4 hari cuti

Assalamualaikum!!

Selamat kembali bekerja bagi semua warga kerja yg baru abes cuti 4hari. Negeri-negeri yg tak tak terlibat cuti, maybe semalam dh masuk kerja kan :) Well memang best jadi warga Selangor, sebab ada byk public holiday hihi. Teringat dulu masa kerja kt Putrajaya, sungguh jeles dengan cuti-cuti orang Selangor.

4hari bercuti, kami tak kemana-mana sangat. Memang tak plan for any trip atau balik kampung. Simpan duit utk trip awal bulan 3 nnt :)

So apa kami buat???

Sabtu : ke opis Shaklee di Empire Subang untuk beli stok vitamin. Then singgah ke Popular membeli buku mama dan art materials utk HMs.

My current reading. Alhamdulillah dedua buku dh abes separuh dibaca dalam masa cuti aritu. 



HMs Art projects. Belikan diorang kertas lukisan, watercolour dan brushes. Lukis lah apa yang dorang suka. Dan mama potong kentang jadikannya art-stamps. Main cop-cop kata Hadif. Memang HM enjoy the activity. Adik Hilda pon tak ketinggalan. Sudahnya kaki, tangan dan badan penuh colour. Kena stopkan dia bila dia mula masukkan tangan ke dalam mulut. Haih!! Lepas berkaler bagai, terus masuk toilet, main air plak.



Ahad : Lepak kt rumah je, papa betulkan pipe toilet dan Hadif tolong mama buat kerja rumah. Tengok lah tu, ngn stokin dan kasut futsal papa, dengan baju bola dan penyapunya. Anak bujang mama ni memang rajin orangnya. Time mama nk simpan baju yang Papa dh lipat masuk almari pon, dia ringan tulang nk tolong angkatkan :) Untung sapa jadi isteri dia bila besar nnt Hihi!

Dh petang baru keluar pegi survey set katil utk Hannah dan Hadif. And spent few hours waiting dekat DEMC, bawak Hilda yang semakin teruk batuk dan selsemanya.


Sempat juga susun stok-stok vitamin di sudut SOHO mama. Seronok tengok diri sendiri yang agak konsisten dengan part-time job ni. Alhamdulillah berbaloi-baloi terjebak dengannya. Berminat dengan mana-mana vitamin? Hubungi saya ye!

 

Isnin : Ke Emerald West, kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru dan pegi umrah kawan Papa. Seronok tengok rumah baru orang. Tak sabar menanti rumah baru kami pulak siap 2014 nnt.  Then ke Kajang rumah nenek.

Selasa : Misi menghantar order ke Kota Damansara dan terus ke Giant carikkan kasut lampu-lampu untuk Hadif dan Hannah. Seronok Hadif dapat hadiah dari papa :)
Dah malam pon dorang berdua ni boleh sarung stokin dan kasut, main bola berdua. Hihi itu bukan kasut bola la sayang oi! Itu kasut jalan-jalan!!

Rabu : Alamak!! Dah kerja laaaaaaa


8 words from u:

ayukhairy said...

bab2 guna water color tu tak pernah guna lagi..hehe..risau je rumah bertukar warna..alasan betul kan..tapi , sebenarnya, menarik gak idea mcm tu..tak la asyik mewarna je kan..

psstttttt..banyaknya stok..all the best ye

Unknown said...

@ayu ayu, sesi art ni kita buat tak lama pon. less than 30mins kot. bila dh mula nmpk colour terkeluar dari suratkhabar, saya suruh dorang pegi mandi hihihihi... so tak la byk sgt nk kena mop kang :)

amirah said...

yang bestnya bila aktiviti ramai2 camni..kalo ahmad sorang2 dia mcm cepat boring je..huhu..wahh..penuhnya aktiviti lydzar and family cuti2 ni..

wahida said...

bila dgr ada trip ni terus je sibuk nak tanya nak gi mana weh bulan 3 nnt? cer citer...

Iela Fazielah said...

walau xblk kampung..tp still aktiviti padatkan...samalah....

Atia Adina said...

cuti 4 hari rasa macam sekejap jer kan?

mummyrinazone beauty said...

kita cuti jaga anak sakit=(selamat bercuti kay..

MyKhalish Journey said...

hihih... cekci geng HM's berart sm2. yg kecik pun sm sebok yer. hihi...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®