Beraya di Utara

Sabtu lepas, ikut abg beraya dari rumah ke rumah kawan-kawan dia. Agak kecewa, ku dah iron baju abg berkaler merah supaya agak sedondon dengan kami, tp tiba-tiba dia gosok baju melayu yg berwarna biru. katanya, kawan-kawan suruh pakai baju melayu. fyi baju merah tu tshirt saje. abg takdek baju melayu warna merah pon lagi. hmm biar je lah. dia sorang warna biru while aku, hannah dan hadif berona merah/pink/oren. papa sorang tak ikut kaler tema. belasah je lah..
Jam 10 pagi bergerak ke tol Sg Bakap sebab semua orang akan berkumpul disana. Destinasi pertama adalah Bukit Merah.

aku dah agak dah, pasangan lain mesti sedondon. kami je yg tak sama. :(
utk tidak terlebih kecewa, ku tak amek satu pon gambar sendiri bersama-sama abg haha.ntah pape..kecewa meleret-leret.
cuaca agak panas. hadif berpeluh dengan hebat. dah la rambut dia lebat dan panjang. mmg dia gelisah jer. peluh mengalir tak henti-henti.

*beraya kt bukit merah*

destinasi seterusnya, Batu Kurau kot. tak sure betul ke tak ni. berjalan read:naik kereta lmerentas sawah padi. dan rumah parents farid ni mmg sebelah je ngn bendang. mcm kt rumah nenek kt sg besar tu gak la. kt rumah farid, mereka hidangkan nasi berlauk. mmg mkn tengahari lah ni. siap terhidang atas meja yg mcm meja makan pengantin jer. satu rombongan beraya boleh mkn serentak. yg paling best, parents boleh mkn dengan aman sbb ada ramai babysitter. ku pon dapat mkn with hands-free-from-holding hadif :) hannah pulak sgt bizi main dgn kawan2 baru. apa lg, layan la hidangan..nasib baik cuaca beransur redup. nmpk mcm nak hujan, tp air belum luruh daripada awan

*siannye mykids, nmpknyer papa kena cepat-cepat tukar kereta ni*

next rumah Lan. sempatla the two-HM layan tido dlm kereta coz perjalanan dari umah farid ke rumah Lan dlm 45minit. mcm tahun lepas Lan masak char kue teow hasil tgnnya sendiri. sedap. dia mmg pandai masak.

last for bara'an hari ini ialah rumah Azri. juga mcm tahun lepas, mak azri masak nasi dagang.
tp takde lauk kari ikan tongkol. cuma kari ayam dan daging, apepon nasi dagang tu tetap sedap. hampir magrib, hujan turun lebat. lepas solat magrib, baru kami semua bergerak pulang beramai-ramai.

pulang dengan perut kenyang, so sampai je rumah lepak-lepak dan mandi kemudian terus tidur. kita sambung bara'an minggu depan yg akan bermula dari rumah kami pula..
huhu risau nye nk buat makan-makan mcm ni dengan peralatan dapur yg tak cukup :P



2 words from u:

ilah fazila said...

Lydzar, anak lydzar sebaya dgn anak ila... hadif dah boleh dok sendiri ke???? syok tgk hadi tu... irfan golek pun lom lg

lydzar said...

hi ila..haah dorang sebaya, cuma anak ila tua sebulan kot kan?
hadif baru pandai berguling-guling jer, duduk sendiri belom lagi..ala takper, nnt pandai la anak ila golek sampai abes satu rumah dia nk bergolek :D

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®