Menara Taming Sari & Seafood Umbai

Cerita Sabtu.

Sepupu En Sudin kahwin dekat Tanjung Kling. Pagi sambil-sambil bersiap, bagi cadangan kt dia. Abes kenduri nak ajak pegi jalan-jalan sekejap. Yang sebenarnya sebab rasa bosan. Dah lama tak pergi bercuti. Asik-asik pergi Giant Kota Damansara. Muak. Haha.

So lepak dekat kenduri sampai kol 3pm, lepas tu gerak ke Bandar Melaka. Tujuan utama nak naik Menara Taming Sari ni lah. Boleh tahan ramai orang. Cuti sekolah dah mula.

Tiket, dewasa rm10, kanak-kanak rm5. OKlah tu kan.

Menunggu adalah setengah jam. Excited juga mama nih ha. Haha! Pakai jubah je tak tukar baju pun.

Budak baju putih tu paling tak sabar

Tengok lah aksi tak menyabo dia

Papa & Mama & Hadif

Buktinya :)

Duduk elok-elok, tengah naik atas

Yours truly

2 gegirl yang berani.

Hadif yang takut. Dia duduk je tak bergerak dari kerusi tu

Habis sesi naik Menara, singgah sat beli gambar kenangan. RM30 utk sekeping gambar. Haih layannn..since bukan selalu dapat pergi, dapat bergambar, dan bergambar lengkap berlima..maka beli aje lah. 

Lepas tu bagi cadangan Jalan jalan cari makan pulak kt dorang ni. So kami menuju ke Umbai. 

Mengidam ketam sejak 2 bulan lepas lagi. Last week dah beli 3 ekor dekat pasar malam, tapi masih tak berpuas hati. So dekat Umbai ni, tangkap lagi 2 ekor ketam. Besar punya.

Tangkapan lain, sotong, kerang dan ikan pari. Haih puas makan. Cuma ketam ni terlalu pedas buatkan ai hilang feel nak mengunyah kulit ketam. Battery low, so sempat tangkap gambar ketam sahaja. 

So lepas ni, 2-3bulan tak makan ketam pon dah ok kot :)


Berakhirlah sesi jalan jalan sekejapan di Melaka. Insya allah lepas ni boleh plan a proper trip sambil bawak anak-anak berjalan lebih banyak tempat lain.

1 words from u:

ayu said...

Mengidam ye lydzar...hehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®