Fresh Milk alternatif Susu Formula

Malam tadi, Ana my regular Shaklee customer whatsap bertanya pasal ni.
Ana fully breastfeed anaknya yang berusia 1tahun 5 bulan. Dalam keadaan tak terancang dan tiba-tiba Ana diarahkan untuk outstation ke Kuching. So Ana tanya pada saya tentang susu apa yang sesuai untuk diberi pada anak sepeninggalannya selama 3 hari nanti.
Stok EBM hanya ada 6 botol, tentulah tak cukup nak tampung keperluan anaknya.

So saya pon share lah experience saya. Saya memang bagi Hilda Fresh Milk, sejak saya dah tak mengepam ni. Inilah Fresh Milk brand kesukaan saya. Saya tak tahu kenapa saya pilih brand ni instead of brand lain. Hehe.

Oklah, rasa dia sedap.

Sejak pertama kali saya bagi Hilda susu ni, masa tu umur dia 1 tahun 10bulan. Dia boleh terima dan enjoy susu ni tanpa sebarang masalah. Sejak susu perahan dah tak berapa masyuk, saya top up Hilda dengan 1-2botol Fresh Milk ke taska sejak itu. Selainnya masih susu perahan.

Cara bekalkan ke taska. Cara yang sama saya bekalkan EBM. Masukkan 3-4oz dalam storage bottle dan masukkan ke dalam cooler bag. Di taska, cikgu akan pindahkan susu masuk kedalam chiller pulak. Dan bila perlu, cikgu akan panaskan.

Sehingga sekarang, umur Hilda 2 tahun 2bulan masih minum susu Fresh Milk ni tanpa sebarang susu formula. Dan masih lagi ketagih nenen dia. Hhhhhhhaha ntah bila nk wean off, biar masa menentukan.

Tapi sekarang dh advance, bila dia nak susu (lepas tak puas dengan nenen mama), dia pegi ke peti sejuk, keluarkan sendiri botol Fresh Milk ni dan suruh mama tuang masukkan dalam botol susu. Sejuk pon tak apa. Sesekali dia suruh tambah milo, biar jadi warna coklat macam susu abang dengan kakak. 

Mama, susu satu!

11 words from u:

ayu said...

sama gak dgn ayu dulu time danial...masa susu dah makin berkurang, mmg top up dgn fresh milk n brand yg sama gakkk..hehe

amirah said...

amie pun top up gak aritu dgn susu ni tapi arissa mcm takleh terima la lydzar. terpaksa sebab ebm stok memang dah takde, kena lak pergi JB. nextnya kena ke kl pulak mak kata ok sket, bleh je dia minum tp lactose intolerence plak dah. dia asik cirit birit. so, skrng ni tktau la camne nanti bila dah wean off

MAMASUE said...

ooo...ye ke?fresh milk tu mamasue beli utk diri sendiri je...hahaha...medina still on formula.

*azni* said...

anak azni pun suka minum fresh milk camni dr formula milk..tp terpaksa gak bagi fm sbb fresh milk ni ehemm agak mahal..dan kalau beli bukan adik je minum,si abang pun join sekali..

mekchu said...

ooo macam tu ye.. tp kan lain bebenor rasa fresh milk ngan susu kita.. takut bila baby dah rasa fresh milk dia dah tamo susu kita..

Lydzar DN said...

@ayu pernah gak try HL, tp HL macam ada rasa vanilla sket kot, kan ayu

Lydzar DN said...

@amirah owhh lactose intolerance ke? kesiannya dia. option lain is soy milk or goat milk lah kot..kena tengok juga sesuai ke tak nnt

Lydzar DN said...

@MAMASUE hehehe stok susu hijau ni, setiap minggu beli 6botol. hilda share dgn mama n papa..

Lydzar DN said...

@*azni* haah, mahal sket la. sebulan fresh milk utk hilda sama dgn kos sebulan susu abang kakak dia berdua. tp stok fresh milk ni mama pon minum gak guna utk bancuh ESP atau Cinch Shake, so pejam mata ajelah :)

Lydzar DN said...

@mekchu of course lain mekchu. susu ibu the most sedap susu in thw world. dia kan berubah rasa ikut apa yg mama makan..and ada rasa manis2 ..fresh milk ni tawar aje..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Saya tak terfikir pulak pasal fresh milk ni masa susu kurang meriah dulu... huhu... Thanks for the idea...

*sama la, anak saya dah 2 thn 3 bln. ntah bila nak wean off... kadang2 kesian, tu yg tak fikir lagi nak wean off... :(

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®