, aida tak dpt korban kan kerjaya sebab da join gomen. dulu, aida pernah bertekad if hingga umur 35 tahun tak join gomen, aida akan cari bisnes and resign keje swasta.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®