Salam Isnin semua.
Ni gambar belakang badan cik Hilda.
Serangan sakit kulit yg mama pun tak arif apa sebabnya. Since Rabu lepas perasan macam ada ruam-ruam kecil kt belakang badan dia. Ingatkan ruam biasa. Masuk hari Khamis dan Jumaat, baru perasan ruam ni makin merebak, dan biji-biji kecil berair pulak timbul.
Petang Jumaat tu, pergi lah ke kedai baby dan farmasi nak carik apa yang sesuai utk disapu pada ruam ni. Owner kedai baby suugest gunakan krim utk ekzema. Okla, since mama dah kehabisan stok Herbal Blend, beli jugalah krim jenama Buds tu.
Pos gambar ni dekat FB, ada kawan mama kata, maybe ini Kayap Ular. What!
Terus menggeletar rasanya bila kawan cakap macamtu. Bergegas bawak Hilda ke klinik. Doktor pun suspect kayap. So dia cuma bagi ubat demam dan calamine lotion.
Hmm ni yang maleh pegi klinik ni. Setakat ubat demam dengan calamine lotion aje dia bagi. Hasil bacaan dan suggestion kawan lain, mama beli pulak Virgin Coconut Oil.
So calamine lotion tu memang mama letak tepi dan bagi Hilda makan sket VCO dan sapukan kt kulit dia. So far tak nampak any progress bila sapu VCO. Nampak kulit dia lebih lekit dan berminyak adalah. Dan satu malam tu dia memang tak boleh tidur.
Sakit sakit kata dia.
Esok paginya PM dengan member Shaklee. Dia pulak suggest letak sket Basic H. Sebab Basic H boleh keringkan luka luka berair macam ni. So mama stop sapu VCO, dan mula sapu Basic H pula. Oklah, memang nampak kering sket compare sebelum ni. Tapi VCO tetap mama bagi makan, selain suplemen harian Hilda.; Omega Guard, Vitamin C dan Mealshake. Bagi juga dia minum bancuhan Nutriferon untuk elakkan dia dari demam.
Semalam pulak, pegi klinik pakar kanak-kanak kt Kota Damansara. Doktor pun kata, tak pasti apa puncanya. Cuma Doktor start bagi antibiotik dan ubat sapuan ini. Dan katanya tengok keadaan dalam masa seminggu ni macam mana. Kalau tak berkurang dia suruh datang lagi. Hmmm actually mama tak favor krim-krim yang ada unsur steroid nih. Ni pun baru je sapu sekali kt badan Hilda. Tengah tunggu jugak kawan mama post kan Herbal Blend.
Yang penting, Hilda tetap aktif bermain dan celoteh bercakap. Dan dia juga tak dapat nak menggaru sebab tangan tak sampai..cuma kat rumah dia memang taknak pakai baju lah..
Get well soon anak mama.
La ni tengah tidur lagi walaupun dah almost 11.30pagi. Huhuh
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
9 words from u:
sekarang hilda macam mana? dah ok ke...
moga cepat sembuh
siannya..,at least dia active,legalah
mamasue klu cenggini,mmg terus bwk gi hospital...but anyway,klu dah jumpa ped pun ok sgt...
hm...mcmmana blh terkena ni eh?
@ayu yg gelembung berair tu dah nampak ada yg pecah dan mula kering.. alhamdulillah
@MAMASUE haah mmg aktif dan tak de demam..kuat bergaduh sama je mcm sebelum kena benda ni haha. ermm tak pasti cemana. doc kata mayb sebab cuaca panas..haah tengok next week cemana..hope takyah ada re-visit lah kot.
apa sebenarnya agak nya tu ye..kesian hilda..harap okey cepat
kengkadang.. ubat biasa mmg xberkesan... mcm kak ila pakai Elomet Krim/lotion je//ada steriod tp xbyk.. ifran rajin kena mcm ni..mcm exzema.. letak elomet 1- 2hari dah sembuh... cuma elomet harga dia mmg mahal utk sebijik botol yg comel lotte..rm30-40 jugak la... cubalah.....
anak akak kena kayap... tapi tak tauler kot mbenda lain pulak... buat masani okler... tapi kalau kayap memang sakit...
oh kesian nya..klu ikut petua org lama kalu kena kayap ni dilarang makan benda bergoreng..dalam rumah pun takleh menumis dan menggoreng..sebb masa menumis tu akan terasa sakit kat tempat kayap tuh...wallahhualam
kesiannye hilda, hope cepat sembuh..
kita yg dewasa ni pun x thn kalau kena gatal2 ni, apatah lg bdk2 kan..
Post a Comment