Hati oh hati

lama nya tak update blog..dah seminggu dah pon.
mood takdek ni.

balik from kajang, last wednesday nite...so kumpul mood dulu utk berblogging. 2 hari digunakan utk bermalas-malasan dgn anak-anak dan juga study sket utk the phone interview. mmg rasa stuck betul bila ada interview ni. nk buat seme pon serba tak kena, sampai la its over.

hmm hari ni nk blog pasal relationship. bukan la cerita cintan cintun loving-loving tu. tp relationship amongst the elder and the younger. dah lumrah kan, people expect the younger to respect the elders.

ada kejadian yg mana aku rasa, i didnt pay the respect to the respective people in these 2-3days. it kept haunting me.i feel guilty. bukan sebab aku tak respek mereka, tp kekadang ada keadaan tu buat aku meluat, menyampah, berbuku dihati. end up, i declare silent war. tp orang tua kan, dorang mmg tau la keadaan aku ni yg tengah perang dingin dengan dia.
aku sangat tidak boleh nk bermuka-muka. jadi bila aku mula rasa annoyed, aku akan terus melarikan diri daripada berdepan dengan dia. kalau dulu boleh juga 2-3jam je aku lari. bila aku dah rasional, aku pujuk hati dan mula lupakan kemenyampahan aku tu. but the latest one, aku lari for almost 10jam! punca memang nmpk kecik. tp hati aku mmg mendidih marah.
dan utk beberapa ketika ni, aku berazam tidak mahu berjumpa dia sampai la aku dapat melupakan kejadian hari itu.

dan juga berkaitan dgn abah aku sendiri. kejadian berlaku melalui telephone conversation. aku sgt rimas dengan isu yg tak habis-habis dia bangkitkan. kalau boleh aku malas nk dengar lagi. tp abah suka menyerabutkan fikiran dia dgn hal itu. tp takkan aku nk letak telefon masa dia tengah bercakap. bila aku bidas kata-kata dia, dia merajuk pulak dgn aku. diputuskan nya talian. hmm..aku rasa lega bila dia putuskan sbb aku tak perlu nk susah payah lg bgtau aku tak minat nk ambil tahu topik yg dia bangkitkan tu.
tp sekarang ni aku terasa mcm aku tak patut layan abah mcm tu. dan pagi td lepas subuh, ku type sms mintak maaf kt abah..harap2 diterima. but stil, kalau boleh, aku takmau abah telefon utk berborak pasal topik itu lagi. aku sungguh sungguh dan sungguh tak berminat..

boring betul bila rasa tersepit mcm ni.



0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®