Train and place program & birthday SUAMIKU

ever heard of this program?
secara asasnya, program ini adalah anjuran pihak kerajaan utk membantu para graduan yg masih tidak mendapat kerja, dan juga para pekerja yg telah di retrenchkan oleh kompeninya kerana kegawatan ekonomi baru-baru ini.

last friday, seperti biasa. online. dan aku akan bukak segala website yg berkaitan dgn kerja kosong. name it, jobstreet, jobsdb, jenjobs, jobsmalaysia segala lah..dgn secara santai nya aku apply ape-ape je post yg aku rasa sesuai. dan aku telah apply satu training SAP dibawah program train and place ni. tak sangka, sgt cepat respon dari pihak terlibat. dia call dan bertanya samada aku berminat utk enroll coming training. aku masih berbelah bagi, sebab training will be in Kelana Jaya. terus call abg. dia kata, pegi jer la training tu. lain-lain hal, nnt diskas lain, so he asked me to say yes to the girl who called me before.

so insya allah, this coming monday i will be attending the briefing. and the next monday pulak, the training will start for one month. huh so soon!!

baru kejap td aku keluarkan semula baju-baju kerja, pants, skirt dan baju kurung yg telah lama terperuk di dalam box.

aku juga kena mula biasakan anak-anak bottlefeed. agak drastik aku kira. tp harapnya mereka boleh terima perubahan ini. ikut perancangan, aku akan letakkan anak-anak di taska. kesian dekat nenek mereka kalo nk dimintak tolong jaga budak berdua tu. bertambah pulak sakit kaki dia karang.

aku juga kena belajar keraskan hati driving utk a long journey. the longest journey i ever drive was kajang-putrajaya. haha!! jauhnye lah kan! so kajang-kelana jaya will be another long journey for me. kira nk pecah rekod la ni. dan kami akan kembali PJJ for this one month period. uwaaaaaaaaaaa!!

apeape hal regarding this, will update later. mana tau tetiba lepas dengar briefing, aku withdraw ke ape ke kan :P

and tak lupa, hari ni adalah birthday en suamiku yg sangat disayangi.
HAPPY BIRTHDAY DEAR!!

seperti 3tahun yg lepas, aku tak dapat nk bagi pape pressie kt dia. isk isk isk..pity him.
tp sesungguhnya, aku telah curahkan segala rasa kasih dan sayang utk dia selama aku kenal dia. semoga kasih sayang dan kebahagiaan yg kami kongsi bersama ni akan kekal abadi.
nnt bila aku dah ada income, aku akan bagi dia claim bday pressie for the pass few years punya hehe..

mlm nnt nk belanja dia makan KFC.. nk masak-masak sendiri, aku dh kosongkan peti ais, sbb nk away from home for a long period plak..
harap dia suka :)







Aku yang dalam kesedihan

lately memang aku dalam mood yg sangat gundah gulana.
gundah memikirkan aku yang masih belum dapat kerja. banyak dah aku apply kerja thru jobstreet. tp masih belum ada yg memihak kepada aku. bertambah gundah bila abah call malam tadi. berleter panjang pasal aku yg belum dapat kerja. dia tempelak, kata ada degree tp duduk ke ceruk dapur je, nak buat ape. aku sangat rasa terhina dan sgt sedih. dia kata kt kampung tu, semua yg ada degree semua nya ada kerja, tak macam aku. yg ada SPM je pon ada kerja. mungkin dia malu dgn orang kampung, anak dia ni ada degree tp duduk rumah, mcm orang yg takyah sekolah. kekadang aku rasa macam dia menyesal je sekolahkan aku dulu..last-last tak pulang modal pon sebab tak dapat contribute income bulanan utk dia. yer la, dia jaga aku dari baby, sekolah kan sampai umur 22tahun, tp aku cuma dpt kirimkan duit bulanan pada dia cuma utk jangkamasa 3 tahun jer. tak berbaloi agaknya bagi dia.

bertambah gundah 2x ganda bila bawak hadif ke klnik tadi, dan pertambahan berat badan dia tak memberangsangkan. last month 5.7kg, and just now 5.9kg..graf pon dh masuk ke area kuning. aku nmpk perubahan air muka abg. macam salahkan aku. macam aku ni tak bagi anak makan jer..

aku betul-betul rasa aku ni macam burden pada semua orang sekarang.
abah, aku tak dapat kirimkan duit..
abang, aku tak dapat bantu dia dalam hal ekonomi rumahtangga
dan pada anak-anak, mereka kurus kering jer.

aku rasa aku sangat tidak guna sekarang ni..i am a total loser..

::crying::



The Last Weekend of Hari Raya 2009

the last (or patut panggil final eh?) weekend of Raya 2009, kami sempat jugak lagi attend jemputan openhouse kt klang valley..kebetulan, abg ada training dkt shah alam, the next monday. actually dh tak banyak jemputan pon, cuma ada 3 rumah saje.

saturday..pegi rumah paklong abg dekat keramat. actually kami dh penah singgah umah panglong ni, tp nobody at home. tu la, tak call dulu bgtau nak datang. main terjah jer. alih-alih tadek org kt rumah. haha! padan muka. rumah paklong ni antara rumah yg wajib kami pergi eversince zaman aku-abg bercinta lg. sebab family paklong ni byk tolong adik beradik abg time dorang kecik-kecik dulu..abg dah kehilangan ayah since umurnya 6tahun lagi, jadi dengan paklong ni la dorang menumpang kasih. dan sekarang paklong dah tak berapa sihat. hanya duduk kt wheelchair. dia kena stroke few years back..

that saturday, also deepavali day. kami pegi juga ke rumah Rajah (ex-officemate abg) petang tu. ni pon boleh kata almost every year kami pegi..huhu semangat 1Malaysia kan :)

sambung jalan-jalan on sunday pulak.
nk memenuhi jemputan my ex-classmate masa study kt uitm dulu, Ernewaty (Mc Er) +Najib.
janji ngn kawan-kawan lain nk jumpa sana dlm kol 2. tetiba anne (ex-classmate abg) call kata nk singgah rumah. dia pon baru je beransur dari rumah mc er. ingat nk suruh dia tunggu je kt rumah mc er, but she insisted to come to our house, so ok jer la. dh bgtau siap-siap, ada air sirap je. sbb mmg tak prepare ape-ape since kami pon dh nk keluar.
anne+faris+ irfan hafiy tak lama pon. mmg just tanya khabar n minum air sirap jer la..later then baru la kami gerak ke putrajaya.
bertuah nye staf kerajaan yg dapat duduk kt kuarters kerajaan kt putrajaya ni. rumah memang cantik. tiba sana, mc er tengah sibuk layan tetamu. ramai jugak jemputan dia.
yg paling ku tak sangka-sangka, masa mc er tgh bagi warm welcome pada salah sorang guest dia ni, aku terasa mcm penah nmpk je rupa cik kak sorang ni. pastu aku dengar mc er panggil dia 'along' ..dan ku lihat pula pada anak-anak hensem yg dia bawak..huh betul la, aku tak silap orang ni..aku terjumpa ngn MommyLyna
aku memang follow blog dia. suka baca tulisan dia pasal parenthood n breastfeeding journey.
hati meronta-ronta nk bertegur sapa. tp aku tunggu la dia landing dan duduk dulu. bila nmpk dia free sket, baru aku datang dekat menyapa. kebetulan hannah pon tengah berdiri hampir dgn tv, yg mana hampir juga dgn tempat mommylyna duduk. huhu what a small world. M
ommyLyn ni ex-schoolmate mc er :)
teur sapa berkenalan jer. aku mmg dh kenal dia, dia je yg blom kenal aku.terasa debaran mcm nk bertegursapa ngn artis pulak aku time tu
ahaha...btw, mmg happy sebab dapat tegur and sembang sket ngn dia :)

lepas tu, g lepak balik ngn kawan-kawan aku kt luar.
kol 3plus, kami beransur pegi ke sentul pulak. abg bad ada buat bday party for his sons. aku kira merangkap openhouse juga tu, sbb siap bukak khemah kt depan flat mak dorang..dapat la jumpa khayra yg dah besar. kawan-kawan lain takdek pulak yg datang. tak free kot..

plan nya nk singgah tasik titiwangsa, tp punya la ramai orang. jamm nk masuk ke area parking. cuaca elok la katakan hari tu, so ramai la yg keluar beriadah. abg cancel plan lepak kt tasik dan terus balik ke kajang. hmm baru je ingat nk ajak lepak kt Jusco ke ape ke, tp tengok abg dah kepenatan, terpaksa la padamkan hasrat dijiwa. mana tak nya, mlm sabtu tu, dia keluar dgn kawan dia, blk entah pukul berapa. aku pon tak sure..

so habisla perjalanan dan alkesah raya utk tahun 2009. juga closing utk duit raya collection. dah boleh buat kira-kira dan pilih akaun ape utk dibuka utk anak-anak berdua ni..akaun ape yg bagus yer??






Hati oh hati

lama nya tak update blog..dah seminggu dah pon.
mood takdek ni.

balik from kajang, last wednesday nite...so kumpul mood dulu utk berblogging. 2 hari digunakan utk bermalas-malasan dgn anak-anak dan juga study sket utk the phone interview. mmg rasa stuck betul bila ada interview ni. nk buat seme pon serba tak kena, sampai la its over.

hmm hari ni nk blog pasal relationship. bukan la cerita cintan cintun loving-loving tu. tp relationship amongst the elder and the younger. dah lumrah kan, people expect the younger to respect the elders.

ada kejadian yg mana aku rasa, i didnt pay the respect to the respective people in these 2-3days. it kept haunting me.i feel guilty. bukan sebab aku tak respek mereka, tp kekadang ada keadaan tu buat aku meluat, menyampah, berbuku dihati. end up, i declare silent war. tp orang tua kan, dorang mmg tau la keadaan aku ni yg tengah perang dingin dengan dia.
aku sangat tidak boleh nk bermuka-muka. jadi bila aku mula rasa annoyed, aku akan terus melarikan diri daripada berdepan dengan dia. kalau dulu boleh juga 2-3jam je aku lari. bila aku dah rasional, aku pujuk hati dan mula lupakan kemenyampahan aku tu. but the latest one, aku lari for almost 10jam! punca memang nmpk kecik. tp hati aku mmg mendidih marah.
dan utk beberapa ketika ni, aku berazam tidak mahu berjumpa dia sampai la aku dapat melupakan kejadian hari itu.

dan juga berkaitan dgn abah aku sendiri. kejadian berlaku melalui telephone conversation. aku sgt rimas dengan isu yg tak habis-habis dia bangkitkan. kalau boleh aku malas nk dengar lagi. tp abah suka menyerabutkan fikiran dia dgn hal itu. tp takkan aku nk letak telefon masa dia tengah bercakap. bila aku bidas kata-kata dia, dia merajuk pulak dgn aku. diputuskan nya talian. hmm..aku rasa lega bila dia putuskan sbb aku tak perlu nk susah payah lg bgtau aku tak minat nk ambil tahu topik yg dia bangkitkan tu.
tp sekarang ni aku terasa mcm aku tak patut layan abah mcm tu. dan pagi td lepas subuh, ku type sms mintak maaf kt abah..harap2 diterima. but stil, kalau boleh, aku takmau abah telefon utk berborak pasal topik itu lagi. aku sungguh sungguh dan sungguh tak berminat..

boring betul bila rasa tersepit mcm ni.



terlepas..

petang ni lepas opis hour, kami akan blk kajang..
terlepas la nk tengok citer Nur Kasih..dah la tgh saspen sbb Katrina dh muncul semula.. isk isk..


Cerita Sabtu dan Ahad Kami

sabtu pagi bermula aktiviti. jam 6 pagi ku dh bangun solat subuh dan terus nk masak makanan utk dijamu pada kawan-kawan abg. oleh sebab malam sebelumnya semua kerja hiris menghiris dan potong memotong bahan dah siap ku kerjakan, jd pagi hanya kerja-kerja memasak jer la. masak spageti bolognese dan mushroom soup jer. tak leceh punya keje la.
by 7.15am, semua dah siap. sempat kemas rumah dan gosok baju utk dipakai nnt. dan kemudian baru la kejutkan anak-anak dan siapkan mereka.

makan-makan kali ni di host kan oleh abg bersama apit. mereka berdua adalah RS -resident staff kt kolej mutiara ni. abg kata tak payah buat kt rumah, kita akan buat kt bilik JPK - Jawatankuasa Perwakilan Kolej. bagus bagus. sebab takdek la bersepah umah ku nnt.

dalam ko 9am, apit datang tolong abg angkut makanan ke bilik JPK. dan kemudian baru la abg dgn jue dan fara datang amek kami utk sama-sama lepak kt bilik JPK. tetamu mula datang. abg dan apit kata, geng-geng baraan minggu lepas tak ramai yg dapat datang sebab ada hal masing-masing pulak minggu ni. yg isteri ikut agenda suami pulak, dan suami ikut agenda isteri. bagi hubbywifey yg sama-sama geng uitm ni, mmg takdek masalah nk ikut lagi minggu ni. tak ape lah. give and take la kan.
apit dan isteri prepare satay, lontong dan rendang, so utk tidak membazirkan makanan - abg dan apit juga menjemput pakguards, makciks cleaner yg berkerja pada pagi sabtu tu, jiran-jiran RS dan juga ahli-ahli JPK kolej mutiara utk sama-sama menghabiskan makanan yg dah disediakan.
lepak dan makan sampai la kol 12.30pm, then kami mula packing things up. lebihan spageti ku bekalkan pada jue dan fara yg tak dapat nk join baraan seterusnya.

*bergambar sekeluarga sebelum pegi bilik JPK*

*boyfren baru hannah-spageti hasil tangkapan dari dapurku-para tetamu yg dtg makan*

*dalam kesibukan mereka makan, abg sempat berposing sakan*

destinasi aku selepas itu ialah kenduri onge kt tanjung tokong. ape la pelik nama dia kan..i mean nama pengantin la. nama sebenar dia md suhardi, nama glemer onge. sempena apekah nama itu, aku pun tak tau. dia ni my ex classmate masa study kt uitm dulu.
since aku pon dok kt penang, kawan-kawan sekelas aku dgn sengajanya telah mewakilkan aku utk datang bagi pihak mereka dan hantarkan hadiah.memang setiap kali ada wedding, kami akan buat collection secara beramai-ramai. dapatla beli hadiah besar sket. kalo tak mmg cuma dapat pinggan mangkuk jer lah.

nk selit sket, terjumpa juga dgn my ex schoolmate kt semesta dulu. mohd zaini. dia datang degan 2 lagi sahabat yg aku tak kenal siapakah gerangan. aku terkejut sekejap. dia kata onge housemate dia dulu. tu yg dia pon datang memenuhi undangan walimah. straight from shah alam dia mai penang :)

pengantin sampai agak lambat. dalam 2.30pm gitu. lambat ke ek?? hehe sebab kalo kt tempat aku, majlis bersanding selalu start kol 12.30pm or 1pm. so bagi aku kol 2.30pm tu mmg lambat laa..as kami ada destinasi lain selepas itu, kami tak dapat la nk melepak-lepak lama kt situ. baru je nk gerak balik, nmpk barisan pemain kompang tgh susun barisan. owh pengantin dah sampai rupanya. so aku pon just snap 3keping pix saje. panas dan sambil dukung hadif. mmg tak sempat nk tegur sapa ngn pengantin..

apepon, tahniah pada pengantin baru. kami sekeluarga mendoakan agar bahagia dan ceria mengiringi hidup anda berdua sehingga ke akhir hayat. insya allah
*sekitar majlis kawen onge*

balik dari tg tokong, kami gerak pula ke alor star. rumah siti - salah sorang staf abg. jumpa dengan kawan-kawan lain kt RnR Gurun dan konvoi ke sana. sampai rumah siti hampir jam 5petang. hidangan petang itu : laksa penang, satay, lemang, kekacang dan buah tembikai. sejam lebih disana, kami bergerak pulang..dan rumah terakhir kami terjah ialah rumah shah di bukit mertajam. kt rumah shah, ada satu juadah unik.daripada soksek mereka beramai-ramai kata shah yg buat kuih ni. actually kuih tu ialah begedil tp dia sumbat dalam sarung pai-ti yg berbentuk bunga tulip..dimakan dgn sos pedas-manis. mmg sedap.

shah menyewa dekat kuarters guru. abg kata nnt kalau dh habis kontrak jadi RS dia nak kami pindah menyewa kt kuarters tu juga. luas juga la rumah tu aku tgk. kalo compare dengan rumah ku sekarang, mmg jauh beza keluasannya. aku tak kesah. yg penting ada tempat berteduh.

sudah kenyang makan kt rumah orang, abg kata nk ajak hannah beli basikal. so kami pon gerak menuju ke Giant Seberang Prai. ushar basikal.
untung kedai-kedai toys lepas musim raya ni, aku peratikan mmg ramai parents bawak anak memasing ke kedai toys. ni mesti kes nk beli toys pakai duit raya.. actualy kami pon sama je. basikal tu nnt beli pakai duit raya hannah je heheheh..

kol10.30pm baru la sampai rumah semula. setelkan budak2 ni dulu, then aku pon mandi, solat dan tido..huh penatnyaaaaa....

esok ada lagi aktiviti :)


hari ahad, main bowling ramai-ramai kt Megamall Pinang. sudah sgt lama aku tak main bowling. dan juga sgt lama aku tak tengok wayang. tp dapat buat salah satu pon dah rasa puas hati dah.
biasalah kan, aktiviti mcm ni agak payah nk buat sbb ada anak-anak kecik ni. tu pon jenuh juga nk handle hannah yg asek nk pegang bola, asek nk lari sane sini. so aku n abg terpaksa gilir-gilir dukung dia. dan hadif pon satu hal jugak, dia takmo pulak duduk dlm stroller. nasib baik ada beberapa orang yg sudi membabysit kan hadif. tq a lot to Ibtisam-wife saiful..dia yg byk dukung n pegangkan hadif. tp itu kira mcm practise make perfect gak la utk dia, she is now at 3months of her pregnancy.

kami main 3 game je. for those yg tak bawak pasangan, mereka main perseorangan.
aku memang tak terror main bowling pon. byk juga yg ke longkang. sekali je strike! haha!
main enjoy je kata abg. nk pujuk hati aku la tu. sebab 1st time aku main berpasangan ngn dia dulu -long time ago with frens kt kl, aku stressed. sbb asek ke longkang. pasangan lain plak kan main terer lagi. sampai aku majuk takmo main dah. malu punya pasal.bila ingatkan balik, lagi malu hihi..

dah abes main boling. aku mmg enjoy hari ni :)
bila kira-kira mata, group kami dapat 3rd place out of 6 team. hehe ok la tu kan. tp tak ingat pulak baper jumlah mata. nnt dapat hadiah time family day.

*pertandingan bowling berpasangan USMB*

*hannah with aunty Ib*

abes main bowling, kami blk umah. anak-anak dah mengantuk. termasuk bapaknye sekali la. layan tido sampai petang.

lewat petang keluar g tesco pulak, beli basikal. basikal tu murah rm10 dari kt giant. dan beli playgym utk hadif. balik -letak basikal kt umah, dan lepas magrib keluar lagi, beli barang-barang utk dipenuhkan dalam peti ais pulak..

oh yer, hari ni 12hb 10..hannah turns 22months old girl. semoga hannah happy jadi anak mama. :)

dan juga, hari tu, 10hb 10, adikku fitri telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya. semoga kekal ke jinjang pelamin


Sup Cendawan Buatan Rumah

hari ni, lunch with bread and mushroom soup je. sebabnya, stok beras dah almost licin dan mmg malas nk masak nasik pon. since hannah juga jaraaaaaang sekali nak makan nasi, so perasaan malas masak nasi memang membuak-buak. so google resepi kt internet. maka terjadilah menu ringkas teramat itu.

actually, malam td dah pegi carrefour. beli barang-barang dan bahan-bahan utk masak esok. esok kami akan menghostkan makan-makan seperti yg ku ceritakan dlm entry sebelum ni. seperti yg dipersetujui abg mintak aku masak spageti. pastu masak mushroom soup juga.
pasal mushroom tu, ku beli campbell punya je. sebab setakat malam tadi, ku belum reti cara-cara nk buat sendiri. punya la teringin makan soup ni malam td, tp ku tahankan dulu. takkan nk guna bahan-bahan utk esok, masak hari ni. kang tak cukup pulak utk esok. apedaaa

tu yg google resepi. lohhh senang yg amat rupanya. kalo ku tau, takyah dah ku beli campbel nih. terasa mcm membazir pulak. tak per la, ilmu ni boleh dipakai bila-bila selagi tak hilang upaya dan tak hilang ingatan :)
so utk esok, guna jer la campbel yg dah dibeli.

surprisingly juga, hannah suka sup ni. tadi dia makan 2 bowl - baby bowl la..so sesekali nnt boleh masakkan dia soup ni. insya allah.

sekejap lagi nk mulakan operasi chopping bahan utk buat sos spageti. sebab malam ni, nk mengadap cerita NUR KASIH. takmau kosentrasi terganggu bila multitasking :D

p/s: nk send condolences pada lily and mamat, also mylea. they have just lost their newly created family member. takper la, insyaallah nnt ada rezeki lain. tabahla menghadapi ujian allah s.w.t



Lapar jer

aku tak suka la perasaan aku skg. asek asek asek dan asek rasa lapar saje. walaupon baru sejam had lunch, perasaan ni dah muncul. patutnya muncul la time-time minum petang nnt. kol 4pm ke atas ke ok la kan..

dah la aku dok umah ni, bukan nya keluarkan peluh sgt pon. kalo dilayan perut ni dan asek makan je mmg kompom la berat naik semula. baru je dpt balik berat zaman anak dara dulu. haih!! baru je seronok belagak-belagak ngn abg sbb aku dh kurus. alih-alih timbul pulak hal ehwal mcm ni.

actually ok je bila aku tak layan sgt perasaan lapar ni. bukan la starving to death pon. dan nasib baik gak la kt umah aku ni bukan jenis simpan stok makanan byk-byk. just beli yg asas, perlu dan beli bila dah habis. so dengan itu, misi tidak melayan kehendak lapar ni tak la susah sgt. plus dgn 2 orang anak, menyebabkan aku malas nk pegi jalan kegerai-gerai 20meter away dari rumahku utk membeli sebarang kudapan. kalo time peknen dulu, masa hannah sorang je, mmg petang kompom ku pegi beli goreng pisang or laksa or keropok lekor. sbb yg nak didukung cuma sorang. yg sorang lagi masih menyorok didalam perut.

ermm kawan-kawan mengusik aku peknen lagi, tu pasal aku asek rasa lapar. tak leh pakai langsung sebab musabab yg dorang bagi tu. actually orang yg breastfeed pon mmg la akan cepat lapar. bayangkan setiap hari, 500 kalori akan terbakar ketika dia susukan anak. lemak segala akan terbakar utk menghasilkan susu. so kawan-kawan, yg risau berat mereka naik ketika pregnant, marilah beramai-ramai breastfeed anak utk kelangsingan di kemudian hari :)

hehe tentunya bukan sebab aku pregnant lagi!!! aku sekarang kan tengah enjoy moments without monthy menstrual yg disebabkan oleh kaedah exclusive breastfeeding.

Amenorrhea – perkataan yang besar dgn definisi yang ringkas:
Tidak datang bulan/period. Ibu akan enjoy 6 bulan pertama tidak period selepas kelahiran baby dan kadangkala mencecah 1 tahun. Bayangkan, 9+6 = 15 bulan kita tak perlu susah payah mengalami menstruasi yang kadangkala sakit dibuatnya. In berlaku disebabkan Lactational Amenorrhea (kitaran haid pause semasa penyusuan) akan reduce fertility/kesuburan. Ianya method yang baik utk merancang keluarga selama 6 bulan. antara kebaikan LAM ini adalah menghalang si ibu dari terkena anemia (kurang darah merah) kerana penyusuan akan membuang iron (zat besi) dari badan mama pada kadar 0.3 miligram sehari.
-dipetik dari Blog SaraKids

dimana aku akan enjoy natural planning dan insya allah tidak akan pregnant utk 6bulan pertama atau mungkin sehingga hadif setahun, ku akan masih menses-free. but stil with the cooperation from abg -be dicipline pliss :P
takut woooo kalo 'eksiden' lagi ..hahahahahaha! bukan ape, its just that hadif is too little to get adik. and hannah pon not big enuff to get another adik. also poket papa also not thick enuff to support a big family when mama is not getting job yet. byk alasan kan??

hari tu, masa ku pegi bawa hadif for checkup, aku ada tanya nurse pasal family planning. bout pills, about iucd.

nurse : puan dah period?
lydzar: belum lagi
nurse: oo kalau macam tu, kena tunggu period lah. bila dah period boleh mai bila-bila and pilih family planning yg mana puan suka..kita ada blablablablaaaaa..


so kesimpulannya, enjoy je la menses-free ni. nnt hadif dh 6 bulan, pi tanya lg pasal family planning.

pasal lapar..itu bisa diatur..






Wajah Anak Dara Kesayangan Bonda

anak dara ni pon semakin besar. semakin keletah, semakin byk membebel dan tak lupa juga semakin nakal. ada je idea dia nk buat samada nk kasik mama dia ni gelak, atau pon mama's blood go upstair. hehe bila dikenangkan semula memang sesungguhnya bukan senang menjaga amanah allah. memang perlukan ketabahan, kesabaran, sikap prihatin dan kasih sayang yang sepenuhnya.

lagi 2 bulan hannah akan berusia 2 tahun. so far, dia memang boleh diharap bila aku perintahkan dia ambil pampers, ambil kain towel adik etc etc.
juga boleh bercakap sket dengan slang pelat. boleh membebel bahasa german dia. boleh nangis berguling-guling kt rumah bila apa yg dia nk ku tak bagi. boleh bukak seluar sendiri. tp belum boleh melompat. haha! orang lain yg sebaya semua dah boleh melompat girang, dia je yg masih berusaha belajar melompat dgn kedua belah kaki :D

hannah is a picky eater. mama dia ni belum lagi discover apekah makanan kegemarannya, kecuali telur rebus. yang lain-lain, belum dapat dikenalpasti. sebab hampir kesemua makanan dia makan dalam kuantiti yg amatlah sedikit. kecuali nenen, yg ni berjam-jam pon dia boleh hadap.

hannah suka tengok barney, mickey mouse club house,ultraman, Animal Planet. hannah suka menari bersama-sama kartun tu. dia juga boleh tangkap ekspresi yg ada dalam cerita di tv, contoh org menangis..dia akan respon "mama, abam anes" - means : mama, abang nangis"..bila tengok org tua bertudung " mama, tu nenek"..
dia dh boleh terima kalo satu-satu cerita tu dah habis. tak macam dulu, kalo cerita habis je, mesti dia nangis suruh ulang. ingat program tv tu cd la tu. boleh replay sesuka ati. tp skg dia dh boleh cakap "abisshh"

hannah suka bagi mama dia ni remote utk suruh tekankan remote ke cenel yg dia nak. tp selalu berlaku miscommunication. ku tak paham cenel ape yg dia nak. dh tekan cenel2 kartun segala, dia gelengkan kepala. end up, dia nangis. dan ku tau, yg sebenarnya dia saje carik pasal sebab dah ngantuk. dia suka nangis dulu bfore tido. perangai apekah ni??? haha!

hannah cukup aware bila papa dia pakai seluar jeans. dengan segera dia akan peluk kaki papa. buat-buat manja dengan papa. dan tunggu depan pintu supaya papa bawak dia pegi jalan. bila papa pakai kain pelekat, dia buat tak heran je.walaupon papa dh bukak pintu, dia boleh buat dono je. sebab papa tak hensem pakai kain pelekat jer, tak pakai seluar jeans, so papa tak keluar la tu. bijak bijak..

dalam kereta pulak, bila papa berenti kt petrolstation nk isi minyak. bila je papa bukak pintu dan keluar, hannah pon bingkas bangun dan cakap.. "Papa..Hannah?? papa..hannah?? " bermakna, papa tak bawak hannah ke? terpaksa la ku pujuk dia, bgtau papa nk isi minyak kereta jer..
kadang-kadang dia boleh terima pujukanku, kadang-kadang dia nangis sampai la papa masuk kereta semula.


hannah dh mula suka mandi. bila ku tengah prepare air suam utk mandikan hadif. dia pon dengan sibuk nye cakap " hannah andi..hannah anndi.."
sambil tunggu depan pintu toilet. so terpaksa la bagi dia mandi sama-sama dengan adiknya dalam tab kecik tu. dan dia akan main air sampai la hadif setel berbedak minyak telon segala. lepas tu baru la turn hannah disabunkan dan mandi versi sebenar.

sempena hannah 2 tahun nnt, ku nak wean off kan nenen dari dia. ramai yg kata, itu akan memerlukan effort sebab ku selalu ada depan mata dia, dan nnt dia akan tengok hadif nenen. mesti susah. hmm betul juga kata mereka tu. so sekarang ku tengah carik petua-petua yg boleh digunapakai utk weanoff kan hannah.

ape ape pon, mama juga sayanggggg sgt kt hannah! jadi good dotter ok dear..

Wajah Anak Teruna Kesayangan Bonda

pejam celik, anak terunaku dah menginjak dewasa 4bulan lebih. mmg hobi aku mengsnap gambar anak-anak utk diabadikan dalam album maya aku. album real jarang pulak ku buat sebab memerlukan ongkos utk printing hehe. insyaallah nnt kalo makcik kayo, makcik buatla album real itu. sangat mengidam nk buat coffee album utk anak-anak. mengidam sejak dari hari perkahwinan lagi utk diri sendiri, tp sebab takdak bajet, so tinggal la ia dan terus menjadi idaman sehingga sekarang.

gambar ni semua ketika berumur hadif 4bulan. sekitar raya dan openhouse.

he is one of my love of life.. mama lebiyuuuuuu so much hadif!!

Beraya di Utara

Sabtu lepas, ikut abg beraya dari rumah ke rumah kawan-kawan dia. Agak kecewa, ku dah iron baju abg berkaler merah supaya agak sedondon dengan kami, tp tiba-tiba dia gosok baju melayu yg berwarna biru. katanya, kawan-kawan suruh pakai baju melayu. fyi baju merah tu tshirt saje. abg takdek baju melayu warna merah pon lagi. hmm biar je lah. dia sorang warna biru while aku, hannah dan hadif berona merah/pink/oren. papa sorang tak ikut kaler tema. belasah je lah..
Jam 10 pagi bergerak ke tol Sg Bakap sebab semua orang akan berkumpul disana. Destinasi pertama adalah Bukit Merah.

aku dah agak dah, pasangan lain mesti sedondon. kami je yg tak sama. :(
utk tidak terlebih kecewa, ku tak amek satu pon gambar sendiri bersama-sama abg haha.ntah pape..kecewa meleret-leret.
cuaca agak panas. hadif berpeluh dengan hebat. dah la rambut dia lebat dan panjang. mmg dia gelisah jer. peluh mengalir tak henti-henti.

*beraya kt bukit merah*

destinasi seterusnya, Batu Kurau kot. tak sure betul ke tak ni. berjalan read:naik kereta lmerentas sawah padi. dan rumah parents farid ni mmg sebelah je ngn bendang. mcm kt rumah nenek kt sg besar tu gak la. kt rumah farid, mereka hidangkan nasi berlauk. mmg mkn tengahari lah ni. siap terhidang atas meja yg mcm meja makan pengantin jer. satu rombongan beraya boleh mkn serentak. yg paling best, parents boleh mkn dengan aman sbb ada ramai babysitter. ku pon dapat mkn with hands-free-from-holding hadif :) hannah pulak sgt bizi main dgn kawan2 baru. apa lg, layan la hidangan..nasib baik cuaca beransur redup. nmpk mcm nak hujan, tp air belum luruh daripada awan

*siannye mykids, nmpknyer papa kena cepat-cepat tukar kereta ni*

next rumah Lan. sempatla the two-HM layan tido dlm kereta coz perjalanan dari umah farid ke rumah Lan dlm 45minit. mcm tahun lepas Lan masak char kue teow hasil tgnnya sendiri. sedap. dia mmg pandai masak.

last for bara'an hari ini ialah rumah Azri. juga mcm tahun lepas, mak azri masak nasi dagang.
tp takde lauk kari ikan tongkol. cuma kari ayam dan daging, apepon nasi dagang tu tetap sedap. hampir magrib, hujan turun lebat. lepas solat magrib, baru kami semua bergerak pulang beramai-ramai.

pulang dengan perut kenyang, so sampai je rumah lepak-lepak dan mandi kemudian terus tidur. kita sambung bara'an minggu depan yg akan bermula dari rumah kami pula..
huhu risau nye nk buat makan-makan mcm ni dengan peralatan dapur yg tak cukup :P



Hadif 4th Months Check up

dh 4 bulan umur hensem boy aku ni..check up semalam. umur 4 bulan takdek jab. berat up 300gram saje. rasanya dh kuat menyusu dah, tp tang tu gak naik nye..tak sampai pon 500gram. sama macam last month juge. naik sikit.
ada yg kata mayb sebab dia dah mula lasak. mmg lasak pon. masuk je umur dia 4bulan hari tu, dia pandai menelentang pulak. dan sejak itu, dia mula bergolek-golek sampai abes had comforter yg aku bentang kt depan tv tu. tergolek-golek sampai stuck kt sofa or kabinet tv.bila dh stuck dia jerit, soh letakkan kan kt tengah semula. dan dia akan bergolek lagi dan lagi.

sapa ada petua nk kasik anak chubby yer? aku geram betul tengok anak kawan2.pipi boleh gigit-gigit apatah lagi paha mereka..anak-anak aku ni skinny jer. hannah tu lagi ler, takdek ruang lemak pon. mmg kurus. haih!

berbalik cerita hadif. dia sgt suka borak dan gelak. bila kita agah dia senyum seluas-luasnya. sambil dia pon bercerita dalam versi bahasa dia sendiri. sgt syok melayan dia.
and the good news, dia dh tak menolak bottlefeeding lagi.

*ni la aksi hadif bila di agah*



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®