Yeay!

wah sedar tak sedar, dh pon hari jumaat. a blessing friday :)


dah seminggu anak-anak pergi taska. mereka masih dalam proses penyesuaian diri. aku perhatikan hadif takde pape masalah, mungkin dia masih belum penuh emosi macam si kakak. while hannah pulak, dh macam tau-tau jer, pepagi time aku berjaga nk siapkan barang-barang, dia pon terjaga sama. mula la mintak itu ini nak tarik perhatian aku. nak nenen la, nk masuk buai la..pastu dah turun bawah, dia nak naik atas la..sabar je melayan.
actually hadif pon akan terjaga jugak masa tu, tp dia masih lagi mamai. dia cuma perhatikan jer kakak dia. good boy hadif. kalo merengek gak, abes la mama kelam kabut pepagi buta tu. sebelum anta, aku sempat la nenenkan hannah dulu sementara tunggu cikgu dia bukak pintu dan gate taska. dan terus aku masukkan dia dalam buai utk mengelakkan dia menangis dengan hebat (haha!)..and hadif mengiringi pemergian mama ke tempat kerja dengan senyuman hensemnya itu..


aku ada sket kemusykilan la sekarang ni. kenapa yer, byk kali berlaku since 2-3hari lepas. lepas je hadif minum susu, dia akan muntah. kekenyangan kah? aku salah makan? dia tak sihat kah?
ermm memang hari selasa tu, badan dia dedar. and start hari tu la dia mula muntah after minum susu (nenen kt rumah, kt taska cikgu takdek pulak citer dia muntah)..dan berlanjutan sampai ke malam tadi. tapi badan dia dah tak dedar lagi.
dan dari segi food intake aku, yg menjadi sesuatu yg agak berbeza dgn dulu adalah aku amek suplement Shaklee yg dibeli dari Mommy Lyna. ada gak ke ek bebudak alergik ngn supplement yg mama dia makan? dari segi makanan lain, biasa2 jer. nasik, lauk (ikan) dan sayur..tu jer..
nnt aku buat testimoni utk Shaklee ni dalam entry lain.
sape ada pendapat nk bagi?? ANGKAT TANGAN!!


ok, citer pasal kerja pulak..
PBJV Group Sdn Bhd adalah nama kompeni sekarang. nak tau lebih lanjut, check their website PBJV.

aku pon belum khatam lagi pasal kompeni ni..pelan-pelan kayuh la. yg pasti kompeni ni bukan majoring business in IT. IT department dalam ni pon hanya ada 3 orang. IT Officer (Hasrul), IT Technician (Zul) and me (ERP Support Officer). Kemasukan aku disini adalah utk support ERP application yang mereka bakal gunakan nnt iaitu SAP Business One. Insya allah akan ku cuba belajar, bekerja, berbakti kepada syarikat dengan baik, chewah!
so far aku belum lagi meeting dgn orang-orng berkaitan dengan kerja ni..mayb today.


nak rekod kan jugak la expenses yg terpaksa aku keluarkan sepanjang berulang alik kajang-kota damansara ni..


minyak = to be calculated later
tol = rm6.80/day

 * Grand Saga 1 = rm1.00
 * Grand Saga 2 = rm.090
 * Metramac     = rm0.50
 * Pantai          = rm1.50
 * TTDI            = rm1.00

 * Grand Saga 1 = rm1.00
 * Grand Saga 2 = rm.090


parking : rm5/day 


huahuahua, poket mmg rabak la semata-mata utk perjalanan saja. nasib baik la bulan depan dh boleh pindah ke rumah sewa di U5. tkdek tol nk ke kota damansara.


pasal rumah sewa pulak. thanks to aini my ex-semesta friend. actually aku akan pindah masuk ke rumah sewa dia since dia pon akan pindah masuk ke rumah yg telah dia beli. ini dah memudahkan proses pencarian rumah sewa aku. thankx a zillion aini! insya allah early feb kami akan masuk rumah tu.



3 words from u:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

wahahaa..tegarnye ko berulang alik dr kajang ke kota damansara tiap hari..siannye..xpe,tinggal beberapa hari je lagi ek liza..lepas ni nk ke kota damansara dr umah aku skang ni takes 15 minutes sahajorr..sabar ye! :)

Farah Husin said...

em. dlu amk course pe? keje bhgn sap. mst hebat

Unknown said...

aini : mmg tak sabar nk pindah duduk dekat..SABAR SABAR

farah : dulu amek Information system - IT gitu2 gakla..hahaha takdek la hebat sgt, beginner jer..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®