Training CISCO our beloved PAPA

seperti tajuk diatas, pujaan hati kami sedang menjalani satu training di Shah Alam. Uniknya training kali ini adalah Abg tidak berulang-alik Kajang-Shah Alam seperti selalu. Sebaliknya tinggal di sebuah hotel di Shah Alam dan meninggalkan kami di Kajang. Untuk 3 minggu lamanya kami akan ber PJJ (PJJ lagi !!). Abg hanya akan pulang ke pangkuan keluarganya di hujung minggu.

Dengan alasan, Abg tak larat nak ulang-alik sebab tiap-tiap malam Abg perlu study demi lulus exam di akhir training nnt. Yer, aku maklum keadaan itu. Dulu semasa aku sedang pregnantkan putera hensem kami, aku dah tengok Abg melalui masa-masa yg meletihkan. meredah jam..badan lesu tp masih perlu membuka laptop utk mengulangkaji. sampai waktu exam, Abg terpaksa cancel sebab aku dah begitu sarat dan risau kalau aku terbersalin semasa dia tiada. Abg kenselkan pergi amek exam demi kemaslahatan kami semua. dan hadif dilahirkan pada tarikh exam Cisco dijadualkan. Aku amat hargai pengorbananmu itu.

Maka kali ini, dengan redha kami iringi doa supaya Abg tenang belajar dan mengulangkaji. Good Luck my dear.

Bermula lagi epilog rindu kami (dan yg paling beria rindu, AKU ler)
Berjauhan walaupun dekat. SObs Sobs..




0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®