anak dara ni pon semakin besar. semakin keletah, semakin byk membebel dan tak lupa juga semakin nakal. ada je idea dia nk buat samada nk kasik mama dia ni gelak, atau pon mama's blood go upstair. hehe bila dikenangkan semula memang sesungguhnya bukan senang menjaga amanah allah. memang perlukan ketabahan, kesabaran, sikap prihatin dan kasih sayang yang sepenuhnya.
lagi 2 bulan hannah akan berusia 2 tahun. so far, dia memang boleh diharap bila aku perintahkan dia ambil pampers, ambil kain towel adik etc etc.
juga boleh bercakap sket dengan slang pelat. boleh membebel bahasa german dia. boleh nangis berguling-guling kt rumah bila apa yg dia nk ku tak bagi. boleh bukak seluar sendiri. tp belum boleh melompat. haha! orang lain yg sebaya semua dah boleh melompat girang, dia je yg masih berusaha belajar melompat dgn kedua belah kaki :D
hannah is a picky eater. mama dia ni belum lagi discover apekah makanan kegemarannya, kecuali telur rebus. yang lain-lain, belum dapat dikenalpasti. sebab hampir kesemua makanan dia makan dalam kuantiti yg amatlah sedikit. kecuali nenen, yg ni berjam-jam pon dia boleh hadap.
hannah suka tengok barney, mickey mouse club house,ultraman, Animal Planet. hannah suka menari bersama-sama kartun tu. dia juga boleh tangkap ekspresi yg ada dalam cerita di tv, contoh org menangis..dia akan respon "mama, abam anes" - means : mama, abang nangis"..bila tengok org tua bertudung " mama, tu nenek"..
dia dh boleh terima kalo satu-satu cerita tu dah habis. tak macam dulu, kalo cerita habis je, mesti dia nangis suruh ulang. ingat program tv tu cd la tu. boleh replay sesuka ati. tp skg dia dh boleh cakap "abisshh"
hannah suka bagi mama dia ni remote utk suruh tekankan remote ke cenel yg dia nak. tp selalu berlaku miscommunication. ku tak paham cenel ape yg dia nak. dh tekan cenel2 kartun segala, dia gelengkan kepala. end up, dia nangis. dan ku tau, yg sebenarnya dia saje carik pasal sebab dah ngantuk. dia suka nangis dulu bfore tido. perangai apekah ni??? haha!
hannah cukup aware bila papa dia pakai seluar jeans. dengan segera dia akan peluk kaki papa. buat-buat manja dengan papa. dan tunggu depan pintu supaya papa bawak dia pegi jalan. bila papa pakai kain pelekat, dia buat tak heran je.walaupon papa dh bukak pintu, dia boleh buat dono je. sebab papa tak hensem pakai kain pelekat jer, tak pakai seluar jeans, so papa tak keluar la tu. bijak bijak..
dalam kereta pulak, bila papa berenti kt petrolstation nk isi minyak. bila je papa bukak pintu dan keluar, hannah pon bingkas bangun dan cakap.. "Papa..Hannah?? papa..hannah?? " bermakna, papa tak bawak hannah ke? terpaksa la ku pujuk dia, bgtau papa nk isi minyak kereta jer..
kadang-kadang dia boleh terima pujukanku, kadang-kadang dia nangis sampai la papa masuk kereta semula.
hannah dh mula suka mandi. bila ku tengah prepare air suam utk mandikan hadif. dia pon dengan sibuk nye cakap " hannah andi..hannah anndi.."
sambil tunggu depan pintu toilet. so terpaksa la bagi dia mandi sama-sama dengan adiknya dalam tab kecik tu. dan dia akan main air sampai la hadif setel berbedak minyak telon segala. lepas tu baru la turn hannah disabunkan dan mandi versi sebenar.
sempena hannah 2 tahun nnt, ku nak wean off kan nenen dari dia. ramai yg kata, itu akan memerlukan effort sebab ku selalu ada depan mata dia, dan nnt dia akan tengok hadif nenen. mesti susah. hmm betul juga kata mereka tu. so sekarang ku tengah carik petua-petua yg boleh digunapakai utk weanoff kan hannah.
ape ape pon, mama juga sayanggggg sgt kt hannah! jadi good dotter ok dear..
5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak
Menjadi Kenangan Terindah
-
Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan
selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing,
namun kita ...
5 words from u:
perangai hannah ni lebih kurang cam kyra..byk peel, byk ragam..nangis dulu sblm tido..manja dgn papa..suka mtk ulang rcgn tv!
pssttt..better hannah teruskan je BF tp bg belah mlm aje..pg tu bg dia susu formula..nnt lama2 dia weanoff la BF tu pelan2..
lydzaR, dulu ila stopkan syafiqah hisap susu badan dgn letak nescafe kat puting... jadi, bila dia minum dia rasa pahit n susu jadi pahit... mula2 kesian gak... xsampai hati pun ada... sampai satu masa tu dia dok cium n bau dada kita sbb rindu nak nenen... lama2 tu dia ok la..
thanks ladies for advise utk weanoff hannah.
ermm syima, as i am stil a fulltime housewife now, agak susah kot nk BF malam jer, sbb siang malam dia nmpk mama dia ni..so mcm takdek beza kot siang or malam bagi dia..
ermm iela, tu la my sis pon cakap dia letak sirap kt niple. then cakap kalo nenen nnt sakit. hmm will try juga salah satu petua korang nnt
lydzar..ada akak opis aku nih, dia nk weanoff anak dia..dia letak lipstick murah yg warna merah sbijik cam wrna darah kt nenen..siap wat mcm meleleh2 n eksen nangis2 skit..hehe..bg ank dia takut nk menenen dah..n it works!try la..akk tu beli lipstick jenis liquid kt guardian..kalo x silap rm10..
noma : ye ke? siap leh wat meleleh ekk?? ok ok nnt aku carik. tengs!!
Post a Comment