Myvi berselimut daun

Selasa lepas..iring suami pergi kerja dari jendela. Tetiba nampak situasi ni. Eh macam kenal je kereta MyVi hitam tu... owh no! Its my baby.

Dah kena selimut dengan daun daaaaa...
Rupanya pokok sebelah tu patah ditiup angin. First impression adalah sangat blur.
"Kenapa dengan kereta tu ye? Kenapa macam ku kenal je plat number kereta ni?"

Suami patah balik ke rumah dan terus bgtau dia pasal kereta MyVi kena hempap. 




Nasib baik ada beberapa orang jiran satu blok datang membantu. Suami suruh saya naik semula kerumah sebab anak-anak masih tidur.  So dengan kerjasama doranglah suami alihkan kereta ke parking space yang lain.


Nasib baik tak ada major injury..sebab body kereta cuma terkenadaun-daun dan ranting pokok saja. Kalau terkena dahan yg besar, mau jugak kemek. Alhamdulillah, rezeki saya.
Kereta ok sahaja. Lepas suami hantar utk digilap, selesailah masalah. Tak nampak pon kereta ni bercalar balar..

Syukur.

Menara Taming Sari & Seafood Umbai

Cerita Sabtu.

Sepupu En Sudin kahwin dekat Tanjung Kling. Pagi sambil-sambil bersiap, bagi cadangan kt dia. Abes kenduri nak ajak pegi jalan-jalan sekejap. Yang sebenarnya sebab rasa bosan. Dah lama tak pergi bercuti. Asik-asik pergi Giant Kota Damansara. Muak. Haha.

So lepak dekat kenduri sampai kol 3pm, lepas tu gerak ke Bandar Melaka. Tujuan utama nak naik Menara Taming Sari ni lah. Boleh tahan ramai orang. Cuti sekolah dah mula.

Tiket, dewasa rm10, kanak-kanak rm5. OKlah tu kan.

Menunggu adalah setengah jam. Excited juga mama nih ha. Haha! Pakai jubah je tak tukar baju pun.

Budak baju putih tu paling tak sabar

Tengok lah aksi tak menyabo dia

Papa & Mama & Hadif

Buktinya :)

Duduk elok-elok, tengah naik atas

Yours truly

2 gegirl yang berani.

Hadif yang takut. Dia duduk je tak bergerak dari kerusi tu

Habis sesi naik Menara, singgah sat beli gambar kenangan. RM30 utk sekeping gambar. Haih layannn..since bukan selalu dapat pergi, dapat bergambar, dan bergambar lengkap berlima..maka beli aje lah. 

Lepas tu bagi cadangan Jalan jalan cari makan pulak kt dorang ni. So kami menuju ke Umbai. 

Mengidam ketam sejak 2 bulan lepas lagi. Last week dah beli 3 ekor dekat pasar malam, tapi masih tak berpuas hati. So dekat Umbai ni, tangkap lagi 2 ekor ketam. Besar punya.

Tangkapan lain, sotong, kerang dan ikan pari. Haih puas makan. Cuma ketam ni terlalu pedas buatkan ai hilang feel nak mengunyah kulit ketam. Battery low, so sempat tangkap gambar ketam sahaja. 

So lepas ni, 2-3bulan tak makan ketam pon dah ok kot :)


Berakhirlah sesi jalan jalan sekejapan di Melaka. Insya allah lepas ni boleh plan a proper trip sambil bawak anak-anak berjalan lebih banyak tempat lain.

18 May : Happy 4th birthday Hadif

Nasi suku, tak kenyang dan tak puas penangan kesan diserang demam minggu lepas. Makan nasi suku pinggan je. Memang tak kenyang dan memang tak puas. Tapi nak buat macam mana, selera dibawa angin lalu. Dah seminggu lebih macam ni. Nasiblah memang makan Vitalea, at least dapat gak la nutrisi yang kurang sebab tak makan ni.

Dan sejak-sejak kebah demam ni, saya perasan tiba-tiba macam timbul bintik-bintik halus tp bukan ruam pada kedua-dua tangan saya. Kadang-kadang terasa gatal yang tak serius.
Apa benda lah ek.

Btw, nak masukkan gambar small celebration Hadif pada 18hb May lepas. Dia beriya tanya, bila nak ajak ayam Chiki datang masa birthday dia. But mama stick to the rules, umur 5 tahun je buat party. So wait for next year ye sayang.







Serangan keatas Hilda.

Salam Isnin semua.

Ni gambar belakang badan cik Hilda.

 

Serangan sakit kulit yg mama pun tak arif apa sebabnya. Since Rabu lepas perasan macam ada ruam-ruam kecil kt belakang badan dia. Ingatkan ruam biasa. Masuk hari Khamis dan Jumaat, baru perasan ruam ni makin merebak, dan biji-biji kecil berair pulak timbul.

Petang Jumaat tu, pergi lah ke kedai baby dan farmasi nak carik apa yang sesuai utk disapu pada ruam ni. Owner kedai baby suugest gunakan krim utk ekzema. Okla, since mama dah kehabisan stok Herbal Blend, beli jugalah krim jenama Buds tu. 


Pos gambar ni dekat FB, ada kawan mama kata, maybe ini Kayap Ular. What!
Terus menggeletar rasanya bila kawan cakap macamtu. Bergegas bawak Hilda ke klinik. Doktor pun suspect kayap. So dia cuma bagi ubat demam dan calamine lotion.

Hmm ni yang maleh pegi klinik ni. Setakat ubat demam dengan calamine lotion aje dia bagi. Hasil bacaan dan suggestion kawan lain, mama beli pulak Virgin Coconut Oil.
So calamine lotion tu memang mama letak tepi dan bagi Hilda makan sket VCO dan sapukan kt kulit dia. So far tak nampak any progress bila sapu VCO. Nampak kulit dia lebih lekit dan berminyak adalah. Dan satu malam tu dia memang tak boleh tidur.
Sakit sakit kata dia.

Esok paginya PM dengan member Shaklee. Dia pulak suggest letak sket Basic H. Sebab Basic H boleh keringkan luka luka berair macam ni. So mama stop sapu VCO, dan mula sapu Basic H pula. Oklah, memang nampak kering sket compare sebelum ni. Tapi VCO tetap mama bagi makan, selain suplemen harian Hilda.; Omega Guard, Vitamin C dan Mealshake. Bagi juga dia minum bancuhan Nutriferon untuk elakkan dia dari demam.

Semalam pulak, pegi klinik pakar kanak-kanak kt Kota Damansara. Doktor pun kata, tak pasti apa puncanya. Cuma Doktor start bagi antibiotik dan ubat sapuan ini. Dan katanya tengok keadaan dalam masa seminggu ni macam mana. Kalau tak berkurang dia suruh datang lagi. Hmmm actually mama tak favor krim-krim yang ada unsur steroid nih. Ni pun baru je sapu sekali kt badan Hilda. Tengah tunggu jugak kawan mama post kan Herbal Blend.



Yang penting, Hilda tetap aktif bermain dan celoteh bercakap. Dan dia juga tak dapat nak menggaru sebab tangan tak sampai..cuma kat rumah dia memang taknak pakai baju lah..

Get well soon anak mama.
La ni tengah tidur lagi walaupun dah almost 11.30pagi. Huhuh


Stok susu.

Sambung lagi pasal entry Fresh Milk semalam.

Ni lah dia kaedah restock susu setiap kali hari gaji mama. Sekarang hari gaji mama 15hb bukan 25hb lagi dah. 4 pek Dutch Lady Coklat 456 untuk Hannah dan Hadif, 6botol Fresh Milk untuk Hilda dan penumpang minumnya, 1 pek Choclate drink. 


Tapi Fresh Milk tu memang restock setiap minggu.. Mana taknya ada 2 orang menumpang minum. Mama bancuh Fresh Milk + ESP, Papa bancuh Fresh Milk +Cinch Shake.

Cerita pasal kos, biasanya beli susu ni dekat 99Speedmart. Antara kedai yang jual growing milk yang murah. Untuk DL456 biasanya harga RM22.90, kadang-kadang RM21.90. Kalau pegi Giant, harga up lagi RM1..jadi RM23.90..

Utk Fresh Milk, RM5.30 - RM5.50..cemana entah harga boleh berubah-ubah setiap kali pergi. Tapi dia berubah ke tak ubah ke, tetap juga beli susu ni. Sebab dah terbiasa agaknya. Memang loyal.

Sekarang tak de lagi nak tayang stok EBM. Kita tayang stok fresh milk k. Haha


Fresh Milk alternatif Susu Formula

Malam tadi, Ana my regular Shaklee customer whatsap bertanya pasal ni.
Ana fully breastfeed anaknya yang berusia 1tahun 5 bulan. Dalam keadaan tak terancang dan tiba-tiba Ana diarahkan untuk outstation ke Kuching. So Ana tanya pada saya tentang susu apa yang sesuai untuk diberi pada anak sepeninggalannya selama 3 hari nanti.
Stok EBM hanya ada 6 botol, tentulah tak cukup nak tampung keperluan anaknya.

So saya pon share lah experience saya. Saya memang bagi Hilda Fresh Milk, sejak saya dah tak mengepam ni. Inilah Fresh Milk brand kesukaan saya. Saya tak tahu kenapa saya pilih brand ni instead of brand lain. Hehe.

Oklah, rasa dia sedap.

Sejak pertama kali saya bagi Hilda susu ni, masa tu umur dia 1 tahun 10bulan. Dia boleh terima dan enjoy susu ni tanpa sebarang masalah. Sejak susu perahan dah tak berapa masyuk, saya top up Hilda dengan 1-2botol Fresh Milk ke taska sejak itu. Selainnya masih susu perahan.

Cara bekalkan ke taska. Cara yang sama saya bekalkan EBM. Masukkan 3-4oz dalam storage bottle dan masukkan ke dalam cooler bag. Di taska, cikgu akan pindahkan susu masuk kedalam chiller pulak. Dan bila perlu, cikgu akan panaskan.

Sehingga sekarang, umur Hilda 2 tahun 2bulan masih minum susu Fresh Milk ni tanpa sebarang susu formula. Dan masih lagi ketagih nenen dia. Hhhhhhhaha ntah bila nk wean off, biar masa menentukan.

Tapi sekarang dh advance, bila dia nak susu (lepas tak puas dengan nenen mama), dia pegi ke peti sejuk, keluarkan sendiri botol Fresh Milk ni dan suruh mama tuang masukkan dalam botol susu. Sejuk pon tak apa. Sesekali dia suruh tambah milo, biar jadi warna coklat macam susu abang dengan kakak. 

Mama, susu satu!

Sekitar PRU13 : 5 May 2013







Layan gambar aje lah..

Kenangan first time pegi mengundi bersama anak no 3. Hehe.

Sweet Memory with Shaklee : Pin dan Shawl

Seronok dapat hadiah walaupun bukan dihari birthday..kan?

Meh tayang sket hadiah yang saya terima.

Pin ni ada dua set. Hadiah naik rank Senior Coordinator last December, tapi baru-baru ni je saya claim. Utk rank sebelum ni ( ada few rank dalam Shaklee), tak claim lagi sebab tatau katmana lah suratnya. Kata customer service Shaklee, pin ni ditempah di Poh Kong. :) Yang ini cuma saduran emas lah. Untuk next rank, Key Coordinator barulah dapat pure emas. Huhu tu yang tak sabar nak bergerak lebih cemerlang. Sebab nak dapatkan 2 ketul pin pure emas. Best tuh.

Pin Senior Coordinator

Yang ni pulak 2 helai shawl yang memang gojes designnya. Hadiah dari mentor saya kak Cery Mamafaiz. Dia memang suka sangat bagi 'anak-cucu' Shaklee dia, hadiah yang sweet macam ni :)

Thanks a lot kak Cery. Dedua shawl dah selamat digayakan.

Menggayakan salah satu shawl masa nk closing April. :)
Comey tak Kak Ton. Hahaha!
Ada kembang sketlah pipi kak lydzar ni sejak dua menjak ni..bahagialah gamaknya tu. hahha.

Bulan 6 nanti, insya allah ada lagi tayangan hadiah yang bakal saya dapat dari Shaklee.
Tak sabar nak berconvention dekat Sunway Pyramid. Dah siap-siap book tidur hotel reward suami dan anak-anak yang menjadi nadi dan tulang belakang mama dalam semua aktiviti Shaklee.

Award yang bakal diterima sepanjang tahun kedua berShaklee.
 Alhamdulillah.

Sekian kisah pelepas rindu nak update blog :)



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®