Seminar Public Speaking "NOW EVERYONE CAN SPEAK"

Best jugak rupanya seminar ni. Actually, yuran course ni sebenarnya hadiah dari mentor Shaklee saya, Master Lyna & Master Zainul.

Saya memang tak berapa kenal dengan kedua-dua speaker ni. Sebab jarang tengok TV.  Hanya bila saya dapat poster pasal curse ni barulah saya google pasal mereka.
Rupanya Rizal Rashid ni selalu jadi MC untuk majlis-majlis rasmi kerajaan. Dan Amin Idris ni pulak, motivator, penulis buku dan pengacara tv Alhijrah.


Sesi pagi diconduct oleh Mr Rizal. Bermula dengan sedikit part motivasi which I LIKE it so much. Sebab saya perlu juga buat part ni nanti dalam kelas-kelas coaching saya. Boleh la cedok sket idea dari dia.

Haaa.. air ni memang takkan saya tinggal walau kemana-mana. Iaitu bancuhan Performance drink. Bukan sekadar bawak bekal utk outdoor activity, indoor pun wajib jugak bawak.


Yang ni sesi petang.. bermula dgn sesi Mr Amin Idris. After all, dedua speaker memang best. Rasanya kalau berpeluang lagi pegi seminar dorang berdua ni, insya allah saya akan datang. Boleh ajak cik abe sekali join.


Sempat juga ajak Mr Amin Idris bergambar. Yang baju biru tu, Master Wan Fatihanum. Rakan seperjuangan saya dalam Ladyboss (group bawah Master Lyna).

Awalnya saya ingat saya sorang yang dihantar oleh Master Lyna, nasib baik waktu registration saya ternampak Master Hanum tengah menunggu untuk masuk dewan. Apa lagi, terus berkepit berdua lah kita.

Dan sebenarnya ada lagi 2 orang rakan kami yang lain. So dekat gambar lagi satu tu, bakal Master Salwa



Overall, keluar je dari seminar ini, kepala saya penuh dengan idea untuk conduct kelas, dan semangat saya membara-bara jadinya. Maka tercapailah matlamat, saya dihantar ke seminar ini.

Hehe.. rambling orang 1st time pegi seminar motivasi gayanya..


12.12.13 : Hannah Marissa turns 6 Years Young

Hari ni 12.12.13.

Happy birthday to my sayang Hannah Marissa bt Kamaruddin
A very special girl to mama.


Semakin besar, semakin terserlah ciri-ciri kakak dan anak solehahnya.
Ringan tulang, petah berbicara, bijak berfikir, disulami dengan rajuk dan emosinya.

Kakak yang boleh mengalah, boleh diharap menguruskan adik-adik dan tak kurangnya dengan demand tinggi bila meminta sesuatu :P

Hari ni, mama tak ada apa-apa plan special untuk celebrate birthday Hannah, sebab insya allah, mama & papa akan bawak dia pegi jalan ke tempat idamannya. Insya allah, later update pasal cuti-cuti birthday Hannah.

Semoga semakin besar Hannah Marissa, semakin tinggi rasa tanggungjawab dan semakin besar jiwanya. 
Mama tu bercakap macamlah anak mama dah nak masuk form 1, padahal baru nk masuk darjah satu! Ahaks

By the way, mohon kawan-kawan mama juga mendoakan yang terbaik utk Hannah Marissa.

Bisnes Shaklee Adalah Kejayaan Bersama Kami

Semalam, sambil mama cuba menaip entry pasal migrain dekat blog semuasihatselalu, si anak sulung yang keseorangan tengok tv kt luar masuk ke SoHo mama. Adik-adik dia tidur awal, jadi doa agak bosan tengok tv sorang-sorang. Bila dia dah masuk, tak lain tak bukan, dia akan mintak pen atau pensil dan juga kertas.

Mula-mula dia ajak main teka perkataan. Mama tak boleh fokus dekat dia sebab mama nak buat kerja mama. Tiba-tiba dia terpandang sijil 'Key Coordinator' yang mama frame dan letak atas meja.

"Mama, sekarang mama key coordinator lagi ke?"
"Taklah.. " tak toleh pon kt dia.
"Hannah tengok yang dalam cermin ni, tulis key coordinator.." sambil tunjuk frame.
"Taklah, mama dah Master Coordinator dah sekarang.. cuba Hannah tengok dekat papan putih mama kt atas ni, kan mama dah tulis kt situ.. " senyum sendiri tapi masih tak toleh kt dia

"Oye ke mama... mama, macam mana nak tulis coordinator?"
"ni Hannah tengok kt kertas yg mama tampal kt dinding ni ye.." sambil tunjuk vision board mama.

After a while.
"Nah mama.. ni untuk mama, sebab mama dah dapat Master Coordinator.. "


Mama ambil kertas dan pandang muka Hannah. Hannah senyum comel gembira. Selama ni dia tak tau lagi. Ahaha takdelah lama sangat, sebab mama baru dapat capai rank tu masa closing November.

"Best lah mama sebab mama dah dapat Master Coordinator.. Nantikan kita boleh la naik pentas sama-sama macam aunty kawan mama tu" dia merujuk kepada Majlis Master Celebration.

Imbau balik kenangan.
Pertama kali saya bawa dia ke Majlis Master Celebration Master Cery & Master Iffah. Kemudian Master Lyna dan terbaru Master Farahwahida.



Hannah adalah orang yang paling teruja di majlis berkenaan. Setiap kali dibawa kesana, dia akan tanya saya;
"Mama sekarang mama dah jadi apa? Dah master ke belum?"
"Mama, nanti kalau mama dah master, boleh tak Hannah naik pentas jugak dengan mama dengan papa macam tu?"
"Mama, masa naik pentas orang bagi mama bunga ke?"

Dan macam macam lagi dialognya :) Anak owh anak..
Masih kecil, tapi sangat memahami keadaan apabila mama agak busy. Masih kecik tapi sangat pandai menghargai kejayaan. Ini adalah hadiah untuk semua mereka. 

Yes, this is our MLM. Dalam Shaklee, setiap pengorbanan setiap kejayaan akan melibatkan suami dan anak-anak kami. Jarang sekali saya tinggalkan mereka ketika berurusan. Kejayaan demi kejayaan saya kecapi sambil menggendong anak saya bertiga ni (as in bergilir-gilir la ikut kerenah mereka :P ) dengan bantuan suami tercinta.

Sejak dari Hilda baby lagi, jika suami outstation, saya akan tetap angkut mereka kemana saya pergi. Cod barang ke, beli stok dekat HQ Shaklee ke, kelas-kelas anjuran mak Shaklee saya ke, perjumpaan bersama-sama anak Shaklee saya dan semua yang memerlukan saya keluar dari rumah (ketika mereka tidak ke tadika) akan saya angkut mereka. Never in mind, nak berjaya "anak kena ditinggal-tinggalkan" seperti prinsip beberapa orang yang saya kenali, tapi dorang bisnes lain lah.

Jatuh bangun saya bukan seorang diri, tapi ditemani permata-permata berharga ini. I never walk alone.



Insya Allah sayang, nnt sampai giliran kita naik pentas untuk diraikan sebagai Master Coordinator Shaklee.


Alhamdulillah, syukur



Tabung Kuning

Saya nak share tips kewangan sket kt sini. Bukan bertujuan nk menunjuk-nunjuk atau menayang kekayaan yer. Hihi..

Start bulan September lepas, saya mula mengumpul note warna kuning sebab ia kelihatan sungguh sayang utk digunakan. So saya decide lah nak buat something dengan note kuning ni. 

Maka timbul lah idea nak wujudkan Tabung Kuning. Bukan tabung sangat pun, cuma saya gunakan wristlet lama yang saya dah tak gunakan untuk menyimpan note rm20 ni. 

Tak ada tujuan asal buat tabung ni, tapi bila nampak ia mula terkumpul, terasa pulak nak membeli sesuatu nanti. 

Jadi daripada takde tujuan, akhirnya tabung tu ada matlamat tertentu. Dan saya letakkan tempoh masa 3bulan dan selepas 3bulan tu lah baru nak kira, berapa total kepingan yg terkumpul. 

Caranya setiap kali ada note kuning dalam purse, saya akan keluarkan utk disimpan. Ianya takkan dibelanjakan. So simpanan adalah berdasarkan bila ia ada dalam purse. 
Dan untuk mewujudkan note kuning, terpaksalah saya sentiasa 'memecahkan' duit rm50 utk dapatkan baki berwarna kuning :)

September - November 2013.


Hasilnya pada 2 Nov 2013. 
Alhamdulillah. Memang boleh la guna untuk beli sesuatu yang jadi idaman :)

82keping x rm20..

Kesimpulannya kt sini, jika anda tengah aim nak beli sesuatu diluar kemampuan anda pada masa sekarang..wujudkan lah tabung short term begini. 

Tetapkan berapa mahu disimpan
Tetapkan bila masa nak pecahkan tabung
Konsisten dan bersungguh-sungguh ketika menabung.


Selamat menabung!!



My Cheeky Hilda

Salam Jumaat.

Nak hias entry hari ni pasal anak bongsu ai. Now umur dia 2 tahun 7 bulan.

Sangat petah berkata-kata. Kalau ajak sembang tu memang ada ajelah idea dan jawapan dan juga soalan dia. And among the three, dia lah juga yang paling dominan. Apa-apa dia WAJIB menang.

Orang kata, anak no 3 memang lain dari orang lain. Hmmm hmmm agaknya lah kot. Mama pon anak no 3, papa juga anak no 3. Haha..

Always act macam baby. Kalau turun dari rumah, nak kemana-mana mesti nak berdukung lagi. Tak kasi can mama hands free.

Kalau beli aiskrim, memula dekat kedai, dia pilih aiskrim yang berbeza dengan aiskrim kakak. Tapi nanti bila nak makan, dia yang nangis-nangis nak kan kakak punya aiskrim. Kakak terpaksa lah mengalah.

Kalau mandi, abes semua cawan dan tupperware mama kat dapur dia nak angkut masuk ke toilet, buat jadi bot dia. Bila mama amek semula nak simpan dia sound "eh mama, jangan simpan.. ida nak guna lah"

Kalau makan, dia pilih pilih..mama kena suap nasik putih saja jangan yang kena kuah. Ayam, ikan, lauk saja, jangan campur nasi. Haiiiyaaaa.. banyak pilih pilih ooooo

Aha. aunty tengoklah muka saya masa saya good mood nih. Ceria



Hari Anugerah dan Kesenian Tadika Delima Ilmu 2013

Pejam celik pejam celik.. berminggu minggu mama biarkan blog ni bersawang.

Sapu sket sambil gantung gambar-gambar anak mama yang comel sempena hari anugerah sekolah tadika dorang.
Syukur Alhamdulillah, prestasi anak anak mama memberangsangkan dan kali ni mereka kekal top three dalam kelas.



Sedikit gambar kt sana. Selebihnya kalau nak tengok, jemput ke album mama dekat FB :)




Anak bujang mama ni, ingatkan dia segan silu masa buat persembahan. Tak sangka dia sgt sporting dan sangat enjoy dgn setiap persembahan yg dia masuk. Cikgu pun cakap, sejak dari latihan lagi dah nampak dia seronok. Well done abang Hadif :)

Kakak dah grad 6tahun, pejam celik jer anak mama dah nak masuk darjah satu.
Dah besar anak mama rupanya. Lepas ni kita pegi shopping baju sekolah pulak okey :)

WW : Yang Di tunggu-tunggu Dah Mai Dah.. Vitamin C 500mg Shaklee



Pppperghhhh nak lunch Vitamin C jer ke apa ni??

Of course la tidak. Saja nak tayang rupabentuk Vitamin C Plus yang sebenar. Agak-agak pernah tak jumpa tablet yang sama tapi nama lain?? Apa.. apa? Organik? Haa tu lah dia. 
Sekadar untuk awareness, Vitamin C Plus telah di-rebrand oleh golongan tertentu, dan mereka charge anda untuk RM1/tablet. Dijual dengan harga runcit dan harg borong kononnya. 

Harga retail untuk sbotol Vitamin C Plus Shaklee ni hanya RM92plus (180biji). Cuba congak, saya tekan kalkulator harga Vitamin C Plus ni rm0.50/ tablet sahaja lah.. 

Keputusan ditangan anda, nak beli yang original dari botol BPA free bersticker biru atau, dalam botol lutsinar dan stiker ntah ada ntah tak ada. 
Whatsap or sms 013 3583424 kalau anda dah buat keputusan nak beli Vitamin C Plus original dari saya 






Mama Pergi Gymnasium??

Akhirnya! Dan semoga semangat always membara lah ye mama.

Layan gambar yg sempat disnap dulu.

Borang registration dan health assessment

Gym dan equipmentnya

Macam biasa, selalu ditemani Shaklee nutrition :)

Tangga naik Curves yang purple.. tak rasa penat pon kena naik ke kevel 2 ni
So itulah gambar yang ada setakat visit 2 kali ke sini. Tak de sapa nak amekkan gambar urs truly sebab masa saya ke sana, dah tak ramai orang. 

The coach kata, biasanya ramai pada awal pagi. The gym bukak start 7.30am, so the gorgeous ladies datang awal before dorang ke tempat kerja. Siap 30minit senaman, dorang mandi di sana dan terus masuk opis. What a lifestyle kan. Tapi of course kena sampai awal dan keluar awal dari rumah. Dan saya memilih untuk selesaikan perkara-perkara penting dirumah sebelum pergi ke sini. Sebab tu lah, around 10am baru saya sampai.



Peralatan gym disusun dalam bentuk circle macam dalam gambar. Dan diantara setiap equipment ada based untuk kami lakukan freestyle movement as long ianya keep our heartbeat berdegup laju. So nak jogging, atau nk lompat bintang atau nak buat pelbagai gerakan erobik, adalah terpulang. Dan setiap equipment tu pulak, akan exercise our overall muscle. Dari kepala sampai ke kaki depends pada jenis equipment. Abes 2 round work on the equipment dan bergerak di atas based, cukuplah 30minit yang bakal membakar kalori dari tubuh kita. 

Memang enjoy but yet berpeluh-peluh juga :)
Insya allah akan teruskan bersenam walaupun memerlukan komitmen masa. Hehe kalau tak sanggup, lelemaks ai dok kt situ ajelah. Kalau tak suka, kena lah usaha untuk nyahkan ia... betul tak?

Okey, kalau nak tau apa fungsi Shaklee nutrition dalam gambar tu, boleh klik ceritanya disini:



 

Bukit Broga : My first hiking experience

Idea datang tiba-tiba je. 
Sabtu kami pegi shopping kasut utk indoor/outdoor activity mama dekat Setia Alam. Kononnya sesekali nak pi jogging, dan sesekali nk follow Zumba exercise dekat Youtube. Ahaks. Active lifestyle la kononnya apabila mengenangkan kaki dan betis dan sebagainya sedang membesar dengan sihatnya.

Abg sudinku tunjuk screen henpon dia. Kengkawan Whatsap group baru setel naik Bukit Broga. Masa tu lah, mentol idea beliau menyala, lalu sebulat suara cadangan diterima. Maka kasut baru akan dirasmikan untuk acara naik Bukit Broga.


Lepas solat Magrib, kami bergerak menuju ke rumah MIL di Kajang. Cadangnya tidur bermalam disana, esoknya lepas subuh terus bergerak ke Semenyih. Sementara masih pagi dan anak-anak masih tidur. Dorang bangun tidur, mama and papa dah balik :)

5.30am dah bangun dah siapkan susu anak-anak dan bersiap untuk misi kali pertama menawan Bukit Broga. Usai solat Subuh, kami pon bergerak. Memang tak tau kemana hala nak dituju, so just berpandukan signboard dan Waze kami redah ke sana.

Sampai dalam 6.30am, mencari parking dan terus menuju ke trek pendakian. Dalam ladang kelapa sawit rupanya.


Jam 6.30am, keadaan masih gelap dan kami terus je ikut orang-orang yang lebih awal sampai mulakan pendakian. By 6.30am pon dah ada banyak sangat kereta diparking. Means memang dh ramai yang sampai awal dan mulakan pendakian. 

Sebenarnya cerita pendakian bermula 2 kali. Kali pertama separuh jalan saja, sebab saya perlu ke 'emergency room' haha! Bila dah selesai dan perut dah lega, baru lah lancar perjalanan mendaki keatas tanpa terbatuk-batuk rasa nak muntah dan tak cukup nafas. Suami pesan berkali-kali, lepas ni kalau nk mulakan aktiviti luar make sure kosongkan dulu perut tu.. hihihih

Pendakian kedua berjalan lancar penuh semangat :)


Kasut Adidas biru yang menemani kasut purple naik ke atas.


Yang tak dilupa, air Performance drink sebagai bekalan untuk aktiviti lasak. Performance ni adalah air isotonik tanpa bikarbonat. Berfungsi untuk mengembalikan kehidratan tubuh apabila kandungan air berkurang ketika melakukan aktiviti aktif. 

Dan nak cerita juga preparation sebelum tidur saya malam sebelum aktiviti ini bermula. Saya ambil 1 biji Coqhealth untuk mengekalkan stamina dan keaktifan jantung dan juga 2 biji Joint Health Tablet untuk menyokong pergerakan saya nanti. 

Alhamdulillah, all work wonder to me. Saya tak pancit, saya tak terlalu dahaga dan keletihan dan lutut dan kaki saya kuat untuk memanjat naik dan turun Bukit Broga. 

Yeay we made it!

Suami tanya, "bila last sayang jogging.." dia takut saya pancit la tu.
Saya "Ada la, last week sekali.. " tetap cuba yakinkan dia saya boleh panjat bukit sebaik dia. Hehe.

Dia memang konfiden memang dia mmg setiap minggu main futsal, selalu berjogging dan baru aje join Standard Chartered KL Run. Kononnya dia takkan ada masalah stamina lettewwww!!



I know  I CAN DO IT! Senyum comel comel bila dah sampai atas. 

Yes, cabarannya memang ada bila kita bukan seorang yang benar-benar kerap bersenam. Heart beat sangat laju. Pernafasan kadang-kadang jadi kelamkabut. Nak inhale ke exhale?! Haha
Tapi bila kita dapat bernafas dengan relax, insya allah yang berdegup laju tu akan kembali normal. Lagipon, mendaki boleh berhenti-henti.. bukannya kena berlari pun :)


What a nice view..Subhanallah Maha Suci Allah.

Kalau tak silap saya, ada 3 puncak. 
Dah sampai puncak pertama, semakin bersemangat nak ke puncak kedua. Dan sampai puncak ke dua, berkira-kira nak naik ke sana atau tak. Tapi kalau tak naik lagi, rugi pulak. So kami teruskan sampai ke puncak ketiga. 

Perjalanan turun lain pula cabarannya. Nampak lebih mudah sebab tak perlu gunakan terlalu banyak tenaga mendaki, tetapi memerlukan kekuatan kaki dan lutut untuk menahan diri daripada jatuh ke tanah. 


I made it! Yeay! Boleh bagi 2 thumbs up untuk diri sendiri dah.
And insya allah akan repeat lagi aktiviti ni bersama geng Shaklee saya pulak.

Awesome!

Iqra' : Hobi Di Kala Senggang Seorang WAHM

ALHAMDULILLAH.

SYUKUR YA ALLAH.

It has been 8bulan saya bergelar Work At Home Mama. Memang banyaknya perkara yang saya tak dapat buat dulu, terlunas kini. Banyak, memang banyak. :)

Antaranya ini. Inilah hobi yang saya suka lakukan dizaman muda remaja dulu. Tapi dulu, genrenya berbeza. Remaja yang suka dan tenggelam dalam perasaan indah membaca novel dan majalah sahaja.

Sekarang dah makin matang dan comel (opppsss!) saya dapat lakukannya semula. Tetapi lebih banyak membaca buku-buku sebegini. Motivasi, ilmu kesihatan, dan alam mengejar tuhan. 

Masih suka membaca buku bahasa melayu. Senang dipahami, laju dihabiskan. Kalau boleh buku Robert Kiyosaki pun nak carik yang dh siap translate sahaja.

Semakin banyak koleksi di rak buku saya. Kebanyakannya saya beli demi memuaskan hati yang mahu bershopping. Saya tak reti shopping beg cantik. Saya juga tak reti shopping kasut tinggi. Gelang cantik pun saya tak beli. Makan sekeluarga juga antara terapi saya. Jadi buku-buku inilah teman saya. Dan ada juga yang saya dapat dari mentor-mentor Shaklee saya. Bergaul dengan mereka yang suka membaca turut memberikan pelbagai efek positif dalam diri saya.

Dan walaupun sibuk scroll up and down MukaBuku, saya masih punya peluang dan masa untuk menyelak-nyelak helaian buku ini satu persatu, walaupun akhirnya sering juga tertidur :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah.






Wordless Wednesday : Ikan Merah



Ada tak sesiapa yang paham kaitannya?
Hahahhaaha 

Sepetang di Denai Alam Recrational Club (DARC)

Memang pengalaman yang best.

Tak sangka papa nak bawak kami ke DARC petang semalam, sebab anak-anak request ajak ke taman je. Good idea, so takdek lah dorang sekadar main slides dan buaian saja.
Kali ni boleh tengok kuda, hidu aroma uk-uk kuda dan tak lupa, mestilah menunggang kuda.

Hilda dah tergedik-gedik excited cakap dia nak naik kuda.
"Hilda ni, memula je poyo kan papa..kang jap lagi suruh naik kuda, dia plak takut.."

Habes turn orang sebelumnya, terus kakak naik. Kuda ni jenis besar dan biasanya adult naik. Since staff DARC tu kata ok dan tak apa .. kakak pon proceed naik.
Anak mama yang sulung ni memang jenis nak cuba. Sifat dan keinginan dia mengeksplorasi memang ketara. So memang kalau bawak dia kemana-mana, dia amat mudah dan amat suka mencuba.



Abes dah seround. Muka Hannah sangat happy...

Then kuda kecik sket pulak sampai. Staff DARC hulurkan helmet, dan papa sarungkan ke kepala Hilda. Mama ingatkan dia nak lari. tak sangka...wajah excited comel terpancar diwajah Hilda ni.

And mama memang totally SALAH about this girl. Sikit pon dia tak takut. Malah terus pegang tali kuda tu kuat-kuat tanpa disuruh. Kagum ok dengan dia. Memang BERANI!





Tu dia tengah senyum puashati dapat naik kuda :)
Alhamdulillah, mama percaya hari ni adalah salah satu experience yang hebat bagi Hilda.

Abang Hadif yang ketakutan rupanya. Dia dok ulang-ulang "abang taknak naik kuda.."

Dari awal di entrance DARC ni mama dah perasan pasal membership disini.
RM180 untuk whole family for setahun. Kira ok lah.. Cuma rm15 per months. Dapat free riding untuk JoyRide macam ni. Kalau tak, RM10 per ride, kali dengan 3 orang nak naik kuda..sekali visit pon dah berapa kena charge..kan?

Ada Splashing Pool, ada trampoline.. etc etc rujuk gambar.




So mama pon sign up jugak lah. Lepas ni kalau bosan bosan dok rumah, boleh bawak family ke sini. Kalau Hannah setuju, boleh la enroll dia ke Horse Lesson nanti.

His Blade :)

Wordless Thursday.

Sempat ride seround pagi tadi. Ala-ala KL Menjerit kau. Haha!


Coway Petite : Servis Berjadual Kali Pertama

Dah dua bulan rupanya dapur merah kami dihiasi dengan One Touch Coway Petite ni.
Alhamdulillah, so far sangat berpuas hati. Dapat minum air bersih yang ditapis secara RO, dapat mendidik anak-anak berdikari kalau nak minum pergilah ambil sendiri (ahaks!), dapat mencantikkan dapur merah dengan aksesori elegan dan menawan ini.

Pendek kata, memang suka lah sebab tak perlu dah mengangkut air mineral naik ke tingkat 2 ni. Kalau dulu lagi lah jenuh, mengangkut 5liter x 2botol air ke tingkat 5. Ok over, angkut naik lif, bukan naik tangga pun :P

So last Saturday, masa kami masih di Kota Kinabalu, adik yang namanya Fared ni call nak set appointment untuk servis kali pertama si Petite ni. Kalau adik tak call, ahkak pon tak ingat yang Petite tu dah tiba masa nk diservis. So saya pun arrange dia datang semalam.

Sekejapan je servisnya, dia bersihkan salah satu filter dan check condition filter-filter yang lain. Sambil lapkan Petite tu, nak je cakap..ko tolong lap sekali dapur akak tu dik..akak tak sempat lap lagi tadi. Ahahahah..



So dalam baldi pink tu lah hasil pembersihan filter yang dimaksudkan tadi.Warnanya ala-ala teh o air, lebih kurang juga dengan kaler air bancuhan Performance Drink Shaklee atau Cinch Tea Mix.. (adoyai! nak gak selit ek!)



Inilah rupa air sebenar bila kita hanya masak air direct dari paip. Owhh tak sanggup. Sebab itu lah rela ku angkut 5liter x 2botol air mineral suatu masa dahulu dan rela ku bayar harga untuk si Petite ini daripada minum air sebegini ropanya.

Hmm done with the service. Free of charge selama 5 tahun. Pihak Coway akan call pengguna secara berjadual. Mak takyah ingat bila nak kerna service pon. Nanti adik Coway ni je yang keep calling for next appointment. Senang gitu.

Okey, habis entry tanpa upah ni :)
Kalau nk guna dan letak penapis air Coway ni kat rumah, sila lah roger Puan Sarah Pakar Coway..bagitau la mokcik Lydzar Rusman tu yang rekemen. Dia suka sangat dengan Petite dia sampai ai pun jatuh hati. Haaa kata gitu tau kt dia :)





PhotoRaya & Kota Kinabalu Preview

Acara yang memenuhi weekend September kami. Dan nasib baik sangat sebab photoshoot jalan dulu, baru trip ke KK. Sebab now my face got sun burn! Haha

Hilda tak bagi kerjasama yang baik waktu photoshoot sebab dia baru baik dari demam, dan Hilda juga tidak dapat bekerjasama ke trip KK sebab dia tak boleh dibawa bersama. HukHUk kesian anak mama.

Short and simple one. Nanti update lagi panjang lepas dapat sticky album :)



Trip ke KK boleh baca more di blog Semua.Sihat.Selalu. di entry Shaklee 6 Star Trip to KK.


Photoraya 2013 : Agenda hampir wajib setiap tahun

Aktiviti last Sunday. Asal MyKhalish up kan iklan photoraya, mesti gelabah mama pegi cop date dan tempat. Aritu agak terlewat tahu sebenarnya, nasib baik juga ada lagi tempat kosong. So dapat la sesi pertama, jam 8.30 pagi.

Orang lain semua pakai baju raya aritu, tp mama sanggup pegi beli baju lain. Kahkahkah.
Poyo sangat kan. Actually baju kurung raya mama agak oversize. Dan memang sebenarnya sekarang sgt tak suka pakai baju kurung. So hari Jumaat tu, meronda-ronda ke Giant KD demi nak carik baju biru utk photoshoot ni.

Actually baju ni pon besar sket juga. Tapi kalau amek lower size takut kainnya plak tak muat. So amek jer lah.

Sneak preview sket.


Tidak mendapat kerjasama yang baik dari mek Hilda. So maybe dalam album tu kurang sket gambar dia. Takpe lah, yang penting setiap tahun ada kenangan mcmni. 
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®