Raya Haji 2012

Salam semua orang :)

Macam agak seronok tahun ni, sebab abah dan adik beradik buat korban. Walaupon bergerak balik dipagi raya, alhamdulillah selamat sampai destinasi dalam kol 2.30pm. Kat rumah mak memang masih meriah dgn masakan raya termasuk kerepek-kerepek raya sekali. Kalau rumah saya, huhuhu kerepek-kerepek tu takdek lah kot. Takat masak nasi impit dan rendang utk makan sendiri ajelah. Pernah juga rasa experience ni masa duduk kt Penang dulu.

Anak anak tak sabar-sabar nak main kt laman embah. Hari panas lagi, kol4pm masa tu dh request nk main kt tanah.
Siram bunga. Rumah mama takdek bunga

Konon-konon tolong embah bersihkan laman la tu sebelum sesi family barbeque

Fokus tengok dan gelak-gelak tengok gambar sendiri dekat iPad Cik Halmi

Girls besar born December 2007, girls kecik born Mac 2011
Yang lagi best sebab dapat pegi ke kandang lembu, konon nak saksikan lembu disembelih. Tp lembu pulak boleh pengsan sebab leher dia terjerut masa pakcik-pakcik pekerja kandang tengah tumbangkan dia, so tukang sembellih kata kena tunggu lembu sedar dulu baru la proses menyembelih boleh diteruskan.

Lambat pulak nk tunggu lembu bangun, kami decide balik rumah je terus sebab perut pon dh menyanyi riang minta diisi. Tak sempatlah nk tengok lembu disembelih. 

Sapa cakap bohong, nnt kena potong lidah dia!!

Proses melapah daging. Ditimbang dan bakal diagihkan pada jiran-jiran

Rewang masak lunch. Menu SUP TULANG marveles

Almost done!

Masak-masak ni secara rewang. Cepat je siap keje..

Dan cepat gak la dpt hirup sup tulang yg memang kegemaranku itu..
Lepas tu esoknya sampai malam ni, dok buang balik secara habis habisan. Hihih..

4 words from u:

zaidah said...

rajinnyer diorang menolong membersihkan rumah....

Iela Fazielah said...

bestnyer.... aktiviti kat kmpg mmg best....! err akak xmkn daging lembu korban... xtau nape..tp yg nyata,,,xsuka

MAMASUE said...

seronoknya...mesti meriah gila...budak2 pun happy

Hanis Azla said...

salam lydzar.. seronok embahnya ada cucu2 yg rajin2 mcm tu kan.. he..he.. best kan klu buat kerja secara rewang.. yang berat pun jadi ringgan.. lepas tu cepat aje kerja dapat disiapkan..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®