Cerita Sabtu dan Ahad Kami

sabtu pagi bermula aktiviti. jam 6 pagi ku dh bangun solat subuh dan terus nk masak makanan utk dijamu pada kawan-kawan abg. oleh sebab malam sebelumnya semua kerja hiris menghiris dan potong memotong bahan dah siap ku kerjakan, jd pagi hanya kerja-kerja memasak jer la. masak spageti bolognese dan mushroom soup jer. tak leceh punya keje la.
by 7.15am, semua dah siap. sempat kemas rumah dan gosok baju utk dipakai nnt. dan kemudian baru la kejutkan anak-anak dan siapkan mereka.

makan-makan kali ni di host kan oleh abg bersama apit. mereka berdua adalah RS -resident staff kt kolej mutiara ni. abg kata tak payah buat kt rumah, kita akan buat kt bilik JPK - Jawatankuasa Perwakilan Kolej. bagus bagus. sebab takdek la bersepah umah ku nnt.

dalam ko 9am, apit datang tolong abg angkut makanan ke bilik JPK. dan kemudian baru la abg dgn jue dan fara datang amek kami utk sama-sama lepak kt bilik JPK. tetamu mula datang. abg dan apit kata, geng-geng baraan minggu lepas tak ramai yg dapat datang sebab ada hal masing-masing pulak minggu ni. yg isteri ikut agenda suami pulak, dan suami ikut agenda isteri. bagi hubbywifey yg sama-sama geng uitm ni, mmg takdek masalah nk ikut lagi minggu ni. tak ape lah. give and take la kan.
apit dan isteri prepare satay, lontong dan rendang, so utk tidak membazirkan makanan - abg dan apit juga menjemput pakguards, makciks cleaner yg berkerja pada pagi sabtu tu, jiran-jiran RS dan juga ahli-ahli JPK kolej mutiara utk sama-sama menghabiskan makanan yg dah disediakan.
lepak dan makan sampai la kol 12.30pm, then kami mula packing things up. lebihan spageti ku bekalkan pada jue dan fara yg tak dapat nk join baraan seterusnya.

*bergambar sekeluarga sebelum pegi bilik JPK*

*boyfren baru hannah-spageti hasil tangkapan dari dapurku-para tetamu yg dtg makan*

*dalam kesibukan mereka makan, abg sempat berposing sakan*

destinasi aku selepas itu ialah kenduri onge kt tanjung tokong. ape la pelik nama dia kan..i mean nama pengantin la. nama sebenar dia md suhardi, nama glemer onge. sempena apekah nama itu, aku pun tak tau. dia ni my ex classmate masa study kt uitm dulu.
since aku pon dok kt penang, kawan-kawan sekelas aku dgn sengajanya telah mewakilkan aku utk datang bagi pihak mereka dan hantarkan hadiah.memang setiap kali ada wedding, kami akan buat collection secara beramai-ramai. dapatla beli hadiah besar sket. kalo tak mmg cuma dapat pinggan mangkuk jer lah.

nk selit sket, terjumpa juga dgn my ex schoolmate kt semesta dulu. mohd zaini. dia datang degan 2 lagi sahabat yg aku tak kenal siapakah gerangan. aku terkejut sekejap. dia kata onge housemate dia dulu. tu yg dia pon datang memenuhi undangan walimah. straight from shah alam dia mai penang :)

pengantin sampai agak lambat. dalam 2.30pm gitu. lambat ke ek?? hehe sebab kalo kt tempat aku, majlis bersanding selalu start kol 12.30pm or 1pm. so bagi aku kol 2.30pm tu mmg lambat laa..as kami ada destinasi lain selepas itu, kami tak dapat la nk melepak-lepak lama kt situ. baru je nk gerak balik, nmpk barisan pemain kompang tgh susun barisan. owh pengantin dah sampai rupanya. so aku pon just snap 3keping pix saje. panas dan sambil dukung hadif. mmg tak sempat nk tegur sapa ngn pengantin..

apepon, tahniah pada pengantin baru. kami sekeluarga mendoakan agar bahagia dan ceria mengiringi hidup anda berdua sehingga ke akhir hayat. insya allah
*sekitar majlis kawen onge*

balik dari tg tokong, kami gerak pula ke alor star. rumah siti - salah sorang staf abg. jumpa dengan kawan-kawan lain kt RnR Gurun dan konvoi ke sana. sampai rumah siti hampir jam 5petang. hidangan petang itu : laksa penang, satay, lemang, kekacang dan buah tembikai. sejam lebih disana, kami bergerak pulang..dan rumah terakhir kami terjah ialah rumah shah di bukit mertajam. kt rumah shah, ada satu juadah unik.daripada soksek mereka beramai-ramai kata shah yg buat kuih ni. actually kuih tu ialah begedil tp dia sumbat dalam sarung pai-ti yg berbentuk bunga tulip..dimakan dgn sos pedas-manis. mmg sedap.

shah menyewa dekat kuarters guru. abg kata nnt kalau dh habis kontrak jadi RS dia nak kami pindah menyewa kt kuarters tu juga. luas juga la rumah tu aku tgk. kalo compare dengan rumah ku sekarang, mmg jauh beza keluasannya. aku tak kesah. yg penting ada tempat berteduh.

sudah kenyang makan kt rumah orang, abg kata nk ajak hannah beli basikal. so kami pon gerak menuju ke Giant Seberang Prai. ushar basikal.
untung kedai-kedai toys lepas musim raya ni, aku peratikan mmg ramai parents bawak anak memasing ke kedai toys. ni mesti kes nk beli toys pakai duit raya.. actualy kami pon sama je. basikal tu nnt beli pakai duit raya hannah je heheheh..

kol10.30pm baru la sampai rumah semula. setelkan budak2 ni dulu, then aku pon mandi, solat dan tido..huh penatnyaaaaa....

esok ada lagi aktiviti :)


hari ahad, main bowling ramai-ramai kt Megamall Pinang. sudah sgt lama aku tak main bowling. dan juga sgt lama aku tak tengok wayang. tp dapat buat salah satu pon dah rasa puas hati dah.
biasalah kan, aktiviti mcm ni agak payah nk buat sbb ada anak-anak kecik ni. tu pon jenuh juga nk handle hannah yg asek nk pegang bola, asek nk lari sane sini. so aku n abg terpaksa gilir-gilir dukung dia. dan hadif pon satu hal jugak, dia takmo pulak duduk dlm stroller. nasib baik ada beberapa orang yg sudi membabysit kan hadif. tq a lot to Ibtisam-wife saiful..dia yg byk dukung n pegangkan hadif. tp itu kira mcm practise make perfect gak la utk dia, she is now at 3months of her pregnancy.

kami main 3 game je. for those yg tak bawak pasangan, mereka main perseorangan.
aku memang tak terror main bowling pon. byk juga yg ke longkang. sekali je strike! haha!
main enjoy je kata abg. nk pujuk hati aku la tu. sebab 1st time aku main berpasangan ngn dia dulu -long time ago with frens kt kl, aku stressed. sbb asek ke longkang. pasangan lain plak kan main terer lagi. sampai aku majuk takmo main dah. malu punya pasal.bila ingatkan balik, lagi malu hihi..

dah abes main boling. aku mmg enjoy hari ni :)
bila kira-kira mata, group kami dapat 3rd place out of 6 team. hehe ok la tu kan. tp tak ingat pulak baper jumlah mata. nnt dapat hadiah time family day.

*pertandingan bowling berpasangan USMB*

*hannah with aunty Ib*

abes main bowling, kami blk umah. anak-anak dah mengantuk. termasuk bapaknye sekali la. layan tido sampai petang.

lewat petang keluar g tesco pulak, beli basikal. basikal tu murah rm10 dari kt giant. dan beli playgym utk hadif. balik -letak basikal kt umah, dan lepas magrib keluar lagi, beli barang-barang utk dipenuhkan dalam peti ais pulak..

oh yer, hari ni 12hb 10..hannah turns 22months old girl. semoga hannah happy jadi anak mama. :)

dan juga, hari tu, 10hb 10, adikku fitri telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya. semoga kekal ke jinjang pelamin


3 words from u:

Syima ~Mama Kyra~ said...

wah..syoknya ramai2 gotong royong masak..sama2 merasa!

Rajin mama hannah masa ye..kita tak reti kalu nak masak utk ramai2..setakat mkn utk 2-3 org bole ler :D

Hannah mau je ikat tocang dua..kalu kyra tak mau lgsung..huhu

Unknown said...

ni kira potluck dari 2 family la. masak masing2 kt umah, tp makan ramai-ramai time jamuan tu..hehe tak reti nk bajet jugak ni, sampai terlebih2 spegeti tu. sampai paksa orang tapau bwk balik umah :D

hannah tu, kena umpan cakap nk ajak g jalan2 baru la dia nk ikat tocang. kalo kt umah, tak mau juge..ala kyra comel juge walopon tak ikat tocang :)

fiqrrie hatta ismail said...

Onge???onge nih senior setahun aku kat rmc dulu...muka still sama...onge2...xkan ku lupakan kau.hahahaha.da kawen dah baguih2.hahaha.ko memang dari dulu x punctual onge.hahaha

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®