18hb Jan - Hadif Turns 8 months

Hadif dah 8 bulan dah..


p/s : alamak bz la pulak..esok esok la sambung cerita

ok sambung semula..since tgh tak tau nk buat ape ni..


about hadif..mmg dah lama tak mengarang ayat dan cerita pasal anak-anak. 

perkembangan hadif..so far, motor skill masih disitu..belum pandai merangkak. just angkat2 montot dan keep on merayap dan menyusur saje. masuk bawah meja, bawah katil. mmg faveret spot. memang sekarang ni selalu letakkan dia dalam walker bila kt rumah. sebab? sebab takmo dia terdipijak, terlanggar dek kanak-kanak ribena yang ada kt rumah tu..sape lagi hannah, ariff dan sofea lah..untuk tujuan keselamatan semasa mama tgh bz prepare bubur..adakah kerana sebab musabab itu dia belum merangkak?
heheh mesti ramai orang nk kata, ala biar je dia develop sendiri, nnt tak lama lagi boleh la merangkak tu..kan kan kan..korang nk comment mcm tu kan :P
yup, aku mmg takdek perasaan risau pon, biar la dia pandai sendiri and develop at his own pace..


hadif sekarang ni dh reti sambut mama balik kerja dengan tangisan. tangisan mintak cepat didukung la. dengar je suara mama bagi salam, dia pon mula menggelabah mintak mama dukung. hannah mmg of kos la dh reti sambut. yeye! mama balik! tu ler ayat dia hari-hari. mama baru je letak beg dia dh mintak "mama, nak nenen"..haih la anakku, belum sempat mama lepaskan lelah..

hadif juga sangat suka makan. bagi jer la ape je, kompom dia kunyah. tp sebagai seorang mama yg skema, tak banyak lagi benda yg disuap dalam mulut dia. setakat bubur, biskut milna, roti gardenia kosong, buah-buahan, kismis dan kurma jer. walaupon kuat makan, badan masih kecil. bulan lepas tak pegi timbang pon. bulan ni pon, tak tau lagi nk pegi klinik mana utk teruskan monthly check up. klinik kerajaan? sudah pasti tak dapat nk berkunjung lagi sbb dah kerja ni. aku tak boleh amek cuti langsung sepanjang tempoh probation ni. dah la 6bulan!


gigi hadif baru ada dua batang. itu pon baru muncul sikit.


hadif juga boleh dikategorikan dah ada perasaan separation anxiety. imagine u, aku nk masuk bilik air pon dia marah..buat muka nk nangis. dah reti panggil mama masa dia tak mau ditinggalkan tu. lucky sesapa yg dipanggil mama ni, sbb anak-anak senang nk sebut..kan? hehe..


itu saje cerita hadif..sekian.


p/s: dah sebulan tak snap picture anak-anak..






4 words from u:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

persamaan antara sara dan hadif ialah,xmerangkak lagi..cume angkat2 montot..tapi xgerak ke depan pun..huhuhu..aku pun mcm xmau bagi walker, tapi kalo keadaan memaksa mcm skang ni.adeh..nak ngemas pun susah..die masuk bawah meja,ikut g dapur..abis baju!

perbezaannye...sara xde gigi lagi!!hahaha..ngeri aku pikirkan bila die ade gigi,digigitnye nipple masa bfeed..ohh..tidakk..

Unknown said...

aini, my personal opisnion. pakai walker no harm. yg penting keadaan dlm rumah adalah selamat. takdek barang2 bersepah kt lantai, takde lantai tinggi rendah yg boleh sebabkan dia tersadung lalu jatuh. daripada dia merayap kt dapur yg agak2 berminyak lantainya, baik la letak kt walker sementara kita bz kt dapur tu kan..plus time dia merayap kt lantai tu, tendency utk dia mengutip segala benda yg ada kt lantai, kurang sket la..then bila kita dh free, kita let go la dia dari walker tu..

i enjoy watching hadif in his walker, sebab dia dh tau nak bawak diri kesana sini, ikut mama g dapur, ikut mama g luar..ala-ala berjalan gitu huhu..

Liz said...

mommy lydzar, since u dah jd my readers, i letak ur blog link kat my blog. boleh ye. thanks for visiting my blog

Unknown said...

Liz, ok boleh..no prob :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®