Cerita cuti Thaipusam baru-baru ni.
Kami berpeluang ikut papa outstation dekat 'kampung' Hadif. :) Kampung Hadif sebab dia lahir di sana. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang.
Bila ditanya, "kita nak pegi mana ni mama?"
Mama jawab.."kita nak balik kampung Hadif. Visit uri Hadif kt sana.."
Lepas tu memang bertubi-tubi lah soalan, apakah uri, uri duduk mana, nak pegi rumah uri..etc etc. LOL!
Menginap di Hotel UiTM.. "ni hotel abang, tau kakak. Sebab kita kan balik kampung abang.." kata Hadif.
Kakak mula nk tension.."Mama kenapa kita tak pernah tidur kt hotel kt kampung Hannah? Kampung Hannah tu Putrajaya kan.. kenapa mama tak bawak kita tidur kat sana?.. "
Si adik menyampuk.. "Hilda pon takpenah tidur hotel kt kampung Hilda.."
Hahaha, buang duit mama je kot tidur kt hotel kt kampung kakak dgn adik tu.
Layan gambar. Memang senang bawak dorang ni travel so far. Lepas gurau-manja-kasar adik beradik, mata masing-masing mula layu lalu tertidur :)
Bergerak dari Subang Suria pagi Jumaat around 11am, sampai almost pukul 5petang. Terus check in Hotel Uitm dan lepas solat, keluar pekena char kuay teaw. Dah ada banyak kedai charkuayteaw around UiTM Penang ni. Dan tak perlu pegi jauh-jauh dekat Sg Dua pekena CKT Telur Ayam DiBasuh pun dah takpa dah. Sedap juga.
Hari Sabtu, papa mula berkursus/bermeeting/berseminar.
Mama dengan kuasa pemanduan ditangan, dan juga ingatan tentang Jusco Perda yang masih belum padam, mengajak HMs bertiga lepak dekat Jusco.
Masuk je Jusco terperangkap plak kt bahagian playground ni. Selagi tak masuk selagi tu lah anak-anak bertiga ni merayu rayu nak main taman. OKlah layan seround.
Tak lama pun dekat Jusco. Mama pon tak sempat shopping apa-apa, ada orang dah bosan ajak balik. Nak tidur kata dia. Iyer lah sangat tidur. Balik bilik tak tidur pun, dorang pi bantai main 'swimmingpool' dalam bilik tu. Sampai terketar-ketar sejuk, dan lepas tu tiga-tiga kena selsema.
Sambil menyelam mama minum air. Sambil ikut papa outstation, mama pegi jumpa 'anak' Shaklee mama dekat Penanti. Setelah setahun lebih berkomunikasi melalui sms / whatsap / FB, akhirnya bertemu juga dgn Ku Hasnah ni, geng RichFamily kt Penang. Memang biasa pn, mostly mama kenal anak2 Shaklee ni thru online jadi mmg ramai yang mama belum pernah jumpa lagi.
(psst.. kalau ada blog reader mama dkt Penang nak beli vitamin Shaklee, boleh juga kontek Ku Hasnah ni ye.. ).
Kalau kawan-kawan nak tanya dengan Ku Hasnah ni pengalaman dia handle anak ekzema, sila lah ye,
Plan asalnya nak kerumah dia hari Sabtu petang. Tp sebab papa punya meeting sungguh lama (katanya habis jam 1.30am malam Sabtu tu), maka sesi ziarah ukhuwah ni kena pospon ke hari Ahadnya. Alhamdulillah ada juga rezeki berjumpa.
Owh ye! Sebelum kami singgah rumah Ku Hasnah, kami sempat jugak la singgah ke kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tak memborong pon, sebab kami mmg jarang makan jeruk dan jeruk bukan feveret mama. :)
Insya allah next week, kita berjalan ke Kuantan pulak. Boleh la dorang mandi 'swimming pool' kt sana plak. LOL.
5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak
Menjadi Kenangan Terindah
-
Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan
selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing,
namun kita ...
2 words from u:
lama kan duduk penang dulu....mestilah tau ceruk mana nak jln2... hihi
@Iela Fazielah tak berapa tau sangat pun kak ila. tau jusco perda tu je hihih
Post a Comment