MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Saya copypaste artikel ni untuk rujukan saya sendiri dilain masa nanti.
Mungkin ia juga bermanfaat bagi sesiapa yg masih sudi menjenguk ke blog saya ini.

Bismillahirrahmanirrahim

===============

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk
waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala
anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu
Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya
memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip
hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah
kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah.
Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..
bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi
Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa.

MommaLydzar Pegi Obesi..

Macam dream come true jek.

Kalau dulu, envy sangat dekat geng-geng BFF zaman sekolah. Kesana kesini pergi travel tengok bumi Allah. Ai pulak terperuk je dekat rumah. Alasan anak-anak satu hal, sebenornya tak cukup bajet pun nak pergi jalan-jalan naik kapalterbang tu. Hihi

Terima kasih ALLAH bagi juga peluang untuk melangkah jauh melihat ciptaan dia. Pulak tu pergi ke negara yang sangat kontroversi, di kala bumi Gaza di bom bertalu-talu. Apepun tempat tu tetap bumi Allah, dan rakyatnya bukanlah jahat sangat seperti yang disangka orang jauh.

Ok, nak rekodkan dalam blog ni, KakKiah dapat ikut trip free ke Los Angeles & San Francisco, US selama beberapa hari. Naik kapalterbang dari KLIA 13hb, dan pulang ke tanahair pada 23hb Ogos. Alhamdulillah, selamat semuanya.

It is a priceless experience. Again, nak kata, memang macam dalam mimpi.
Ini hasilnya berserius dalam bisnes Shaklee. Dapatlah peluang berbulan madu bersama suami di tanah sejuk San Francisco. Anak-anak kami tinggalkan sekejap dengan embah dan nenek mereka dirumah. Insya allah, akan ada plan untuk qadha balik masa yang terkorban bila terpaksa tinggalkan mereka.


Pergi US juga membawa misi dan kami SID mencari jawapan pasti pada persoalan yang terlalu didambakan oleh ramai pengguna dan pembenci Shaklee. Jawapannya SAH, Shaklee tidak bersalah. Shaklee bebas dari tuduhan dan tohmahan para keyboard warrior. Tak nak kupas banyak dengan isu ni dalam entry ni.

Perjalanan selama 4jam untuk transit ke Taipei hanya warm up, dan perjalanan sebenar selama 11jam dari Taipei ke Los Angeles benar-benar mengajar erti bersabar. Kena tidur sambil duduk la katakan. Hihi.
Nasib baik juga ada batal berbentuk U untuk tahan kepala dari terlentok-lentok ke tepi.

Kota Los Angeles sangat bersih dan sangat tersusun. Orang-orang di sana juga sebenarnya ramah pekertinya. Setiap kali berselisih, mereka tak lokek menyapa hai dan memberikan senyuman. Berada di sini, dapatlah peluang masuk ke Disneyland Hollywood dan Universal Studio Hollywood. Yang dekat kita tak sempat pergi lagi. Alhamdulillah, dapat merasa pergi yang jauh. Berubahlah watak mama orang kepada watak kanak-kanak.


Bandar San Francisco yang nyaman, sejuk, dengan susunan bangunan yang sangat cantik dan setiapnya mempunyai seni binaan masing-masing. Cantik uols.

Pemandangan bandat San Francisco dari Twin Peak.
Banyak lagi kenangan menarik.
Penginapan 5 bintang, makanan halal 5 bintang, shopping experience 5 bintang, conference 5 bintang.

Insya allah akan saya abadikan slow-slow dalam blog ni.
This is my Shaklee Effects. Syukur,







#RMWT : Cita cita ku tercapai

Hashtag RMWT ni selalu saya tulis dekat FB.

Salah satu perkara yang ada dalam Vision Board aka My Most Wanted Thing to Be Happened In My Life..
Hehe
..semakin pandai berangan. Dan semakin pandai mengotakan janji kepada diri sendiri

Ok untuk HashTag RMWT, sebenarnya maksud dia adalah RichMommy World Tour. Haaa siapa yang takde citacita nk visit negara orang kan? Mesti lah ada. Sekali sekala tengok tanah tumpah darah orang lain, walaupun tanah tumpah darah sendiri pon tak habis ronda lagi.

So my #RMWT pertama dah pun terlaksana. Walaupun pada asalnya bercita-cita untuk jejakkan kaki ke tanah Madinah dan Mekah untuk umrah terlebih dahulu. Tapi bila peluang dh tiba untuk buat perkara yang lain dulu, just let go with the flow. Insya allah, akan usahakan juga untuk sampai ke tanah suci bersama keluarga sikit masa lagi..

My first #RMWT ; Jakarta & Bandung pada 24 - 27May 2014.

Saya ni kalau nakkan something, mesti kena usahakan sampai dapat. Selagi tak dapat, rasa takleh nk lelap mata.So berkojo lah kito sekueknya kumpul duit bonus untuk beli flight ticket dan sebagainya.
Berjaya jugaklah jadi Jutawan sementara apabila memegang 2 ketul duit rupiah. hihi

Weekly Free Vehicle Day : Jakarta
Makanan yang enak : Nasi Timbel Dago (Bandung)
I suppose to take pictures, the locals of Bandung spray themselves with silver color..dh jadi macam apadah hihi..sebagai salah satu attraction di jalanan. Mungkin yang biasa pergi ke sini tahu.. dalam jem dijalanraya, ada sahaja beberapa individu samada menjual barang, atau sekadar menadah tangan meminta duit. Tapi kebanyakannya menjual baranglah.

Kami tak sempat melawat banyak attraction kt sana sebab misi utama hanyalah shopping baju raya the HMs. So most of our time di Bandung, kami spend di outlet sahaja. Next time kena datang lagi utk tengok keindahan bumi ciptaan Allah pulak.




Ok that's it!

Insya allah weekend ni next #RMWT. Will update soon.

Selamat hari Ibu 2014

Hari Ibu 2014, di sambut dengan cara yang agak berbeza.:)

Oleh sebab agak busy menguruskan rumah yang bakal jadi pusat sehenti tu, mama tak fokus pun pada sambutan hari ibu tahun ni. Tak macam tahun sebelum ni, gedik jer ajak papa keluar dan celebrate, at least pergi makan pizza la kan :P

Semalam mama busy dengan kelas Sindiket Sukses Series yang pertama. Kelas bermula jam 10.20 pagi and it went very smoothly.

Sambil-sambil berkelas dan bersoaljawab dengan anak didik RichFamily dalam kelas tu, tiba-tiba papa  buat surprise. Rupanya sempat dia keluar pergi beli kek dekat Tesco opposite rumah kami. Kata papa. 'Khas untuk semua ibu-ibu hebat hari ini..'

Taraaaa.. inilah dia keknya :) Sempoi tapi sedap.TQ so much Papa!


So tahun ni mama raikan hari ibu bukan dengan HMs aje, tapi dengan anak-cucu-cicit Shaklee mama sekali :)


Dan kakak Hannah ofkoz lahsetiap tahun dia akan buat kad handmade untuk mama..
Malu malu jer dia bagi mama kad ucapan ni. Janji tak buat nakal ye :)


Btw, nak tumpang buat ucapan juga walaupun dh dikira belated.

Khas untuk semua ibu, mama, emak, mommy yang baca entry ni

SELAMAT HARI IBU.. anda semua ibu yang hebat!

Ongoing Project

Salam.

Bersepah-sepah umah ni. Kami dalam proses mendeco-deco walau tak sehebat deco Eric Leong untuk rumah kami di Puncak Alam.  Rumah hinggap jer ni, dan kami bercadang nk jadikan ia sebagai service home-stay pada sesiapa yang memerlukan nanti.

Cik abang tak sanggup nak sewakan dekat orang, saya pulak tak sanggup nak duduk dan travel ke Puncak Alam. So akan masih tinggal di Seksyen U5, dan rumah ni akan jadi singgahan saja.

Plan pertama, nak buat homestay. Dalam masa yang sama nak jadikan rumah ni port lepak / kelas santai Empayar RichFamily dan insya allah kami akan rasmikan kelas pertama kami di sini pada hari Ahad nanti.



Sekilas gambar dulu sebelum dia siap dan handover kepada kami.


Dah selamat handover kunci awal Mac 2014. Baru ni dah siap pasang grill. Dan insya allah Sabtu ni pasang  kabinet dapur pulak. Simple simple je sebab kami memang tak plan nk duduk kat sini.

Alhamdulillah, this is our 2nd property. Tunggu 3rd one di Shah Alam siap, then barulah kami akan berpindah dan menjadi warga Shah Alam pula. Yang ni lebih tak sabar :P


Celebration di bulan Mac

Entry pertama untuk bulan ini :P

Bulan Mac ni bukan double celebration bagi family kami. Berkongsi bulan untuk anniversary mama papa dan juga birthday Hilda.

Dah 7 tahun 'aku terima nikahnya' :)
Dan semoga kasih sayang terus kekal abadi berdua.
And to you my husband, After all this time, you are still amazing to me. I fall in LOVE so many times, but always with the same person that is YOU!


Memandangkan tahun 2012, kami tak kemana-mana langsung untuk family trip, jadi tahun ni kami berdua decide untuk ke Cameran Highland, bercuti sambil berehat. (Back in 2011, kami ke Langkawi untuk double celebration ini). Untuk kali kelima kesana, rasanya kami perlu cari tarikan lain selain dari strawbery dan teh disini. Ahaks. Tapi tu lah kan, what to expect from tanah tinggi macam ni. Takkan nk suggest buat waterpark, menggigil kot nnt orang nak mandi.

Dan hari ini, 13.03.2014, birthday Hilda. Mama tak de plan any specific celebration utk dia. Tapi dari semalam lagi dia mintak nak beli kek princess. Sampaikan pagi tadi kena bawak dia pegi kedai kek yang masih tutup Bila tengok kedai tutup, baru la dia boleh bawak bersabar :)


Mama ikat rambut, dia nk ikat rambut.
Mama pakai losyen, dia nk pakai losyen
Mama pakai tudung hitam, dia pon nak! Padahal dia takde tudung hitam. :)

Happy birthday sayang. 
Mama love u so much. 

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik buat Hilda,
Smoga Hilda sentiasa menjadi anak yang solehah dan terpelihara imannya. 
Semoga Mama sentiasa mendidik dan membesarkan Hilda mengikut syariat Islam
Ya Allah, lindungi kami, kasihi kami, jadikan kami hamba Mu yang beruntung di dunia dan di akhirat.



Double Master Celebration & Shaped Bread

Salam selasa buat semua. Pagi-pagi excited scan gambar masa kt Master Celebration last week dekat Marriot. :)

Full story pasal aktiviti weekend mama yang padat, panas dan mengujakan di sini : SUPERBUSY WEEKEND




Eh Atia, aunty jumpa ayah Atia buat kerja snap-snap gambar tau dekat Putrajaya. Patutlah terasa macam kenal je macam pernah tengok jer.. Dan ayah Atia sempat amek gambar family kakak Hannah.. :) 

Itu kan ayah Atia tengah baca doa tu? Hehehe..


And ini story pasal bento kakak/abang/adik tiga beradik.

Last Saturday sempat singgah Daiso Setia Alam City Mall. Purposely masuk nak carik cutter roti ni. Jumpa few item, tapi design sama je. So mama pon grab lah satu pack yg ada pelbagai bentuk.

Anak-anak teruja tanya mama nak buat apa dengan benda tu. So malamnya mama pon mula lah try test bentukkan roti ikut shape yang ada. TERUJA sangat budak bertiga ni.

Kalau dulu, roti gardenia putih tu dorang tak layan sangat. Tapi bila roti ada shape macamgini, sekejap je abes 1/2buku roti.  Kalau tidak, sebuku roti tu, mama sorang yang makan, sampai expired sokmo tak habis.



Dan balik dari sekolah semalam, Hannah dan Hadif dengan gembiranya melaporkan, bekalan roti bentuk orang, bintang dgn love habis dimakan. Mama apalagi, memang bersyukur sangat la. :)

Tapinya kan, selepas abes sesi menekap roti dgn bentuk ni, ada banyak lebihan roti (tepi-tepi) roti tu yang mama terpaksa makan. Sebabnya takkan lah nk buang, kan membazir namanya tu. Uishhh abes la diet mama. Hahahah..


Peel Si Hilda

Rasanya macam dah lama sangat x cerita pasal anak anak :-D

Ini budak dah nk masuk 3tahun next month. As usual since belom masuk 5tahun..mama takde pikir sebarang birthday celebration utk dia pon. Tunggu naaa.. 5 tahun nnt.

Peel si budak x de adik ni sometimea memang menguji degupan jantung mama. Selalu degup kencang bila dia mengamuk.. selalu hati riang bila peel mencuit hati.

Lately tiba tiba suka mandi dekat dalam sinki.
"Hilda kan baby..!"

erkkk! patutlah..rupanya dia rasa dia baby.

Peel lain.. kalau dia tak nak mandi..jangan dipaksa mandi. Kalau x, dia punya tantrum tu..alahai sukar nk cerita.

Tapi bila dia dalam keadaan mood baik.. she is a very adorable kids.

Last but not least..Hilda suka makan kek pink read:red velvet cheese. Kalau beli sekotak yg kecik tu..memang dia konker sorang sorang je.

Jutawan Magic Session Kuantan : Pertama Buat Diriku

Sabtu jam 4pagi, anak-anak dah kena paksa bangun mandi, sebabnya kol5am nanti dah nak mulakan perjalanan ke Kuantan. Mama tak harap lah nak mandikan dorang dekat R&R sebab tiga HM ni konpem menjerit sejuk.

Senang juga lah nak kejutkan mandi sebab ada perkataan "kita nak pegi jalan jalan kat kuantan". Cuba kalau perkataan 'skolah' yang keluar, konpem liat liat ajer.

Tragedi pagi pagi buta, mama dah lock pintu tapi rupanya mangga dan semua kunci ada kt dalam rumah. begitu juga dengan slides presentation mama. Tawakal je lah kami tinggalkan rumah dengan 1 je pintu berkunci. Grill tak bermangga.

Singgah solat dekat R&R Maran kalau tak silap, dan tiba di The Zenith Hotel jam 8.30am. Just nice timingnya. So terus registerkan diri dan suami. Masuk dan cop tempat sementara menunggu majlis bermula. Berdebar je masa ni sebab nk kena bagi sepatah dua kata. Segala yang dirancang nk di slideshow kan akhirnya hanya menjadi nota kecil didalam henpon sahaja.


RichMaster in action. Debar tak debar, tanggungjawab harus dipikul. Hehe. Bolehla bercakap juga depan crowd begini akhirnya. Dah la turn pertama.. layan..
At last i can control my fear. Topik MASA ITU NYAWA yang saya sampaikan pada mereka.


Majlis berjalan lancar dengan pelbagai topik dari semua Master Coordinator dan bakal master yang hadir. Antaranya adalah Master Farihah, Master FarahWahida, Master Wan Muliani, Master Lyana Mansor, Master Iffah Anuar yang sememangnya sangat bersemangat. Walaupun masih dalam mode bercuti sakit, beliau tetap hadir utk sama-sama memberikan kata semangat kepada semua SID di Kuantan. Semua Master berkongsi tips-tips rahsia masing-masing dengan aura tersendiri. Alhamdulillah banyak nya ilmu yang kami didalam dewan dapat serap dan simpan.

Diselangi dengan forum dari pada Shaklee Independent Distributor, kuiz dan juga perkongsian daripada wakil kaum adam. 

Kat dalam gambar ni, nampak macam semua menyanyi je kan? Hehe Menyanyi lagu kejayaan la tu

Majlis berhenti rehat untuk lunch dan solat Zohor dan bersambung pula pada jam 2.30petang dengan sharing daripada Masters lagi. Selepas lunch, kami check in ke hotel. Sesi petang mama tinggalkan HMs dengan papa di bilik sahaja. Bagi mereka peluang untuk berehat especially encik papa yang keletihan driving di awal pagi.

Berbalik kepada acara, kalau dah kesana sini, memang tak sahlah kalau tak amek gambar kenangan kan. Dengan Supervisors saya, Farahida dan Sarah Aisha. Farah datang dari KL dan Sarah datang dari Kemaman. Di Kuantan kami bertemu muka, terutama sekali Sarah. Pertama kali saya bertemu dengan anak didik saya ni setelah lebih setahun beliau register menjadi ahli RichFamily.






 
Sempat bersalam dan berkenalan sekejap dengan cucu cucu dari group BigDream


Menarik sangat perkongsian dari Ustaz Taufiq (yang berjaket lengan merah tu) , beliau adalah bekas pelajar Universiti Al Azhar dan beliau telah berkongsi banyak perkara tentang Shaklee diblognya. Dan menurut beliau, bisnes Shaklee memang mematuhi syariah dan anda semua tak perlu ragu untuk cuba buat bisnes ni. Antara kata-katanya yang saya suka nak kongsikan disini..

"kita berdosa kalau pandai berniaga tp kita tak tolong org pandai berniaga sekali.
kita berdosa kalau kita dpt 4angka tp kita tak tolong org dpt 4angka."

ada betulnya tu..kan? berjaya biar bersama sama, kaya pn biar bersama sama. Dan ini jugalah matlamat saya kini. Insya allah, sepanjang tahun 2014, saya akan cuba lahirkan seramai mungkin 4-5figures income housewife. :)




Akhir sekali, majlis ditutup oleh acara memotong kek ini.



Sebenarnya, majlis Magic Aura Kuantan dan juga acara memotong kek ini pernah menjadi salah satu faktor saya untuk terus mengejar impian. Nampak simple je impian ni, tapi untuk melayakkan diri berada di sini, saya perlu lakukan banyak perkara, perlu korbankan banyak masa dan tenaga dan akhirnya ia sangat berbaloi kerana akhirnysaya ada gambar ini. :)



FB Bento Club

Bento dalam bahasa Jepon. Bahasa Melayunya bekal.
Jadi FB Bento Club yang saya join baru-baru ni, sebenarnya terbuka pada mana-mana parents yang sedang mempraktikkan / berminat untuk mempraktikkan budaya membawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak ke sekolah.

Sebelum ni pun, selalu bekalkan HMs dengan kuih-kuih melayu atau nasi lemak yang dibeli di gerai sahaja. Since masuk 2014, terasa macam nk bekalkan home made food, dan ter tak sengaja terjumpa bento club ni. Kalau bekalkan anak nasi goreng, memang takpernah ada apa-apa hiasan pun


Setiap hari mesti ada saja gambar bento yang di decorate dengan cantik oleh para ibu yang kretif. Saya pon teruja. Tapi so far belum berjaya nk mendeco-deco sebegitu. Banyak rupanya gajet deco untuk bento yang selama ni saya tak pernah tahu. Hihi..

Antara kenalan blogger yang aktif mendeco ialah AYU KHAIRY.. 
Tengoklah hasil kreatif beliau :) Comel kan.. Roti bentuk bear.


Yang ni pulak antara gambar-gambar bento comel orang lain. Actually ini dari cover group bento ni lah. Teruja tau menengoknya. Comel comel semuanya.. Anak anak pon mesti excited nak makan kalau macam ni.


Sebenarnya banyak juga gadget menarik yang boleh digunakan dan dijual di merata rata tempat. Asalkan si mama rajin nak mendeco, boleh la mula mencari peralatan ni. Saya? Insya allah kalau terjumpa nnt kat mana-mana boleh la cuba beli, cuba deco.. hihi

Buat masa ni masih di cara lama, letak aje dalam bekas bekas kartun.


Kalau ada kawan-kawan berminat nak join kelab bento ni, boleh ler pegi request join group kat sini
KELAB BENTO.. selamat mencuci mata, selamat berkongsi idea..

Hadif balik 'kampung'

Cerita cuti Thaipusam baru-baru ni.
Kami berpeluang ikut papa outstation dekat 'kampung' Hadif. :) Kampung Hadif sebab dia lahir di sana. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang.

Bila ditanya, "kita nak pegi mana ni mama?"
Mama jawab.."kita nak balik kampung Hadif. Visit uri Hadif kt sana.."

Lepas tu memang bertubi-tubi lah soalan, apakah uri, uri duduk mana, nak pegi rumah uri..etc etc. LOL!

Menginap di Hotel UiTM.. "ni hotel abang, tau kakak. Sebab kita kan balik kampung abang.." kata Hadif.

Kakak mula nk tension.."Mama kenapa kita tak pernah tidur kt hotel kt kampung Hannah? Kampung Hannah tu Putrajaya kan.. kenapa mama tak bawak kita tidur kat sana?.. "

Si adik menyampuk..  "Hilda pon takpenah tidur hotel kt kampung Hilda.."

Hahaha, buang duit mama je kot tidur kt hotel kt kampung kakak dgn adik tu.

Layan gambar. Memang senang bawak dorang ni travel so far. Lepas gurau-manja-kasar adik beradik, mata masing-masing mula layu lalu tertidur :)



Bergerak dari Subang Suria pagi Jumaat around 11am, sampai almost pukul 5petang. Terus check in Hotel Uitm dan lepas solat, keluar pekena char kuay teaw. Dah ada banyak kedai charkuayteaw around UiTM Penang ni. Dan tak perlu pegi jauh-jauh dekat Sg Dua pekena CKT Telur Ayam DiBasuh pun dah takpa dah. Sedap juga.



Hari Sabtu, papa mula berkursus/bermeeting/berseminar.
Mama dengan kuasa pemanduan ditangan, dan juga ingatan tentang Jusco Perda yang masih belum padam, mengajak HMs bertiga lepak dekat Jusco.

Masuk je Jusco terperangkap plak kt bahagian playground ni. Selagi tak masuk selagi tu lah anak-anak bertiga ni merayu rayu nak main taman. OKlah layan seround.


Tak lama pun dekat Jusco. Mama pon tak sempat shopping apa-apa, ada orang dah bosan ajak balik. Nak tidur kata dia. Iyer lah sangat tidur. Balik bilik tak tidur pun, dorang pi bantai main 'swimmingpool' dalam bilik tu. Sampai terketar-ketar sejuk, dan lepas tu tiga-tiga kena selsema.

Sambil menyelam mama minum air. Sambil ikut papa outstation, mama pegi jumpa 'anak' Shaklee mama dekat Penanti. Setelah setahun lebih berkomunikasi melalui sms / whatsap / FB, akhirnya bertemu juga dgn Ku Hasnah ni, geng RichFamily kt Penang. Memang biasa pn, mostly mama kenal anak2 Shaklee ni thru online jadi mmg ramai yang mama belum pernah jumpa lagi.
(psst.. kalau ada blog reader mama dkt Penang nak beli vitamin Shaklee, boleh juga kontek Ku Hasnah ni ye.. ).

Kalau kawan-kawan nak tanya dengan Ku Hasnah ni pengalaman dia handle anak ekzema, sila lah ye,

Plan asalnya nak kerumah dia hari Sabtu petang. Tp sebab papa punya meeting sungguh lama (katanya habis jam 1.30am malam Sabtu tu), maka sesi ziarah ukhuwah ni kena pospon ke hari Ahadnya. Alhamdulillah ada juga rezeki berjumpa.

Owh ye! Sebelum kami singgah rumah Ku Hasnah, kami sempat jugak la singgah ke kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tak memborong pon, sebab kami mmg jarang makan jeruk dan jeruk bukan feveret mama. :)



Insya allah next week, kita berjalan ke Kuantan pulak. Boleh la dorang mandi 'swimming pool' kt sana plak. LOL.


Anak oh anak :)

Lama rasanya tak cerita pasal anak ni hehe..

Insya allah this March, Hilda Marissa will turn 3. Sekarang ni, kalau bercakap memang fasih. Dah gaya orang besar. Vocab pon memang banyak tanpa pelat. Cuma kekadang datang mengada-ngada dia, dia buat juga bercakap gaya pelat.

Banyak beza Hilda dengan kakak dan abagnya dalam banyak segi.
Garang pon ye, veto pon ye, manja pon ye jugak. Hanya dia sorang lah yang macam ni antara 3 HMs

Maybe peel anak paling kecik ::cannot read as bongsu lagi:: hihi

Tengok aje lah betapa kretifnya budak sorang ni.

Dia kata dia pakai skirt :P
Kaki Hida sejuk, best la pakai stokin papa ni

 





DOUBLE Happiness..

1) Payday.
Tak lain tak bukan lah tu.. siapa lagi yang bak bagi saya gaji bila dah duduk rumah ni :)
Alhamdulillah, tak putus Allah sampaikan rezeki. Samada melalui daily sales, dapat juga untung runcit setiap hari. Dan yang masuk setiap tengah bulan ni, orang kata bonus. Tapi saya kata gaji.
Sebab memang most of my bills saya bayar dengan 'gaji' ini. :)

Seronoknya bekerja dirumah.
Kadangkala memang saya masih perlu drive keluar ke Pejabat Poslaju untuk pos barang. Belum pernah lagi call posmen datang pick up. Cuma yang seronoknya, saya drive bukan di peak hour. Jadi perjalanan adalah lancar dan laju. Siap urusan saya boleh segera balik.

2) Rumahku Syurgaku
Insya allah, bakal memiliki sebuah rumah di bandar idaman -> SHAH ALAM.
Saya cukup suka dengan bandar ini. Persekitaran yang terancang, kawasan melayu dan islamic sesuai untuk perkembangan anak-anak saya, jarak yg dekat dengan opis suami dan opis HQ Shaklee. Apa yang kami berdua cita-citakan kami dapat disini. Lagipon kami berdua dulu pernah sama-sama spend hidup (masa bujang dan belajar dululah) di bandar ini. Kenangan tu..

Pagi tadi salesperson call saya bagitau letter offer untuk loan rumah dah approve. So we are one step closer to it. Insya allah, semoga setiap urusan utk kami miliki rumah ni lancar. Lepas ni boleh mula survey sekolah baru untuk anak-anak pulak. Perancangannya berpindah dalam tahun ini juga.

Smile and smile.


Jadi emak kena banyak sabar :)

Sesi sekolah berjalan lancar. Last week dua hari sahaja so tak rasa apa sangat. Dua hari je eh dah cuti semua. Dan minggu ini bermula lah sesi penuh seminggu bersekolah.

Alhamdulillah, pagi-pagi dibantu suami utk menyiapkan anak-anak. Suami handle Hannah bangun, mandi dan menghantarnya ke sekolah. Walaupun kadangkala meragam juga cik kakak kita ni dipagi hari.

Mama yang kononnya sangat bersemangat nak jd surirumah hebat pada tahun 2014 gigih bangun menyiapkan sarapan utk anak makan sebelum keluar rumah sekaligus jadi bekalan waktu rehat di kantin. Dugaan sungguh bila di reject oleh anak-anak. Mereka sikit pon tak mahu jamah apa yang mama dah masak. Bila mama pack and minta bawa ke sekolah, kata Hannah.. "takyah lah mama.. Hannah nak beli kt sekolah"

To be frank, mama merajuk hihih. Bukan setakat Hannah, Hadif pon sama tak mahu makan.
OK fine. Mama dah tak nak masak dah. :P

Mungkin mereka perlukan masa untuk adjust dengan budaya bawa bekal. Selama 2tahun ke tadika, bekalan mereka mama hanya beli dari kedai-kedai. Culture shock gitu apesal mama ni tetiba je rajin masak pagi-pagi? haha


Dari mama yang stress di pagi Jumaat.
Apa yang mama masak, sama je dgn apa yang dia beli kat kantin tu :(

Wrap Up 2013 : Coaching santai dengan RichFamily

Untuk tatapan dan kenangan saya dan juga anak- anak didik Shaklee saya. Nak abadikan kenangan bergambar dengan mereka, walaupun dah ada album dekat FB. Hehe

Sesi coaching santai ni bertujuan untuk bagi personal human touch. Komunikasi secara online memang berguna, tapi sesekali kami bertemu untuk merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan keluarga masing-masing secara lebih dekat. Intipati sesi bersembang tentulah bukan sembang kosong, tp sembang berinformasi :)



Alhamdulillah, a great closing for 2013.

Saya pon dah berjaya mencapai impian saya bergelar Master Coordinator pada bulan Nov 13.
Dan kini saya sedang membantu anak anak didik saya pula mencapai impian mereka.

In Shaklee, the success is shared together.

Mungkin akan lebih banyak travelling pada tahun 2014, sambil kita matchingkan dgn schedule persekolahan kakak Hannah, i believe semua nya Allah permudahkan. Amin.

Leave the EXCUSE behind, grab all CHANCES around.


Hai 2014..

Gambar terbaru kami berlima Masa ni, kami hadir ke majlis Master Celebration Master Laila.

Kebetulan kt luar dewan, ada booth amek gambar ni. So apa lagi, lets give them a post, also give them the money hehe. Props semua dah ada, apa kita buat cuma saya cheeeeeseeee..

Hilda punya cheeese tak bukak mulut. so lain macam sket dia senyum tu.



Cerita lain di 2014

Alhamdulillah, kakak Hannah dah start sekolah. Darjah 1.
Sempoinya kanak-kanak sekarang, memang tak de kot yang menangis di hari pendaftaran sekolah. Semuanya riang ria sebab most of them jumpa balik kawan-kawan yang ke tadika. Mak ayah pon dah tak perlu risau. Mereka secara automatik pandai adapt dan bergaul. :)



Abg Hadif masih ke Tadika Delima Ilmu. Dan adik Hilda, masuk ke playschool juga kt TDI.
Dah start kena pakai uniform kuning, tapi belum sempat ambil gambar Hilda dgn uniform. Sebabnya pegi sekolah dia tak mandi lagi.. hihihi.. mata masih tertutup mama dah angkat masuk kereta. So dia mandi dan dress up kt tadika aje.




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®