Aduh la..perlu kah ku mengeluh

mengeluh..
kadang-kadang mmg tak dapat lari drpd buat perkara yg satu tu..
sama ada sebab rasa tertekan, fedup atau boring, ku pasti manusia mudah mengeluh..mungkin cuma sebagai salah satu cara melegakan perasaan ketika itu.
ku pon tak terlepas..

ku tau ku yang pilih jalan ini..tp ku pilih kerana ku mau kan yg terbaik.
dan ku tau dalam mencari yang terbaik sudah pasti ada cubaan dan rintangan. sambil menghadapi cubaan dan rintangan dengan hati yg sabar dan kadang-kadang mmg hilang sabar tu, ku tetap selalu mengeluh juga..

ku dapat rasa dlm keterujaan ku bertandem nursing, ku juga rasa ku dah mula tension dengannya..mungkin sebab ku letak priority utk hadif, dan cuba limitkan utk hannah.
dan bila hannah asik mintak breastfeed, ku rasa tensen sbb permintaan dari nya lebih tinggi daripada hadif. selalu juga ketika hadif tgh menyusu, dia menangis hentak-hentak kaki nakkan juga. bila ku pujuk-pujuk supaya ambil turn, semakin kuat nangis nya..selalu la hilang sabar bila kejadian mcm ni berlaku.
dan sgt selalu dia refuse meals..taknak makan nasi, taknak makan roti..smuanya taknak. bila dah lapar, setiap 20-30minit mintak nk menyusu..sepatutnya diusia hannah sekarang,dia kenyang dgn makanan yg berkhasiat..buat bergantung pada susu badan semata-mata. habis akal ku memujuk dia makan. lagi abis kesabaran ku bila dia taburkan jer makanan yg ku cuba suapkan. memang sangat menguji..

sekarang ku masih SAHM, mungkin ku boleh layankan jer semua (tak semua sebenarnya) kerenah dia..ku tak dapat bayangkan kalau ku dah bekerja..mungkin waktu malamku habis utk dua beradik ni lepaskan gian menyusu agaknya - perkara biasa yg berlaku pada working breastfeed mommies..

macam mana yer ku nak buangkan perasaan irritated and annoyed by my dotter's pe'el nih..ku tak suka dgn keluhan ini..




aku : ya allah, kuatkanlah semangatku, kesabaranku dalam menjadi seorang ibu dan membesarkan anak-anakku..amin




0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®